Hana pov
Aku bangun dari tidur apabila alarm phone aku berbunyi. Setelah itu, pandanganku beralih memandang screen handphone.
5:45 AM
Melihat sahaja masa itu, aku bingkas bangun dari katil menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk.
Selesai mengambil wudhuk, aku terus membentangkan sejadah untuk solat sunat sambil menunggu waktu solat subuh.
Usai solat subuh, aku melipat telekung dan sejadah dan meletakkan di atas katil.
Setelah itu tuala dicapai sebelum langkah diaturkan menuju ke tandas lagi untuk mandi pula.
Selesai sahaja semua benda, aku terus melangkah ke arah katil sebelum handphone dicapai. Aplikasi Instagram dibuka.
Baru sahaja nak usha story boyfriend, notification masuk menandakan bahawa seseorang baru sahaja post gambar di Instagram.
Pantas aku melihatnya.
Membulat terus mata aku dibuatnya melihat gambar tersebut.
"OH MY GOD ! Aku sama sekolah dengan Yana ! "Jeritku dengan nada gembira.
Hampir terlupa tentang kawan baik aku dahulu. Jadinya, pasti aku dan dia akan bertemu semula nanti. Ah, tak sabarnya!
"Yana ! Wait for me !!! "
. . .
Di rumah Shazyana, dia terbersin sebelum dia menggosok-gosok hidungnya sambil membebel perlahan.
"Haih... siapa lah sebut nama aku ni. Ah, lantak lah. Dah lambat ni. "Bebel Shazyana sambil mengemas beg sekolah nya.
. . .
Pagi itu, Hana dan Ariel sudah bersiap untuk ke sekolah. Mereka bersarapan di ruang tamu.
"Lya ! Ariel ! Cepat sikit ya. "Kata Tengku Ahmad sambil memakai kasutnya. Bersiap untuk ke office. Tapi sebelum itu, Tengku Ahmad perlu mendaftarkan Hana dan Ariel ke sekolah.
"Baik Ayah ! "Balas Hana dan Ariel. Ariel sempat mencapai sepotong roti yang baru dibuat oleh Mak Yam, pembantu rumah.
Selepas itu, mereka berasalaman dengan Tengku Aqila.
"Belajar rajin-rajin ya sayang. Jangan lupa makan nanti. "Pesan Tengku Aqila.
Hana dan Ariel hanya mengangguk sebelum mereka sama-sama melangkah menuju ke arah kereta apabila Tengku Ahmad menghonkan kereta.
. . .
"Haa Ariel, kamu dah boleh masuk ke kelas. Jangan nakal-nakal sangat. Jaga diri tu. "Pesan Tengku Ahmad.
Ariel hanya mengangguk sahaja sebagai balasan sebelum dia beredar dari situ tanpa sepatah kata.
Tengku Ahmad hanya menggeleng melihat tingkah Ariel itu.
Memang anak bongsunya itu jarang bercakap, tapi bila dah bercakap tu memang tak boleh henti lah.
"Lya boleh tak cari kelas Lya sendiri ? Ayah sebenarnya dah lambat ni. "Kata Tengku Ahmad sambil mengerling jam tangannya
"Hmm... Lya okey je. "Balas Hana dengan senyuman kecil di bibir.
"Kalau dah macam tu... Ayah pergi dulu ya? Tolong tengokkan Ariel tu. Nanti balik, tunggu kat pondok bas. Abang Sham suruh Lya dan Ariel tunggu di sana. "Pesan Tengku Ahmad sebelum berlalu pergi.
Hana hanya mengangguk perlahan sambil memerhatikan langkah pemergian ayahnya itu. Seketika kemudian, dia terus berpaling meneruskan langkah untuk mencari seseorang.
YOU ARE READING
Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]
Romance𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 ‼️ TENGKU FARIZ DANIEYEL seorang pelajar gengster di antara Victoria Highschool. Banyak perangai buruk yang ada pada dirinya tetapi dia juga seorang yang popular akan ketampanan dan kekayaannya. Pun begitu, tubuhnya yang tinggi...