BAB 14

6K 228 3
                                    

"Lya, mungkin permintaan kami ni agak susah untuk ditunaikan tapi... nak tak nak Lya kena terima juga. "

Hana sudah berkerut dahi mendengar kata-kata ibunya, Tengku Aqila itu.

Pulak dah. Lain macam je ayat ibunya itu.

"Apa maksud Ibu ? Ibu nak Lya keluar dari rumah ni ke ? Ibu nak halau Hana ke ? Serius lah, Ibu ? "Soal Hana tanpa berfikir panjang.

Tengku Ahmad mengukir senyuman lucu mendengar soalan Hana itu manakala Tengku Zamir dan Tengku Aminah sudah tertawa kecil.

Lah ? Salah ke tebakannya itu ? Getus hati Hana sambil memandang hairan raut wajah ibu ayahnya serta tetamunya itu.

"Apa sampai ke situ pula Lya fikir ? Ish, kamu ni ! "Tengku Aqila menepuk perlahan peha Hana.

"Dah tu ? "

Seketika kemudian suasana antara mereka semua hening seketika sebelum Tengku Ahmad membuka suara menyatakan hasrat di hati.

"Lya... sebenarnya Ayah dan Ibu dah buat keputusan untuk kahwinkan Lya dengan Daniy. "

Sekali lagi suasana hening.

Hana yang pada mulanya faham akan kata-kata Tengku Ahmad terus mengangguk.

"Lah, itu je ? Tak ada lah susah sangat permintaan... "Namun ayatnya terhenti seketika apabila dia memikirkan semula permintaan Ayahnya.

"Wait, apa Ayah cakap ? Boleh ulang tak ? "Soal Hana sambil memandang Tengku Ahmad, serius.

Rasa macam Ayah nya sebut perkataan 'kahwin'. Ke, dia salah dengar ?

Tengku Ahmad menghela nafas panjang sebelum dia membalas pandangan anak gadisnya itu. Raut wajah serius diberikan.

"Ayah dan Ibu dah buat keputusan untuk kahwinkan Lya dengan Daniy. "

Terus tergamam Hana dibuatnya. Dunia seakan terhenti. Otaknya tiba-tiba sahaja tidak berfungsi dan anak matanya terkebil-kebil memandang Tengku Ahmad.

Daniy ? Siapa Daniy ? Jangan cakap...

Shamiel dan Ariel yang sedari tadi mendengar sudah saling berpandangan. Mereka sebenarnya sudah agak akan hal ini kerana Tengku Ahmad dan Tengku Aqila awal-awal lagi sudah memberitahu mereka. Jadi, mereka tidak lah terkejut sangat.

"Hah ? K-kahwin ? Dengan Daniy ? No- you mean, Fariz Danieyel ni ?! "Hana kemudian melirik memandang Fariz di hadapannya itu.

Lelaki itu kelihatan tenang dan selamba sahaja. Ke, dia sudah tahu hal ini ? Dan sebab tu... Fariz kata benda mengarut tadi ?

Tengku Ahmad dan Tengku Aqila saling berpandangn sebelum mereja berdua mengangguk.

"Yes Lya. "Ujar mereka serentak.

Hana kaku seketika. Hal ini terlalu cepat untuknya.

Kahwin ? Ianya bukan boleh dibuat main ! No way !

"Lya... Ayah harap Lya setuju akan perkahwinan ini. Lagipun, ini semua untuk kebaikan Lya dan juga Daniy pada masa hadapan. "Tengku Ahmad bersuara saat melihatkan Hana yang masih lagi kaku tidak berkata apa itu.

"Betul tu. Pihak lelaki juga sudah setuju. Jadi kini tinggal tunggu jawapan pihak perempuan je lah. "Sampuk Tengku Zamir dengan senyuman kecil.

Pantas Hana kembali memandang Fariz yang sudah membuang pandangke tempat lain.

Wait, what ? Pihak lelaki dah setuju ?

"Lya terima ya ? Ibu dan Ayah yakin, Lya akan hidup bahagia dengan Daniy. Kami percayakan Daniy. "Pujuk Tengku Aqila.

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now