BAB 15

6.2K 248 11
                                    

"This is the worst ! Kenapa Lya kena kahwin dengan mamat gengster tahik kucing tu ? Seriously ? Sudah lah perkahwinan kitorang next week ! Isk, tak boleh bayangkan lah kalau Lya hidup dengan si syaitan tu ! "

Pagi-pagi lagi gadis itu sudah bersungut tentang kejadian semalam. Kejadian di mana Ibu dan Ayahnya itu menyuruh Tengku Hana Lyana untuk berkahwin dengan jejaka bernama Tengku Fariz Danieyel itu.

Tidak boleh dilupakan ! That's really surprise !

"Rileks lah, ada sebabnya kenapa Ibu dan Ayah buat macam tu. "Ariel di seat belakang sekadar untuk menenangkan kakaknya itu.

Kini mereka dalam perjalanan menuju ke sekolah menaiki kereta yang dipandu oleh Shamiel.

Walaupun Ariel baru je discharge semalam dan tak sembuh sepenuhnya, tapi dia tetap mahu ke sekolah. Rajin bukan ?

"What excuse ? For my happiness ? Habis tu kalau Lya duduk selamanya dengan korang, Lya tak bahagia lah ? Macam tu ? "Soalnya bertubi-tubi. Geram dengan balasan si adik.

Ariel hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melirik ke arah Shamiel yang masih fokus memandu itu. Sesekali lelaki itu melirik memandang gelagat Hana di sisinya sebelum digeleng perlahan kepalanya.

"C'mon princess, don't be like this. Betul lah tu apa yang Ariel cakap. Yup, this is for your happiness. Lagipun Uncle Zamir dan Aunty Aminah tu kan sahabat Ibu dan Ayah dari sekolah menengah. Of course lah Ibu dan Ayah percayakan mereka including their daughters. "Shamiel bersuara tatkala merasakan suasana antara mereka hening di dalam kereta itu.

Sekali lagi dia melirik ke arah Hana yang sudah mencebik sambil menyilangkan tangan ke dada itu.

"So what ? Apa kaitan dengan Lya ? Kalau pun nak jodohkan anak diorang dengan kita, kenapa tak Cikgu Izha tu kahwin dengan Abang Sham ? Lagipun, Lya dan Fariz kan muda lagi. Baru 17 tahun. Lain lah kalau Abang Sham dan Cikgu Izha tu. "Balas Hana tidak puas hati.

Terjongket sebelah kening Shamiel mendengarnya. Dia hanya tersenyum sahaja, tidak membalas.

Sebenarnya dia juga ada terfikir benda yang sama. Tapi apa boleh buat? Biar lah Ibu dan Ayahnya yang tentukan masa depan si Hana Lyana ni dahulu.

Ariel pula yang sedari tadi memerhati sudah menggulingkan anak mata ke atas.

He can smell something ~

. . .

"Yo Hana ! Adik kau Ariel tu, dah sihat ke ? "Yana menegur saat Hana, sahabatnya itu masuk ke dalam kawasan sekolah.

Sempat juga matanya mengerling ke arah Ariel yang berjalan dengan agak perlahan, jauh sedikit dari Hana.

Hana memandang Yana seketika sebelum dia menjongket kedua-dua belah bahunya ke atas. Raut wajahnya berkerut sahaja.

"Kau okey tak Hana ? Gaduh dengan Ariel ke ? "Soal Yana. Macam lah dia tak perasan raut wajah sahabatnya itu yang sedari tadi masam mencuka sahaja.

Pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Nothing lah. "Hana membalas pendek sambil meneruskan langkah menuju ke kelasnya, seraya meninggalkan Yana yang sudah tercengang itu.

Apa pulak masalah kali ini ?

"Eh, Hana ! Tunggu lah aku ! "Merasakan bahawa Hana sudah jauh meninggalkannya, pantas dia berlari untuk menyaingi langkah gadis itu.

"Kau ni kenapa ? Kalau ada masalah, cakap. Aku ni kan kawan kau. Kita kenal dari kecil lagi. Takkan lah kau tak nak share dengan aku ? "Pujuk Yana seraya merenung Hana yang sudah menguap perlahan sambil menekup mulut.

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now