TASIK KENYIR. Lama Abi bertafakur sambil menghadam segala keindahan air yang biru, dikelilingi gunung ganang yang tinggi juga bersama rimbunan hijau.
Kak Alia menepuk Abi seraya berkata, "Abi, kasihan Kak Hikmah dan Maryam." ,
"Abi membuat perkara yang betul. Hancur reputasi Abi jika orang-orang kampung tahu hal itu",
"kamu lihat air ni tenang. Tetapi jika bot lalu, dia terbelah dan berpisah. Tenang tiada. Begitulah Abi, tiada tenangnya apabila anak-anak buat begitu. Hukuman buat mereka kerana perbuatan yang terkutuk itu.",kuat pendirian Abi seperti gunung yang menjadi pacak kepada tanah untuk bergantung.
"Manusia bukan diutuskan untuk menghukum, Abi. Menghukum itu kuasa Allah. ", jelas Kak Alia.
"Sudah! Kamu biarkan sahaja maksiat berleluasa begitu?", jerit ayahnya lalu pergi meninggalkan Kak Alia yang berada di tingkat dua, Rumah Bot Tasik Kenyir itu.
Kak Alia mengetap bibir. Makin jauh bot bergerak, makin dalam rindunya pada Maryam dan Hikmah.
"Kalau aku yang menolong mereka, kelak aku pula yang dibuang Abi.", monolog sendirian. Bayangan wajah Maryam dan Kak Hikmah hilang bersama arus yang dibelah dengan bot ini.
.Kak Alia menyapa salam Along.
"Maryam suka main air kecil-kecil dulu. Kan, Lia?", kata Along."Ya, Along. Tinggal kita berdua sahaja....", balas Kak Alia.
"Berdua? Maksud Lia apa sebenarnya?", marah Along."Kita sahaja berdua kat atas bot ni menemani Abi. Masing-masing sibuk study. Kan?", kata Kak Alia berpura-pura bersahaja.
Along masih tidak tahu tentang semuanya. Padanya, Maryam dan Hikmah masih adiknya. Jika dia tahu semua itu, pasti dicarinya adik-adiknya itu. Rindu sangat. Air dicincang takkan putus. Begitulah hubungan adik beradik.
YOU ARE READING
Anak Ustaz [COMPLETED]
Ficción General#9 in Islam genre TOP THREE TEENS GENRE!!! 14/1/19 TOP THREE #PURDAH!! 18/2/19 Anak Ustaz adalah satu cerita yang mengisahkan perihal anak ustaz. dan juga cabaran yang dihadapi oleh anak ustaz untuk menjaga reputasi ayahnya. Maryam Radhiah namany...