BAB 21

5.3K 185 6
                                    

"Woi. Pahal kau tak tidur lagi ? "

Hana tersentak apabila ditegur sebegitu kasar pada waktu malam yang dingin ini.

Lantas dia menoleh ke sisi. Gerangan si syaitan menyapa pandangan.

"Apa kau kesah ? Sibuk je kat sini. "Omel Hana, menyampah.

Dia kemudian mengalihkan pandangan ke tempat lain pula. Tak kuasa mahu pandang Fariz lama-lama.

Dibiarkan sahaja lelaki itu mengambil tempat di sisinya.

Masih ada ruang di antara mereka.

"Dah lewat malam ni. Bahaya lah duduk kat luar seorang diri. "Ujar Fariz, sedikit prihatin.

Omelan Hana tadi tidak dihiraukan.

Hana mengerutkan dahinya, halus. Sukar untuk dia percaya dengan apa yang didengarinya tadi.

Sejak bila si syaitan ni concern pasal dia ?

"Kalau bahaya pun, sebab kau ada kat sini. "Sindir Hana, selamba.

Dia sempat mengerling Fariz yang sedang mengutip beberapa ketul anak batu yang berhampiran di atas tanah tempat didudukinya.

Entah apa-apa je lah mamat ni.

"Aku bukannya nak buat benda tak elok pun kat kau. Lagipun, aku boleh tunggu our first night. Halal pulak tu. Reason aku kat sini cuma nak teman kau je. "Balas Fariz tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Terbeliak mata Hana dibuatnya. Dia kemudian memandang sekelilingnya.

Kut-kut kalau ada orang yang terdengar, tak ke naya nanti ?

Nasib menyebelahinya kerana kawasan ini sedikit lengang dan sunyi.

Hanya dia dan juga Fariz sahaja yang berada berhampiran tepi sungai.

Pelajar-pelajar yang lain berkemungkinan sudah pun bertapa di dalam khemah masing-masing bersama ahli kumpulan tersendiri.

Beberapa orang pelajar ada yang masih berada di luar khemah, tetapi rata-rata mereka berada berhampiran khemah mereka.

Hanya Hana sahaja yang sengaja mahu duduk jauh dari khemahnya. Dia mahu menikmati kedinginan malam.

Maklum lah, pertama kali duduk tengah hutan untuk waktu malam ini. Jakun sikit.

Fariz pula, seperti yang diberitahu. Lelaki itu sekadar mahu menenami Hana kerana dia perasan bahawa gadis itu duduk sedikit berjauhan dengan khemahnya.

Dia tidak mahu apa-apa buruk berlaku pada gadis itu, jadi sebaiknya dia teman sahaja Hana di luar ini buat sementara.

Lagi pula, dia mahu mengenal Hana dengan lebih rapat.

"Kau ni kan, syaitan ! Cakap lain kali pandang-pandang lah sikit ! "Marah Hana. Mata masih memerhati sekelilingnya.

Bahaya jikalau orang lain tahu perbualan ini.

Fariz sembunyi senyum. Lucu pula bila melihat riak cemas Hana tadi.

"No one here beside us. So, buat apa nak risau ? "Sekali lagi Fariz balas selamba.

Batu-batu kecil yang dikutip tadi dilempar masuk ke dalam sungai.

Hana sudah mengetap bibir menahan geram.

Sumpah. Rasanya bercakap dengan syaitan ni lebih menyakitkan hati berbanding bercakap dengan Aiman tadi.

"Aku tak perlu kan kau untuk teman aku. Now, you better get your fucking way off from here. "Hana menghalau Fariz.

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now