BAB 19

5.6K 208 0
                                    

"Since aku dah bahagikan tugasan pada korang semua, jadi kita dah boleh mula memasak sekarang. "Khairil memandang ahli-ahli kumpulannya itu dengan riak serius.

Melihatkan balasan positif mereka, maka bermula lah aktiviti memasak selama 1 jam 15 minit.

Di sini Hana telah mendapat tugasan untuk memotong segala bahan seperti bawang, halia, tomato, cili dan juga serai. Dia juga perlu menumis segala bahan itu setelah siap memotong.

Menu yang kumpulan mereka buat untuk makan malam nanti simple sahaja memandangkan masing-masing tidak terbiasa dengan memasak.

Di sisi lain, Qisrin dah Natasya yang baru sahaja selesai menanak nasi terus melangkah menghampiri Hana.

Sengaja mereka mahu mengganggu gadis itu memandangkan ahli-ahli kumpulan mereka yang lain sibuk membuat tugasan yang diberi tadi.

"Oi pompuan ! "

Teguran kurang ajar itu tidak dihiraukan.

Hana malas mahu melayan perangai tak betul Qisrin dan Natasya.

Dia sudah sedia maklum akan ahli kumpulan Hotters yang diva itu.

Daripada dia melayan perangai mereka yang entah apa-apa, baik dia siapkan task yang diberi ni.

"Oi ! Kau pekak ke apa, pompuan ? "Qisrin naik berang. Dia menolak kuat dahi Hana dengan jari telunjuknya memandangkan Hana sedikit pendek darinya.

Aktiviti Hana terhenti dari memotong serai. Dia mengangkat wajah memandang Qisrin dan Natasya yang sedang menatapnya, sinis.

"Kalau korang datang sini nak mengacau, baik korang blah. "Dia membalas, malas.

"Kau fikir kitorang akan blah ke ? Kau dah lupa ? Kita satu team. Jadi, apa salahnya kalau kitorang datang sini nak membantu. Right, Tasya ? "

Qisrin tergelak sinis begitu juga Natasya yang sudah mengangguk setuju.

Tangan laju mengambil serai di hadapannya itu sebelum dibelek seketika.

Hana hanya memerhati tingkah Qisrin dan Natasya. Dia diam sahaja, menanti tindakan mereka selanjutnya.

"Serai ni... kotor. Kau tak basuh ke ? "

Berkerut dahi Hana dibuatnya. Kotor ? Seriously ?

"Bila masa pulak kotor ? Aku dah basuh bersih kut tadi... "Ayat Hana terhenti tatkala Qisrin dengan selambanya membaling serai itu di atas tanah.

"Ops ! Kotor dah. Nampaknya, kau kena basuh bersih-bersih lagi ni. "

"Hahaha ! Lembap betul lah, pompuan ni. "Tawa Natasya terhambur kuat. Dia bertepuk tampar dengan Qisrin di sisi.

Hana menahan sabar. Pisau yang berada di tangan kanannya itu digenggam erat.

"Aku tak ada masa nak main dengan korang. Ambil serai tu, dan basuh sekarang. "

Sekali lagi Qisrin dan Natasya ketawa.

"Kau siapa nak arah kitorang hah, pompuan ? Kau tu cuma penolong team ni je. Kau fikir kitorang takut dengan kau ke ? "

Bam!

Terhinjut bahu dibuatnya. Serta merta tawa mereka berdua terhenti sebelum mereka memandang Hana yang sedang baru sahaja menghentak bilah pisau di atas papan pemotong.

"You know what ? Bahan masakan ni, untuk korang makan juga. Kalau korang tak nak beri kerjasama, aku tak kesah. Tapi, jangan merungut bila aku bagi korang makan, makanan yang kotor. "

Kau Gengster Hatiku [C] [EDIT]Where stories live. Discover now