Guruh berdentam-dentum. Tangisan Maryam tidak henti-henti. Pengurusan jenazah ibunya menjadi kacau bilau. Tambahan lagi, Nik Azman yang hanya termenung sendiri. Sedikitpun tidak menolong jenazah. Pabila hujan sudah mulai reda, jenazah ibu diangkat dan dibawa beramai-ramai. Nik Azman yang sepatutnya berada di hadapan setentang dengan kepala jenazah beralih di bahagian belakang sekali. Hancur hati aku melihat keluarga Nik Azman.
Selesai tahlil dan pengurusan jenazah, Rohaida menuju ke dapur memasak untuk keluarga Nik Azman. Rohaida mengambil baju kurung adiknya yang berlumuran darah dan ingin dibasuh bersama-sama dengan uri Maryam. Belum sempat Rohaida melangkah ke dalam tandas, Nik Azman merampas semua baju itu dan Rohaida dimarahinya.
"Bagi aku! Dia isteri aku! Aku berhak mencuci semua ni! Hikmah!!!!!", Jerit Nik Azman berang.
"Mengucap, Man!", kata Rohaida yang dalam ketakutan.
Hikmah menuju ke ayahnya. Lalu ditampar. Tidak cukup dengan tampar, Nik Azman mengambil sebilah pisau. Lantas Rohaida menolaknya dan pisau itu terkena pada muka Rohaida. Kini, menjadi parut yang sukar diubati. Hikmah terlalu takut dan masuk ke biliknya. Syaitan mana yang masuk ke tubuh Ustaz Azman.
"Abang. mengucap! Ida takkan jejakkan kaki lagi di rumah ini. Abang, kena ingat! Hikmah anak abang. Dia tiada salah apa-apa. Jangan burukkan lagi keadaan, Lelaki bodoh!" marah Rohaida. Rohaida keluar daripada rumah itu dan itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki di rumah Nik Azman, kekasih hatinya.
_______________________________________________________
Sekeping gambar dihulur kepada Maryam. "Ini aku, semasa asyik bercinta dengan ayahmu"
Mukanya mirip sangat dengan Kak Hikmah. Terkejut. Ibarat penjelmaan dua kali. Nek Rohaida dengan Kak Hikmah sangat mirip sekali wajahnya.
"Selepas itu apa Nek tahu yang terjadi antara Kak Hikmah dengan Abi?"
"Aku tak tahu, nak. Aku hanya tinggalkan sepucuk surat sebelum aku berangkat jauh daripada kampung ini", kata Rohaida.
"Aku mahu meninggalkan kampung itu. Aku juga berhenti mencintai Azman. Aku sudah tidak bertemu dengannya lagi selepas itu. Aku pinta dia menamakan anaknya, Maryam Radhiah. Itu impian kami jika mempunyai anak, nama itu yang aku akan beri. Aku juga memberikan sebalang wang buat Hikmah. Aku sangat takut yang ayahnya akan mengapa-apakan dia. Aku juga sering berjumpa dengan Hikmah sebelum aku pergi itu. Aku memeluknya. Aku benar-benar melayan dia seperti anak aku sendiri. Aku cakap kepadanya, andai aku tiada, dan ayahnya cari, katakan yang kau tidak tahu aku dimana.", tambah Rohaida lagi.
"Nek... nak tak jumpa Hikmah?'
"Dia di mana nak?"
"Saya boleh bawa nenek. Dia di tempat yang baik."
Tersenyum.
bersambung.........................
YOU ARE READING
Anak Ustaz [COMPLETED]
Fiksi Umum#9 in Islam genre TOP THREE TEENS GENRE!!! 14/1/19 TOP THREE #PURDAH!! 18/2/19 Anak Ustaz adalah satu cerita yang mengisahkan perihal anak ustaz. dan juga cabaran yang dihadapi oleh anak ustaz untuk menjaga reputasi ayahnya. Maryam Radhiah namany...