Fariz merengus kasar sambil bermain dengan sebatang mancis.
Untuk apa ? Semestinya untuk merokok. Tetapi hari ni dia tidak merokok kerana mood hilang disebabkan oleh gadis yang terlanggarnya pagi tadi.
Fariz hanya melihat Rafiq dan Khairil tengah bergelak tawa.
"Tak guna lah minah tu. "Kata Fariz tetiba. Tersentak dua orang rakannya tu.
"Tu lah kan, berani betul dia melawan. "Balas Rafiq.
Khairil pula hanya mendiamkan diri. Dia tidak berapa kisah sangat pasal itu. Cuma, dia sedikit tertarik lah dengan watak gadis itu yang berani menentang mereka.
"Well, kita tengok je lah nanti siapa yang menang. "Ujar Fariz
"Yeah, "Serentak dengan itu Khairil dan Rafiq mengangguk setuju.
Pandangan Fariz beralih ke tempat lain pula. Fikirannya tiba-tiba terarah pada seorang gadis 'lalat'.
Gadis yang paling hot di Victoria Highschool ini. Siapa lagi kalau bukan Syafiqa Azyan binti Dato Haizad ?
Tetapi, langsung tidak menarik di mata Fariz. Dia sebaliknya merasakan bahawa Syafiqa itu adalah lalat yang selalu mengacaunya.
Rimaslah !
Cadangan Rafiq pada awal lagi membuatkan dia menarik senyuman sinis tanpa dia sedari.
Bila difikirkan, memang tidak dinafikan bahawa gadis yang berani tadi amat lah cantik daripada Syafiqa.
Jadi... perlu ke dia follow cadangan Rafiq itu ?
"Wei Riz, jom masuk kelas. "Ajak Rafiq sambil mencuit bahu Fariz yang sedang termenung itu.
Fariz mengerutkan kening.
Hairan, bila masa pula mamat tu jadi rajin tetiba ?
"Hmm ya lah. "Kata Fariz dan terus berjalan ke kelas dengan tangannya di masukkan ke poket seluar.
Ramai pelajar perempuan yang menjerit kecil apabila dia lalu di hadapan mereka.
"Wah ketua gengster dah mai lah. "
"Comelnya Fariz. Wah, tinggi pula tu. "
"Handsome nya Rafiq. "
"Khairil makin putih lah. "
Itu lah sorakkan yang diberikan oleh pelajar pelajar di sekolah ni. Fariz mencebik apabila diri dia digelar 'comel'.
'Hello ! Aku bukan comel lah, but aku handsome. Tch, merapu lah kau ni Riz. '
"Huh, kembang semangkuk lah tu. "Tegur Khairil.
Fariz tidak menghiraukan teguran Khairil sebaliknya langkah masih diteruskan menuju je kelas.
. . .
Di kelas tingkatan 5 Sapphire, Shamiel selaku guru kelas tersenyum sambil memandang pelajar pelajar di kelas itu. Semua orang rasa seram bila tengok lama lama. HAHA, kejamnya aku.
"Ok murid-murid. Saya nak bagitau sesuatu ni. Hari ni kita dapat... kawan baru. Yeah ! "Kata Shamiel.
Pelajar-pelajar 5 Sapphire ada yang tersenyum, ada yang buat buat tak tahu dan ada yang mengangguk dengan fokus.
Heh, terlebih ceria nampak Shamiel ni. Terlebih makan ubat ke ?.
Pelajar baru itu masuk ke kelas dengan senyuman yang boleh membuatkan semua orang cair kecuali Fariz.
Yana dan Irin tersenyum lebar.
"Hai semua ! Nama saya Tengku Hana Lyana. Saya berpindah dari SMK Sri Bangsar atas disebabkan hal-hal tertentu. Hope kita boleh jadi kawan. "Kata Hana sambil memerhati setiap orang pelajar di kelas itu.
YOU ARE READING
Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]
Romance𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 ‼️ TENGKU FARIZ DANIEYEL seorang pelajar gengster di antara Victoria Highschool. Banyak perangai buruk yang ada pada dirinya tetapi dia juga seorang yang popular akan ketampanan dan kekayaannya. Pun begitu, tubuhnya yang tinggi...