BAB 20

5.4K 181 0
                                    

"What, Aiman ? Make it fast, now. "

Hana menyilangkan tangan ke dada. Dia memandang pelajar lelaki seusianya yang sedang berdiri di hadapannya.

Tiba-tiba si Aiman ini datang kat dia. Lepas tu, nak bercakap dengan dia.

Hana tiada pilihan lain. Dia akur sahaja dengan permintaan Aiman.

Lagipun, sampai bila lagi dia perlu larikan diri dari Aiman ?

Hal ini perlu diselesaikan sekarang. Dan dia sudah membuat keputusan, bahawa dia mahu tiada apa-apa kaitan dengan lelaki itu.

Noktah !

"Hana, saya tak tahu apa salah saya. Jadi kenapa ? Kenapa tiba-tiba awak nak putus dengan saya ? "

Bagi Hana, soalan Aiman ini terlalu kelakar. Memang orang yang dah buat salah ni, tak sedar ke yang dia dah buat salah?

"Betul, kau tak tahu apa salah kau ? "

"Hana... "Nada suara Aiman berubah perlahan. Dia memandang Hana yang sudah menarik senyuman sinis.

"So funny Aiman. Kau dah curang belakang aku, tapi kau masih tak sedar silap kau tu ? "Kening sebelah dijongket tinggi, membalas pandangan Aiman.

Aiman kelihatan tersentak, tetapi lelaki itu sempat mengawal riak wajahnya.

As if, Hana tidak perasan akan riak wajah Aiman tadi. Ini Hana lah ! Terkejut ke, sebab dah terkantoi ?

"Apa maksud awak ? Saya... saya tak pernah curang dengan awak. "

"Kau pasti ? "

Aiman kembali diam. Saliva ditelan berkali-kali namun terasa kelat baginya.

Dia tahu, sukar untuk memanipulasikan gadis bernama Tengku Hana Lyana ini.

Kalau setakat cari pemboleh ubah dimanipulasi tu, boleh lah cerita.

Tapi... kita bercakap tentang Hana !

Melihatkan Aiman yang asyik diam membisu itu, tahu lah Hana bahawa apa yang dilihatnya tempoh hari jelas membuktikannya hari ini.

"Macam ni lah, Aiman. Just forget about me. Move on. Mulai sekarang, aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau. Kau enjoy dengan hidup kau, dan aku enjoy dengan hidup aku. Okey ? Deal ? "

"Hana, macam mana saya nak enjoy dengan kehidupan saya kalau awak tu kebahagiaan saya ? "Soal Aiman. Raut wajahnya seolah-olah merayu agar gadis itu tidak meninggalkannya.

Hana menjeling menyampah.

"Dah lah, Aiman. Pickup line kau tu dah basi untuk aku. Now, we're done. "

Hana kemudian berpusing, untuk melangkah pergi.

Namun belum sempat dia memulakan langkahnya, Aiman tiba-tiba sahaja memegang bahunya.

Langkah Hana terhenti. Dia tersentak.

"Awak dah ada pengganti ? "

Soalan spontan Aiman itu membuatkan Hana diam, tidak terbalas.

"Tell me, is he better than me ? "Sekali lagi Aiman menyoal spontan.

Raut wajah Hana bertukar sesikit keruh. Dia memusingkan sedikit tubuhnya sebelum ditepis kasar tangan Aiman dari memegang bahunya.

"Aku tak faham siapa yang kau maksudkan. "

"I mean him ! Fariz ! Dia ke pengganti awak ?! "Tiba-tiba sahaja Aiman memekik, membuatkan Hana terkejut.

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now