Pintu peti sejuk itu ditutup perlahan sambil mengeluh
"Nak masak apa ni , bahan pun tak ada" keluh Emelia
"Kau buat depan peti ais tu?" Tanya Tengku Shah yang baru keluar dari bilik nya
"Saya nak masak tapi apa pun tak ada dalam peti sejuk" kata Emelia
Tengku shah mengeluarkan dompetnya dari poket seluar lalu wang yang bernilai RM100 ringgit dikeluarkan sebanyak 5 keping dan dihulur kepada Emelia
"Nah , kau pergi la beli " kata Tengku shah
Duit itu diambil lalu Emelia masuk ke biliknya dan bersiap untuk ke pasar raya
"Kau lepas beli barang jangan nak pergi mana2 pula , terus balik" pesan Tengku Shah sebelum keluar dari rumah itu
Emelia yang nendengar hanya diam dan akur aje pemintaan Tengku Shah itu
Tiba di pasar raya Emelia ke tempat barang basah dahulu sebelum membeli barang lain
"Nak masak apa eh harini , dah lama aku tak masak" kata Emelia sendiri
Lalu dia mengambil ayam dan ikan , seterusnya dia pergi membeli barang lain dan tak lupa juga barang keperluan wanitanya
Habis sahaja membeli barang dapur Emelia berasa lapar dan berhenti makan di mcd sebelum dia pulang
"Mel !" Panggil seseorang dari belakang ketika Emelia sedang menunggu teksi di luar pasar raya
"Eh Izaida" tegur Emelia yang kemudiannya terus berlari memeluk kawan baiknya yang sudah lama dia tidak jumpa itu
"Kejap , kau bukan..kena kerja dengan kris ke?" Tanya Izaida
"Haah , aku baru aje bebas semalam , eh tak apa erm..esok kita jumpa aku cerita semuanya dekat kau eh" kata Emelia
"Ok boleh2 , kau ada nombor fon bak sini nanti aku call" kata Izaida
"Erm..kau ajelah yang tulis nombor kau nanti aku call" kata Emelia pula
Izaida tanpa banyak soal terus sahaja menulis nombor telefonnya di sekeping kertas dan diberi kepada Emelia
"Jangan lupa call aku tau , aku tunggu" kata Izaida
Emelia mengganggukkan kepalanya dan tak sampai 5 minit teksi yang dipanggil tiba
Setelah bersalaman dengan Izaida Emelia terus naik ke dalam teksi dan pulang , dia berfikir macam mana nak tanya pada Tengku Shah untuk keluar besok bersama Izaida
YOU ARE READING
Mr.Bad Guy✔
Short StoryAku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri aku disimpan seperti seorang perempuan simpanan di sebuah kondo , ye memang tak dinafikan semua kepe...