BAB 10

6.5K 268 4
                                    

Kring !!!

Bel berbunyi dan mula untuk pembelajaran seperti biasa. Hana melangkah masuk ke dalam kelas dengan wajah yang muram.

Yana dan Irin hanya melihat Hana dengan riak wajah risau.

"Hana... macam mana keadaan Ariel ? Dia okey tak ? Apa yang berlaku sebenarnya ? "

Sekarang mata pelajaran Matematik. Tetapi disebabkan cikgu Matematik, iaitu Shamiel masih belum masuk kelas, jadi Yana dan Irin menggunakan masa itu untuk menyoal siasat pada Hana tentang semalam.

Hana mengeluh berat. Malas nak bagitahu sebenarnya. Fariz yang di sebelahnya di jeling sekilas. Tengah conteng apa entah mamat tu.

"Ariel semalam bergelut dengan peragut so tak tahu mana silapnya dia terkena tikaman. Tapi jangan risau lah, dia okey je cuma belum sedarkan diri. "Kata Hana dengan nada suara di perlahankan.

Yana dan Irin dah ternganga besar manakala Fariz yang dari tadi memasang telinga sudah mengerutkan dahinya halus.

Adik dia ? Ariel tu ke ?

"Eh, serius lah ?! "Tanya Yana.

Hana mengangguk perlahan, "Sebenarnya Abang Sham dan Ariel nak stalker aku. Dia takut aku keluar dengan mana-mana lelaki. Disebabkan diorang tak percaya, so diorang pun spy lah kita. "Sambungnya lagi.

"Kesiannya dengan Ariel... semoga dia cepat sembuh lah ya. "Ujar Yana sambil menepuk perlahan bahu Hana.

"Sorry tau sebab kami tanya soalan tu. "Ujar Irin pula dengan wajah serba salah.

Hana sekadar mengukir senyuman hambar sebelum dia menggeleng perlahan. "Tak apa lah. "

Tanpa dia perasan, Fariz sedari tadi mendengar masih lagi dengan kerutan di dahinya itu. Dia hairan.

Siapa Abang Sham ?

. . .

"Hey Irin ! Kau nak pergi mana ni ? "Tegur Rafiq sambil berjalan seiringan dengan Irien.

Irin tersenyum kekok. Amat jarang Rafiq, si gengster ini untuk menegurnya. Ada udang di sebalik batu ke ?

"Hey Raf, saya nak pergi library sekejap. Kenapa ? Awak nak ikut ke ? "Soal Irin.

Nasib baik masa tu Hana dan Yana pergi ke kantin. Rehat lah katakan. Yang si Fariz dan Khairil tu dah fly tempat lain.

"Oh... boleh ke ? Tak mengganggu kau ke ? "Soal Rafiq semula.

"Tak mengganggu pun. Kita kan classmate, so why not study sama-sama ? "Balas Irin dengan sopan.

Rafiq menarik senyuman senget.

"In that case, jom lah. Aku dah lama tak study kat library. "Tukas Rafiq.

Irin mengerutkan dahinya halus. Dah lama tak study kat library ? Like seriously ?

"Tapi sebelum tu... kenapa awak kat sini ? Mana kawan kawan awak yang lain ? Bukan selalu nya awak dengan diorang ke ? "Soal Irin bertubi-tubi.

Rafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan sengihan kecilnya itu.

"Biar lah diorang tu. Lagipun aku dah serik tak nak jadi gengster. Aku cuma nak jadi imam dalam hati kau je. "Ujar Rafiq sebelum dia membuat reaksi serius nya.

Deg!

Merona pipi Irin dibuatnya mendengar usikam Rafiq. Tapi, betul ke sekadar usikan ? Nah, nevermind.

"Err... dah lah tu. Kita dah sampai ni. Jom masuk. "Kata Irien menutup rasa malu. Rafiq tergelak nakal.

Mereka pun melangkah masuk ke dalam library dan mencari tempat tetapi malang sekali tiada tempat kosong untuk diduduki. Kebanyakkannya pelajar form 1 dan form 2 yang ada di situ.

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now