KAWAN DALAM SUSAH

120 2 0
                                    

"0294, kamu ada pelawat.", panggil warden.

         "Siapalah agaknya nak berjumpa dengan aku.",monolog sendirian.

          Pintu dikuak. Aku duduk berhadapan dengan Fara. Kawan yang selalu ada dalam susah mahupun senang.

          Fara tergumam melihat aku. Tangannya menyapu cermin itu. Matanya berair. Telefon dicapai.

         "Beb, aku cari kau merata-rata. Aku pergi rumah kak Hikmah. Tapi jiran kata ada polis datang rumah ni beberapa hari yang lalu. Aku pun datang sini. Kenapa kau dalam ni?", jelasnya dengan nada yang sungguh sedih.

              "Tempat ni je yang sesuai untuk orang macam aku, Fara.",

               "Apa kau merepek ni? Aku akan cari jalan buat kau keluar daripada sini tau. Aku bawa someone yang dah lama cari kau.", Fara bangun dan seorang lelaki berhadapan dengan aku.

               "Ridzuan.", terkesima. Pelbagai soalan muncul dalam mindaku.

               "Saya yakin. Awak tak buat kan benda-benda terkutuk tu? Saya bantu awak keluar daripada sini ya?", katanya.

               "Ridzuan, kalau saya keluar kat dunia luar tu. Tak ada siapa dah mampu terima saya. Baik saya duduk dalam ni!", jelasku.

               "Ada."

               "Siapa ? Ridzuan, saya sudah dibuang keluarga, universiti, mak pun sudah tiada. Ayah buang saya. Saya tiada erti hidup dah. Tiada siapa mahu menerima saya lagi.", jelasku lagi. Hiba rasanya terkenangkan ibu..

               "Ada. Saya. Saya terima awak seadanya. Awak keluar daripada sini. Kita kahwin. Saya janji saya akan bahagiakan awak.", janji Ridzuan yang membuatkan aku tersenyum dengan harapan kecil dia itu. Pudar sangat harapan itu untuk jadi kenyataan.

               "Masa sudah tamat.", jelas warden. Aku pun pergi meninggalkan  Ridzuan dan Fara. Duduk bersama-sama Kak Ros dan Kak Salman. Lama aku berfikir kata-kata Mat Min aka Ridzuan.

______________________________

"FARA, kita kena do something! You tahu something kan? Apa kata kita siasat semuanya.", jelas Ridzuan sambil memandu kereta Honda Civic .

           "Aku tahu apa yang Yam bagitahu aku. Bukti aku tak ada. Semua salah Yeera.", getus Fara yang marah.

           "Yeera ? You mean Farisya Aira?", tanya Ridzuan.

            "Yes, budak yang paling paling berlagak dalam Unikl tu. Aku tahu ini punca Yam masuk jail.", cadang Fara.

            "I tak faham. I just tahu Yam masuk jail atas tuduhan LGBT. But apa kaitan dengan Yeera? She is nice girl I had met.", Ridzuan masih keliru.  Fara berdiam diri.

            "I ada banyak task. Nanti kita cari space and time. Kita bincang okey.", Fara meninggalkan Ridzuan yang masih sesat dalam kekeliruan.

            Tiba-tiba, Yeera menelefon Ridzuan.
             "Hello sayang. Kita jumpa jom! I lapar sangat ni.", Yeera dengan suara godanya.

             

MALICIOUS CAFE. Berbaju blouse terbelah digayakan dengan gelang tangan berbatu kristal. Rambut ikal mayang berwarna perang. Yeera bersama Ridzuan.

            "Yeera, you kenal Maryam Radhiah ke?", tanya Ridzuan membuat Yeera tersedak.

             "Siapa perempuan tu? Siapa tu. I tak kenal lah.", katanya sambil makan kek tiramisu.

              "Dia budak Unikl juga. You tak kenal dia ke?", tanya Ridzuan yang masih dalam kekeliruan.

              "Tak kenallah! Apa you ni?! Kenapa dengan you? Maryan Maryam daripada tadi.", marah Yeera.

               "Dia budak sekolah I dulu. I tak sangka dia in prison sekarang.", ringkas Ridzuan.

                "What?!!", kata Yeera lalu tersedak dan terbatuk-batuk. Ridzuan melegakan Yeera. Ridzuan juga kehairanan.

                "Peliklah you. Kata tak kenal. Tapi terbahak. Tersedak. Peliknya.", ragu Ridzuan. Yeera terdiam lalu menghabiskan keknya.

__________________________

WANGSA WALK. Ridzuan berjumpa dengan Fara ditemani dengan Qalisha, rakan Fara.

          "Okey, hari tu I ada jumpa Yeera. Dia kata kat I, dia tak kenal pun siapa Maryam. Lepas itu, bila I sebut Yam ada kat dalam lokap. Dia terkejut sangat.", jelas Ridzuan. Fara menepuk dahi.

          "Ya Allah. Kau. Sabar jela. Memang tidaklah minah itu nak mengaku.", kata Fara dengan geram.

          "Eh, sekejap. Kalau Yeera  terkejut, maksudnya bukan dia lah yang sent Yam kat sana. Korang tak rasa ke ?", tanya Qalisha.

           "Betul juga tu!", kata Ridzuan dengan yakin.

            "So, aku tahu siapa boleh bantu kita. Pak cik aku dia kerja sebagai peguam. Kita boleh hire dia untuk settlekan case ini. Korang setuju tak?", cadangan Qalisha.

            "Aku on!", jerit Fara.

            "Demi Yam!", kata Ridzuan sambil menepuk meja. Semua saling berpandangan dan sepakat dengan cadangan Qalisha.

......bersambung....

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now