BAB 12

6.1K 232 2
                                    

"Daniy ! Mama tak kira, Mama nak Daniy kahwin juga dengan pilihan Mama ! "

Dahi Fariz berkerut seribu mendengar permintaan berat Mama tercintanya, iaitu Tengku Ameena.

Dia baru sahaja pulang dari sekolah, tiba-tiba kena paksa kahwin. Like seriously ? Siapa je boleh brain ?

"What ? Heck no ! Mama ingat ni zaman Mama masa dulu-dulu tu ke ? Kahwin paksa ? "Dia menggeleng kepalanya berkali-kali.

"Please lah Ma, I don't want to be like that ! "Bantahnya sambil menyilangkan kaki gaya bos besar di sofa single.

Sempat dia mengerling Papa nya, Tengku Zamir Imran yang sedang duduk berhadapan dengannya sambil membaca surat khabar.

Sungguh jarang lelaki berumur itu mahu melekat di rumah memandangkan dia seringkali keluar outstation.

Ni bila dah ada kat rumah, semestinya ada perbincangan tergempar. Dan tidak disangka amat 'tergempar' berita yang didengari ini.

Ugh, Papa langsung tak bela anak bongsunya !

"Eh, at least Mama dan Papa bahagia ! Kalau tak bahagia, tak ada nya Daniy dan Niyla lahir kat dunia ni. "Balas Tengku Ameena dengan nada tegasnya.

Mata membulat memandang Fariz yang sudah mengetap rahang menahan emosi.

"Tapi Ma... "

Kata-kata Fariz terpotong saat Tengku Zamir mencelah.

"Daniy, just listen to your mom. Papa dan Mama buat semua ni untuk kebaikan Daniy. "Ujarnya, mendatar tetapi kedengaran agak dingin dengan suara garaunya itu.

Fariz pantas memandang Tengku Zamir yang masih lagi membaca surat khabar tanpa memandangnya. Bibir diketap kuat sebelum dia berdiri dari duduknya secara spontan.

"What's benefit Pa ? Company ? "Kening diangkat tinggi sebelum dia menyambung ayatnya kembali.

"Like I said before, I don't have any interest to handle your company or others company ! Stop pressure me, Pa ! "Bantahan masih diteruskan.

Memang tak lah dia nak kahwin ! Please lah, ingat ni tahun 90-an ke nak kahwin paksa bagai ?!

Tengku Zamir mengangkat wajah memandang Fariz. Surat khabar yang dipegang tadi diletak di sisi sebelum dia menongkat dagu merenung tajam anak bongsunya.

"Daniy... kamu kena ingat, kamu adalah satu-satunya anak tunggal lelaki yang Papa ada. Please, jangan rumitkan keadaan. Just marrying her and then, the problem will settle. Easy right ? "

Fariz menghela nafas berat. Dia meraup wajahnya kasar.

Kalau dah Papa nya bertegas, dia tiada kuasa untuk membantah. Lagipun, Tengku Zamir memang pantang kalau anak-anaknya ingkar akan kata-katanya. Mahu kena bakar dalam microwave nanti !

Seriously Fariz ? Then takkan lah dia nak kahwin dengan pilihan Mama dan Papa ? Kahwin muda ?

Sekali lagi Fariz menghela nafas berat. Nak tak nak, dia terpaksa terima.

"Fine. I'll marrying her... "Senyuman Tengku Zamir dan Tengku Ameena terukir di bibir mendengar balasan positif anak lelaki mereka.

"But it doesn't mean I'll love her just like both of you. "Sambung Fariz lagi membuatkan senyuman Tengku Zamir dan Tengku Ameena termati.

Mereka berdua saling berpandangan buat seketika.

"Alright then, perkahwinan kamu dan dia akan berlangsung seminggu dari sekarang. But for tonight, kita akan ke rumah mereka untuk bincang pasal perkahwinan kamu. So, prepare yourself Daniy. Don't you dare to make any trouble, okay. "Tengku Zamir memberi kata putus dengan anggukan kepala oleh Tengku Ameena.

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now