Arah

116 4 0
                                    

KALAU  aku ikut sahaja kata-kata Kak Alia dan Kak Hikmah, mungkin aku bukan begini. Fara masih bersama aku. Aku ceritakan semuanya. Padanya. Aku percaya dia percaya cerita aku. Aku mangsa kejadian.

           "Maryam, kita report polis la. Macam mana kalau Yeera berkeras lagi. Dan dia nak cederakan kau?", tanya Fara. Setia menemani aku di hospital.

           "Dia muslimat juga, Fara. Kita sesama muslim. Kenapa nak bercerai dan berbalah juga saling membenci?", jelasku.

           "Memang. Itu semua benar sangat! Tapi, kalau dia makin teruk dan terus menerus nak cederakan kau?", tanya Fara lagi. Risau.

           Bibir yang kering diketap. Diam. Air mataku berjurai. Rindu kat kampung. Rindu ayah.

          "Aku nak balik. Aku rindu ayah aku. Kak Lia, Mubarak, Along, Kak Hikmah. Diaorang salah faham.", rayuku.

            "Kalau itu yang kau nak, aku temankan kau. Kita keluar daripada hospital ini. Kita balik kampung.", kata Fara. Tenang hati aku.

___________________________
KAMPUNG. Usai kereta Fara di hadapan rumah aku. Daun pintu kereta dikuak. Aku memberi salam. Takut.

            Bunyi larian Abi terus muncul dihadapan pintu. Mata Abi terpaku.

           "Kenapa kau balik sini! Sini bukan rumah kau!", jerit Abi.

            "Adik minta maaf, Abi. Abi sayang Adik, kan?", rayuku memaut kaki Abi.

           "Aku tiada anak bernama Maryam. Aku hanya ada tiga anak sahaja!", jelas Abi. Marah. Kakinya menyepak tanganku. Tanganku terlepas pautan kakinya. Abi masuk ke rumah. Pintu dikunci.

            "Abi. Abi. Bukalah pintu ini, Abi. Abi sayang Adik kan?", rayuku sambil mengetuk pintu rumah.

            "Abi, kenapa Abi macam ni? Salah apa adik? Mana lagi Adik nak pergi?", rayuku lagi.

            Daun pintu dikuak. Abi keluar dengan sebilah parang. Matanya merah. Menangis.

           "KELUAR ! KAU BUKAN ANAK AKU!", jeritnya. Aku pun beredar daripada rumah itu. Marah sangat Abi pada aku. Hilang harapanku untuk hidup. Ibu sudah tiada. Abi pula buang aku.

            Fara mengusap-usap tanganku. Tanganku digengam erat.

            "Sabar. Allah pasti membantu kau.", nasihatnya.

_____________________________

"ABI, berdosa sangatkah adik? Sampai Abi tak nak terima dia?", tanya Kak Alia yang cuba menenangkan ayahnya.

          "Dia bukan anak Abi!", jelas Abi. Belakang tangannya diusap matanya.

            "Dia anak Abi. Maryam Radhiah binti Nik Azman. Anak Abi!", marah Kak Alia.

            "Kamu bersuara lagi, kamu boleh pergi daripada rumah ni!", getus Abi dan beredar menuju kebunnya bersama parang.

            "Adik buat apa, ya Allah?", monolog kak Alia.

__________________________

"MARYAM, makanlah.", pujuk Fara. Kami singgah sebentar di RNR. Mengisi perut yang asyik berdering.

           "Aku tak ada selera. Abi....", sedih masih menyelubungi aku. Tergamak Abi buang aku daripada keluarga.

           Fara bertukar tempat. Belakangku diusap. Lemah lembut tuturnya. "Makan, Maryam. Kau kena kuat.".

           Satu suapan disuap. Aku ternampak wajah Abi. Girang. Tersenyum.

          "Adik, pandainya. Mana tahu  50 tambah 50 jawapannya 100?", tanya Abi.

           "Abi, anak Abi ni memang pandai. Abi kena lah percaya tu", kataku dengan bangga.

          "Apa? geram pula Abi.", badanku digeletek.

           "Abi. Gelilah. Hahaha. Hahaha.", berderai ketawa dua orang beranak.
           
           "Maryam. Maryam. Haih!", suara Fara memecah lamunanku.

            "Termenung apa? Makan. Kau jangan risau. Aku ada". jelas Fara. Aku tersenyum. Masih ada payung untuk aku berteduh. Masih ada bahu untuk aku menumpang sedih. Masih ada yang risaukan aku. Terima kasih Allah.

             "Aku tak tahu nak pergi mana lepas ni. Aku tiada arah", kataku.

              Fara tersenyum. "Ikut aku. Aku ada untuk kau. Trust me!" katanya.

             Kami terus ke Unikl. Barangku dikemas. Aku berpindah ke bilik Fara. Terima kasih Allah kau kirimkan sahabat yang setia seperti Abu Bakar pada Rasulullah.

bersambung.......

    


             

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now