Episod Akhir.

231 4 2
                                    

"HAAA. Tudung ini pin di sini. Cantik kamu Maryam.", kata Makcik Ida membetulkan tudung Maryam.

"Makcik, saya seganlah. Nanti Ustaz Nazim perasan pula saya suka dia.", kata Maryam tersipu sipu lagi.

PON PON...

"Haa..... sampai dah... kamu hati-hati ya nak. Balik awal ya.", kata Makcik Ida.

"Assalamualaikum Ustaz.",

"Waalaikumusalam, suri hati ku. Sudah bersedia ke destinasi special?",
Ustaz Nazim membuka pintu keretanya.

Kami tiba di lokasi berdekatan dengan pantai. Dia membawa ibunya sekali. Memang pandai dia bergurau gurau dengan ibunya.

Ketika ibunya ke tandas, Ustaz Nazim melutut di hadapanku di restoran itu.

"Sudikah awak jadi suri dalam hati saya buat selama-lamanya?",

Terketar-ketar tangan Maryam. Matanya memandang tepat wajah Ustaz Nazim.

"Insya Allah."
Tangannya menutup mukanya. Jelas malu sangat orangnya.

_____________________________________

SELESAI sudah kenduri kahwin Nazim dan Maryam.

"Abang, saya tak sempurna. Saya tak cantik. Saya tak ada pendidikan tinggi. Saya tak pandai. saya tak menarik.....", mulut Maryam tertutup dek jari Nazim hinggap di mulut Maryam.

"Kamu.. anak Ustaz.... baik budi pekertinya. Sabar yang luar biasa. Tabah. Ramah. Banyak kali. Sentiasa suri di hati abang. Juga kamu.. isteri Ustaz..".

Mereka hidup bahagia. Sekali sekala Maryam melawat Along yang semakin pulih. Setelah lama Maryam membuat kajian, barulah dia sedar ayahnya mengalami delusi yang teruk akibat kehilangan cinta sejatinya, Rohaida dan kehilangan sahabat sehidupnya, arwah mak..

"Meskipun Abi tidak baik yang disangka, aku tetap bangga menjadi Anak Ustaz Nik Azman. Sampai bila-bila Anak Ustaz tidak akan terpisah buat selamanya. Semoga aku berjumpa lagi dengan akak-akakku di syurga kelak.", bisik hati Maryam sambil merenung ke arah buku psikologi itu. Ya, Maryam sambung belajar bahagian psikologi.

"Sayang,... jom makan. Abang masak special. Sudah-sudahlah study. Kesian baby itu nanti.", kata Ustaz Nazim.

"kenapa pula? biarlah nanti baby pandai."

"Yelah. Amin. Meh makan, asam pedas ada. Ayam goreng ada.", kata Ustaz Nazim.

Sekian, terima kasih.

"Benarlah..

air dicincang takkan putus
sudah-sudah bergaduh
berdendam jangan sekali
Mari pulang, makan bersama.
Mari pulang, ibu masak sedap.
Mari pulang, kami rindu kamu.

Usahlah cemburu
memakan dirimu
cubalah tersenyum tika dia juga tersenyum
kerana cemburu itu makan hati binasa diri.

من عاش مات ومن مات فات
sesiapa yang hidup akan mati,
dan sesiapa yang mati akan wafat.
-Qays-

Setiap orang yang beragama punya masa lalunya,
Setiap orang yang berdosa punya masa depannya.

tamat.
Anak Ustaz
28 April 2020

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now