Di Hospital Victoria...
"Maaf, Encik ni keluarga pesakit yang bernama Tengku Ariel Mikail ke ? "Tanya doktor yang merawat Ariel sebaik sahaja dia keluar dari bilik rawatan.
Shamiel yang sedari tadi menuggu di ruang menunggu itu pantas mengangguk.
"Ya, saya abang dia... Shamiel. "
"Ouh, saya Doktor Izami yang merawat adik Encik Shamiel. Adik Encik Shamiel, alhamdulillah selamat. Luka di bahagian perutnya pun telah dijahit, jadi Encik Shamiel tak perlu risau apa-apa. Cuma sekarang ni dia masih belum sedarkan diri lagi. "Terang Doktor Izami panjang lebar.
Mendengar penerangan Doktor Izami, Shamiel kemudian menghela nafas lega.
"Kalau macam tu... boleh saya lihat keadaan dia ? "
"Boleh sahaja. "Balas Doktor Izami sebelum dia beredar dari situ meninggalkan Shamiel semdirian yang sudah terduduk di kerusi ruang menunggu.
Fikirannya masih lagi segar memikirkan kejadian tadi.
Flashback on
Shamiel dan Ariel berjalan keluar dari IOI. Mereka berjalan menuju ke tempat parking kereta.
Langkah Ariel yang tiba-tiba berhenti membuatkan Shamiel turut berhenti. Shamiel pelik akan kelakuan Ariel.
Mata Ariel tak berkelip. Dia pandang seorang wanita yang baru keluar dari mall menuju ke keretanya. Dengan barangnya yang banyak dan beg duit nya berada di atas bonet kereta.
Kelibat dua orang lelaki yang berbadan tegap yang sedang berjalan dengan selamba di hadapan wanita itu membuatkan hati dia tak sedap hati.
Ariel ternampak seorang lelaki itu sedang mengeluarkan pisaunya dan sedia untuk menyerang perempuan itu. Membuntang mata Ariel.
Bahaya ? Yes, bahaya !
Tanpa berfikir panjang, Ariel berlari ke arah wanita itu. Shamiel tak sempat menegah adiknya. Dia juga pantas mendapatkan Ariel.
BUK!
Shamiel terkedu melihatnya. Langkahnya juga terhenti serta merta.
Ariel memegang perutnya. Dia melihat cecair merah yang pekat, mengalir keluar. Tangannya yang lagi sebelah mendepakan tangan seperi menyelamatkan wanita itu.
Perlahan lahan, Ariel menarik keluar pisau itu. Dua orang lelaki itu sudah lama melarikan diri.
"Ugh...uhuk... "Ariel terbatuk. Dia menekup mulutnya. Apabila dia menarik tangannya, dia terkejut. Darah ?
"Arghh ! "Dia menjerit sakit.
Shamiel segera ke arah Ariel dengan wajah cemas.
Wanita itu pula hanya menangis.
"A...Ariel... "Shamiel membaringkan Ariel di pehanya.
"Shamiel... a...aku- "Belum sempat Ariel menghabiskan ayatnya, dia pengsan.
Shamiel segera membawa Ariel ke hospital.
"Maafkan aku sebab tak jaga kau dengan baik. "
End flashback
. . .
Hana pov
Kelihatan kelibat Shamiel yang sedang duduk di ruang menunggu membuatkan jantung aku berdebar. Aku segera ke arah Shamiel.
Lantas aku memeluk tubuh Shamiel sebaik berdiri di hadapannya. Shamiel sedikit tersentak tetapi dia balas juga pelukan itu.
"Abang Sham... macam mana boleh terjadi ? Kenapa dengan Ariel ? "Soalku perlahan.
Shamiel menghela nafas berat. Dia mengusap rambutku perlahan sebelum dia membuka mulut untuk bercerita dari awal hingga akhir kejadian.
Setelah mendengarnya, aku teruas tergamam.
Patut lah aku rasa macam ada orang ikut aku dan kawan-kawan aku tadi.
"Semuanya salah Abang Sham. "Ujar Shamiel perlahan.
Aku mengeluh kecil sebelum aku menatap wajah Shamiel yang sebersalah itu.
"It's okay. Lagipun, bukan semuanya salah Abang Sham. "Pujukku sambil mengeratkan lagi pelukan.
Shamiel hanya mendiamkan diri. Sejujurnya dia amat sebersalah pada adik bongsunya, Ariel itu.
Suasana hening seketika. Belum sempat Shamiel membuka mulut, Tengku Ahmad Iskandar dan Tengku Aqila Umairah menyapa mereka.
"Macam mana boleh jadi macam ni Sham ? Lya ? "Tanya Tengku Ahmad. Aku memandang Shamiel.
End pov
"Panjang ceritanya. "Balas Shamiel.
"Ariel macam mana ? Dah sedar ke belum ? "Tanya Tengku Aqila.
"Buat masa ni Ariel belum sedar lagi. Tapi doktor kata tiada apa-apa yang teruk berlaku pada dia. So, tak perlu risau sangat. "Balas Shamiel perlahan.
"Ariel... "Tengku Aqila mengeluh berat. Tengku Ahmad pula memgambil peranan sebagai suami, memeluk si isteri agar bersabar.
Hana pula kembali memeluk Shamiel sambil memikirkan keadaan adiknya, Ariel itu.
.
.
.
.
.
Keep reading ! Malas nak edit.
598 words

YOU ARE READING
Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]
Romance𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 ‼️ TENGKU FARIZ DANIEYEL seorang pelajar gengster di antara Victoria Highschool. Banyak perangai buruk yang ada pada dirinya tetapi dia juga seorang yang popular akan ketampanan dan kekayaannya. Pun begitu, tubuhnya yang tinggi...