Hana pov
"Korang, apa kata kita makan aiskrim. Nak tak ? "Ajak Irin.
"Good idea. Aku pun nak makan aiskrim juga. "Ujarku pula sambil mengangguk kepala.
Yana pula awal-awal lagi dah setuju. Maklum lah, hantu asikrim katakan.
Setelah mereka selesai melantak aiskrim, langkah mereka ditujukan ke sebuah restoran. Ya, makan aiskrim sahaja tidak kenyang. Jadi ada haiknya mereka terus makan sahaja.
Tibanya mereka di restoran, mereka bertiga terus mengambil tempat sebelum dipanggil pelayan untuk memesan makanan.
"Spaghetti carbonara and orange juice. "Ujar Hana mendatar.
Kelihatan pelayan itu menulis menu makanan yang dipesan sebelum dia memandang Irin dan Yana pula.
"And ? "
"Mushroom soup and ice latte. "Pesan Yana
"Mee bandung dan ice lemon tea. "Ujar Irin pula.
"Okay, guess that's all we want. "Sambung Hana sebaik sahaja kedua-dua sahabatnya itu selesai memesan makanan.
Pelayan itu mengangguk sebelum beredar dari situ menuju ke dapur untuk menyuruh mereka buat makanan cepat (?).
Tanpa sedar, Shamiel dan Ariel yang dari awal mengekori mereka itu saling berpandangan.
"Let's go home. Seems like, our princess tak keluar dengan mana-mana lelaki. "Ujar Shamiel.
Ariek tidak membalas sebaliknya dia akur sahaja akan Shamiel. Mereka berdua terus beredar dari situ untuk pulang ke rumah.
. . .
Di tempat lain, kelihatan Fariz, Rafiq dan Khairil sedang berjalan masuk ke dalam mall. Pakaian mereka agak santai kerana masing-masing memakai t-shirt nike dan jeans. Kasut? Mereka tidak memakai kasut sebaliknya selipar yang dipakai.
Dari segi pakaian nampak seperti mereka bukan orang yang senang sebaliknya, di luaran kereta guna Ferrari ! Kau ada ?
"Apa kata kita makan dulu ? Lagipun tadi aku tak sempat makan kat rumah. Ibu aku lah, bebel tak habis sampai aku nak makan pun tak senang. "Ujar Rafiq sambil memandang Fariz dan Khairil yang sudah menjongket sebelah kening ke atas.
"Apa-apa lah, Rafiq. Tapi kau belanja lah. "Kata Fariz dengan sengihan sinis terukir di bibir.
"Aku okey je belanja makan. Tapi kalau belanja benda lain tu, korang lah payung. "Balas Rafiq selamba.
"Eh itu aku on. "Pantas sahaja Fariz menyokong sebelum dia memandang Khairil yang sedang membelek dompetnya itu.
"Aku ada RM100 je dalam dompet. Mana cukup, nak payung babi-babi macam korang ni. "Ujar Khairil dengan wajah mendatar.
"Ah kau tak payah nak membabi pula. Macam kitorang tak tahu kau bawa kad debit kau tu. "Kepala Khairil ditepuk kasar oleh Rafiq sebelum dia tertawa diikuti Fariz.
Khairil mencebik menyampah. Ini lah member !
. . .
"Boys, look at there. Itu Hana dan kawan-kawan dia kan ? "Soal Khairil sambil memandang ke satu arah sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam restoran.
Serentak Fariz dan Rafiq memandang.
"Hmm... jumpa lagi minah ni. "Gumam Fariz perlahan.
"Kau nak tackle dia ke? "Soal Rafiq.
"Like hell I would. "Balas Fariz mendatar sebelum dia mengangkat kaki untuk melangkah mencari meja.
Rafiq dan Khairil saling berpandangan sebelum mereka mengekori langkah Fariz itu.
. . .
"Wei, agaknya kenapa Fariz makan kat sini ? And kenapa dia makan menghadap meja kita ? "Tanya Yana apabila matanya terlihat Khairil yang sedang memandangnya. Dah apasal mamat tu nak pandang dia ?!
"Serious lah ?! "Aku mengangkat wajah memandang Fariz dan kawan-kawannya.
Pada masa yang sama, Fariz juga turut memandang ke arahku dan paling mengejutkan adalah jejaka itu sempat mengukir senyuman buat aku.
Dah kenapa mamat tu senyum wei ?!
Deg!
Apa tu ? Kejap, kenapa aku nak berdebar pulak ni ? Abaikan lah pandangan dia, Hana !
Aku tak membalas senyumannya sebaliknya aku melihat dua orang rakannya yang sedang memesan makanan itu. Bila dilihat balik, handsome juga diorang ni.
Sedang aku melihat mereka, handphone aku tiba-tiba berbunyi.
Aku segera lihat nama pemanggil.
𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐢𝐞𝐥 ♡
Tanpa menunggu lama, aku segera menjawab panggilan tersebut.
"Hello, kenapa ni Abang- "
"Lya, boleh datang ke hospital tak ? "
"Kenapa ? "Tanya Hana
"Ariel masuk hospital. Datang cepat, Abang Sham tunggu. "
"What ?! "Terkejut beruk aku dibuatnya sebaik sahaja mendengar kenyataan tersebut. Belum sempat ingin bertanya lebih lanjut, panggilan telah dimatikan.
Tak guna punya abang !
Setelah itu, aku terus memandang ke arah Irin dan Yana yang turut memandangku itu.
"Sorry girls, aku kena pergi hospital sekarang. "
"Ha ? Kenapa pulak ? "Tanya Yana dengan kening berkerut tinggi.
"Ariel masuk hospital. Aku tak tahu kenapa, jadi aku kena pergi sana sekarang. "
Tanpa aku sedar, tingkah aku tadi diperhatikan oleh Badboys.
"Apa yang dah jadi ? "Bisik Rafiq kepada Khairil.
Kahiril hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
Fariz pula hanya memerhati kelibat Hana sehingga tidak kelihatan.
.
.
.
.
.
Happy reading ! Malas nak edit.
994 words
YOU ARE READING
Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]
Romance𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 ‼️ TENGKU FARIZ DANIEYEL seorang pelajar gengster di antara Victoria Highschool. Banyak perangai buruk yang ada pada dirinya tetapi dia juga seorang yang popular akan ketampanan dan kekayaannya. Pun begitu, tubuhnya yang tinggi...