Fariz mengerutkan dahinya halus melihat susuk tubuh kedua-dua sahabatnya yang sudah berada di ruang tamu rumah nya.
Langkah diatur menuju ke arah mereka.
"Kenapa korang datang rumah aku ? Kenapa tak call ? "Soal Fariz dengan riak wajah tak puas hati.
Ye lah, dia baru je nak sambung tidur dalam bilik tiba-tiba kakaknya panggil mengenai kehadiran kedua-dua sahabatnya itu.
Semestinya lah tak puas hati kan?
Rafiq dan Khairil hanya memberikan sengihan tak bersalah.
"Kitorang nak ajak kau lepak. Nak tak ? "Ujar Rafiq beserta soalan. Kening sebelah dijongket ke atas sambil menanti jawapan Fariz itu.
Fariz menyandarkan badannya ke dinding seketika. Dia merenung Rafiq dan Kahiril yang sedang memandangnya.
"Tempat biasa ke ? "Soal Fariz lagi.
Serentak dengan itu Rafiq dan Khairil mengangguk.
"Hmm... okey, tapi korang belanja. "Balas Fariz selamba, membuatkan Rafiq dan Khairil serentak mengangguk tanpa sedar tetapi hanya untuk seketika sebelum mereka berdua tersedar.
"Apasal pulak kitorang kena belanja kau ? Sepatutnya kau yang belanja kitorang. Kau anak Tengku kut ! "Ujar Khairil dengan nada tak puas hati.
Fariz menarik senyuman sinis.
"Fine, 10 minutes. "Akhirnya Fariz memberi kata putus sebelum dia beredar ke tingkat atas menuju ke biliknya untuk bersiap.
"Mantap lah Khai, minta Fariz belanja. "Gelak Rafiq sebaik kelibat Fariz tidak kelihatan.
"Tengok kaki lah ! "Balas Khairil sambil mengukir senyuman riak.
Rafiq mencebik. Pantang dipuji !
. . .
Meanwhile Hana di rumahnya...
❤ BEST FRIEND FOREVER ❤
You were added
Yana
Hello guys !Irin
Holla !You
Hai !Yana
Okey murid ii, mulai sekarang ni grup kita.You
AlrightIrin
Aku okey je✌Yana
Korang, petang lepak jom. Ioi.You
BolehIrin
On !Yana
Kalau macam tu,kita gi lepas zuhur.You
Ok. Kumpul kat rumah aku tau. Nanti aku share locationIrin
SetYana
Alright !. . .
Hana pov
"Ibu ! Lya nak keluar lepas zuhur boleh ? "Pintaku sambil membuat muka simpati.
Tengku Aqila yang sedang membaca majalah di ruang tamu itu terus mengangkat wajah memandangku.
"Lya nak keluar dengan siapa ? "Tanya Tengku Aqila.
"Dengan kawan- "
"Dengan boyfriend lah tu. "Pantas Shamiel memotong dengan nada perlinya. Entah dari mana mamat tu muncul!
Aku menjeling sekilas ke arah Shamiel.
"Mana ada ! Lya nak pergi dengan kawan Lya je lah. Abang Sham jangan nak buat cerita ! "Balas aku dengan nada geram.
"Ye tak je. "Sampuk Ariel. Ni lagi, suka sangat sakitkan hati aku.
"Yes dear ! "Balas aku laju membuatkan Ariel dan Shamil menjulingkan mata.
"Hmm... kalau macam tu, okey lah. Lagipun ibu dan ayah pun nak keluar nanti. Ada hal sikit. Tapi Lya jangan balik lambat tahu. "Kata Tengku Aqila.
"Yeay ! Okey ibu, Lya akan ingat pesanan ibu ! "Balas aku sebelum tubuh Tengku Aqila dipeluk erat oleku. Sempat aku menjelirkan lidah pada Ariel dan Shamiel.
"Okey lah ibu. Lya nak bersiap awal, bye ! "Tanpa menunggu lama, aku terus beredar dari situ menuju ke bilik untuk bersiap.
End pov
Langkah pemergian Hana hanya diperhatikan oleh Shamiel dan Ariel yang sudah saling berpandangan itu.
"Hmm... nampak nya kita kena jadi spy untuk budak bertuah tu ! "Tekad Shamiel.
"Yeah right. Macam sesuatu je. "Celah Ariel sambil menongkat dagu dengan riak wajah mendatarnya.
"Okay then, lepas Lya keluar, kita follow dia. "Shamiel memberi kata putus. Dia menoleh ke sisi memandang Ariel yang hanya mengangguk sebagai balasan.
. . .
"Assalamualaikum ! "Kedengaran suara orang yang memberi salam disertakan bunyi loceng rumah itu membuatkan Hana terkocoh berlari menuju ke pintu utama untuk dibuka.
"Waalaikumussalam. "Jawabku setelah daun pintu dibuka.
Wajah kawan-kawanku menyapa pandanganku.
"Yo Hana ! Jauh gila rumah kau ni ! Penat kitorang berpusing tadi. "Ujar Yana sambil melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja dipelawa oleh Hana.
"Jauh ke ? Ala, rileks lah. Bukannya selalu korang datang rumah aku kan ? "Balas Hana sambil tersengih.
Yana dan Irin hanya menggeleng kepala sahaja.
"So, mana family kau ? Kau seorang je ke kat rumah ? "Tanya Irin sambil matanya melilau mencari kelibat keluarga Hana tetapi tiada.
Rumah itu seperti sunyi sahaja.
"Ibu dan Ayah aku keluar, ada hal. Abang dan adik aku ada dekat atas. Entah buat apa, aku pun tak tahu. Malas nak ambil tahu sebenarnya. "Balas Hana acuh tak acuh.
"Then, nak pergi macam mana ni ? "Tanya Irin lagi.
"Macam mana lagi kalau bukan driver dia. Macam tak tahu je, Hana ni kan kaya. Normal lah dia ada driver. "Celah Yana sinis dengan tawa halusnya.
"Damn yeah. Jom lah, gerak sekarang. "Hana tidak menghiraukan ayat sinis Yana sebaliknya dia hanya menonong keluar dari rumah diikuti Yana dan Irin di belakang.
Tanpa mereka sedar, Shamiel dan Ariel mengekori mereka.
.
.
.
.
.
Happy reading !
877 words
YOU ARE READING
Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]
Romansa𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 ‼️ TENGKU FARIZ DANIEYEL seorang pelajar gengster di antara Victoria Highschool. Banyak perangai buruk yang ada pada dirinya tetapi dia juga seorang yang popular akan ketampanan dan kekayaannya. Pun begitu, tubuhnya yang tinggi...