BAB 1

16.1K 364 8
                                    

"Tengku Hana Lyana ! "Kuat nama pelajar itu dipanggil dengan nada jerit. Nur Hafizah Emilia ialah kawan baik Hana dari sekolah rendah. Mereka selalu bersama dengan kawan-kawan mereka yang lain.

Terkejut Hana dibuatnya kerana dia baru sampai di sekolah. Emilia berlari mendapatkan Hana.

"Hana lambatnya kau ni. Kau tahu tak dah berapa lama aku tunggu ?! "Bebel Emilia.

"Sorry lah, tadi adik aku tu yang lembab nak mati. Sebab tu lah lambat. "Jelas Hana. Emilia mengangguk.

"Hmm... mana Mel dan Nad ? Bukan diorang selalu datang awal ke ? "Tanya Hana sambil mencari kelibat 2 orang sahabatnya lagi. Terjengket-jengket dibuatnya.

"Diorang ada kat kelas. Hari ni kan diorang bertugas. Dah, jom lah naik ke kelas. Aku terasa macam nak buli diorang lah. Hehe... "Balas Emilia sambil tertawa sendiri. Hana menepuk dahi.

Pulak dah !

. . .

Kring!!!

Bel berbunyi tanda masuk waktu rehat. Hana mengemas bukunya sebaik sahaja Cikgu matapelajaran Bahasa Melayu keluar dari kelas.

"Hana, jom lah rehat. Karang kalau lambat tak pasal-pasal tak dapat rehat. "Ajak Melina.

Belum sempat Hana menjawab, bunyi ketukan pintu pula dan terpacak lah seorang lelaki yang bernama Mohd Ariff Aiman.

"Hai Hana ! Jom rehat sama-sama. Saya ada bawa makanan favorite awak. "Kata Aiman, seorang teman lelaki Hana.

Hana tersenyum dan terus melirik ke arah Emilia, Nadia dan Melina yang sedang memandang antara satu sama lain dengan wajah tak senang.

Keluhan berat dilepaskan apabila melihat riak wajah mereka.

"Hmm... sorry lah Aiman. Saya rasa hari ni saya nak makan dengan Emi, Mel dan Nad. Lagipun saya dah lama tak makan dengan diorang. "Kata Hana. Aiman melihat Emilia, Nadia dan Melina.

"Hmm tak apa lah. Kalau macam tu, esok-esok je lah kita makan sama-sama. "Kata Aiman sambil tersenyum.

"Hehe, sorry sangat-sangat. "kata Hana sambil menunduk. Dia sempat melirik ke arah Emilia, Nadia dan Melina yang sedang buat riak bersalah.

"Tak apa lah. Dah, awak pergi lah rehat sana. Ni saya bagi awak, makan tau. "Pesan Aiman. Hana mengangguk.

"Anyway Hana, I love you. " Kata Aiman sambil membuat flying kiss. Hana tersengih.

"Love you too. "Balas Hana sambil melihat Aiman berjalan menuju ke mana entah.

"Yeah ! Hana join kita ! "Emilia bersorak gembira. Nadia dan Melina tersenyum bangga.

"Dah... jom makan. Lapar ni " Kata Hana. Emilia, Melina dan Nadia mengangguk dan mereka berjalan menuju ke kantin.

. . .

Di rumah Tengku Ahmad Iskandar, ayah kepada Hana. Hana dan adiknya, Tengku Ariel Mikail sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Ibunya, Tengku Aqila Umaira dan ayahnya Tengku Ahmad Iskandar pula sedang berbincang sesuatu yang serius.

"Lya, Ariel mari sini sayang. "Panggil Tengku Aqila. Hana dan Ariel serentak bergerak ke arah ibu dan ayah.

Anyway, Lya adalah nama panggilan Hana untuk keluarganya sahaja.

"Kenapa Ibu ? Nampak macam serius je. "Kata Ariel.

"Iya Riel, memang serius. "Balas Tengku Ahmad sambil memandang Hana yang sedang makan sepotong kuih yang memang sudah disediakan oleh ibu.

"Hmm... sebenarnya esok pagi, kita kena berpindah. "Kata Tengku Ahmad. Tersedak Hana dibuatnya.

Dia segera meneguk secawan teh dan terus memandang ayah dan ibunya dengan mata membulat.

Ariel lagi lah, terkejut nak mati.

"What ?! Pindah ? "Tanya Hana dengan nada terkejut.

"Iya Lya. "Jawab Tengku Aqila sambil memegang tangan Hana agar bertenang.

"T-tapi kenapa Ayah ? Ibu ? " Tanya Hana.

"Sebenarnya syarikat Ayah telah berleluasa. Ramai yang nak Ayah jadi boss mereka. Tapi, ni lain Lya. Jika Ayah dapat kerja di sana, kos perbelanjaan harian kita, mereka yang tanggung. Lagipun Shamiel pun ada di sana. "Jelas Tengku Ahmad. Ariel mengangguk perlahan.

"Dekat mana Ayah ? "Tanya Ariel.

"Kuala Lumpur. "

"Hmm, kalau macam tu... okey lah, Ariel setuju je. "Kata Ariel.

Tengku Ahmad tersenyum melihat Ariel.

"Lya ? "Tanya Tengku Aqila. Hana menghela nafas berat sebelum mengangguk lemah.

"Baiklah, Lya setuju. "Kata Hana sambil menguis kakinya ke lantai.

Ariel berasa kasihan melihat kakaknya. Bukan dia tak tahu, kakaknya begitu gembira apabila berada di sekolah.

"Okey, kalau macam tu kamu berdua boleh kemas barang kamu. Esok kita dah nak bertolak. "Kata Tengku Ahmad. Ariel dan Hana mengangguk dan terus naik ke tingkat atas untuk mengemas barang.

.

.

.

.

.

ayat budak stokin . vote and comment amat lah diperlukan , terima kasih 😊🌹

681 words

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now