"You, Aiman ?"
Aiman menoleh ke sisi tatkala namanya dipanggil. Semestinya bukan Nazzmi kerana Nazzmi sedang bersama dengan kawan-kawan sekelasnya yang lain.
Kening dijongket sebelah melihat tiga orang gadis yang sedang elok berdiri di sisi nya dengan gaya diva itu.
Dua orang daripada mereka, dia sudah mengenalinya.
Qisrin dan juga Natasya. Mereka sama kumpulan dengannya.
Manakala seorang lagi...
Siapa ya ?
"Ya, aku Aiman. Ada apa ya ? "
"I, Syafiqa Azyan. Girlfriend Fariz. You kenal Fariz kan ? "
Sekali lagi Aiman tersentak. Dia merenung Syafiqa dari atas ke bawah sebelum dia mengerling dua orang rakan Syafiqa itu.
Mereka kelihatannya... bukan biasa-biasa.
Tapi, betul ke Syafiqa ini merupakan kekasih Fariz ?
"You're kidding ? "
Bukan apa. Nak percaya pun, 50/50 je. Lagipun jelas lagi nyata bahawa semalam Fariz cuba flirt Hana.
Kalau sudah ada girlfriend, kenapa perlu try perempuan lain ?
"I tak main-main. I datang jumpa you ni pun sebab nak tanya sesuatu. "
"Apa yang kau nak tanya ? "
"Hana Lyana tu girlfriend you ke ? Atau korang dah putus ? "
Aiman tersentak mendengar soalan itu. Dia merenung Syafiqa, tajam.
"Kenapa kau nak tahu ? "
"Obviously sebab Fariz tu boyfriend I. I tak suka tengok Hana bersama dengan boyfriend I ! "
Aiman diam seketika.
"Aku dan Hana memang dah putus. Tapi aku tetap akan dapatkan dia balik, no matter what,"
Syafiqa menarik senyuman sinis. Dia dapat melihat semangat Aiman yang tekad mahu mendapatkan Hana.
Bagus juga kalau macam tu. Senang dia mahu buat 'kerja'.
"Then, let's team up. You dapatkan Hana, I dapatkan Fariz. Deal ?,"
Aiman memandang Syafiqa. Dia merenung gadis itu, memikirkan ajakannya.
"Why aku kena team up dengan kau ?,"
Syafiqa menahan sabar. Banyak tanya pulak mamat ni.
Qisrin dan Natasya pula hanya mendiamkan diri. Mereka membiarkan sahaja Syafiqa lead perbualan itu kerana mereka tahu, Syafiqa pandai memutar belitkan cerita.
"Kalau you team up dengan I, you akan dapat Hana. Dan I pula, akan dapat Fariz. You tame Hana, I tame Fariz. Fair and square right ? At least, you tak ada lah nak rasa sakit hati tengok mereka berdua bersama sepanjang kem ni berlangsung,"
Aiman diam mendengar penjelasan Syafiqa. Gadis itu benar. Tapi... boleh berjaya ke kalau dia bekerjasama dengan gadis ini ?
"Fine, I'm in. Spill your plan now, and I'll listen. Tapi kalau plan kau tak menjadi, I'll get rid of that guy,"
Syafiqa terdiam seketika. Amaran itu membuatkan dia terkelu.
"You mean... Fariz ?,"
Aiman memandang Syafiqa dengan tatapan tajamnya.
YOU ARE READING
Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]
Romance𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 ‼️ TENGKU FARIZ DANIEYEL seorang pelajar gengster di antara Victoria Highschool. Banyak perangai buruk yang ada pada dirinya tetapi dia juga seorang yang popular akan ketampanan dan kekayaannya. Pun begitu, tubuhnya yang tinggi...