Emelia memandang Tengku Shah yang sedang kusyuk menonton televisyen di ruang tamu
Selepas menghembus nafas dengan perlahan Emelia menghampiri Tengku Shah
"Erm..Tengku...saya ada benda nak tanya" kata Emelia dengan kekok dan takut sebenarnya
"Chup2..boleh tak kau stop panggil aku tengku , rimas la dekat office tengku takkan sampai balik kot orang nak panggil aku tengku" kata Tengku Shah
Emelia diam dan memandang Tengku Shah
"Nak panggil apa?" Tanya Emelia
"Panggil Shah atau kau nak panggil aku dengan panggilan yang sweet pon boleh" kata Tengku Shah dan meletakkan tangannya di belakang tengkuk Emelia
"Erm...saya panggil awak aje lah" kata emelia
Tengku Shah senyum dan kemudian dia setuju
"Benda apa yang kau nak tanya sangat tu?" Tanya Tengku Shah
"Erm..tadi..dekat pasar raya saya terjumpa dengan kawan lama saya..so..dia ajak saya jumpa esok..boleh tak kalau saya nak jumpa dia?" Tanya Emelia
"Kawan kau , maksud kau kawan dari kelab ke?" Tanya Tengku Shah
"Eh tak..ni kawan baik saya dari saya kecik lagi" kata Emelia
"Oh...lelaki ke perempuan?" Tanya Tengku Shah lagi
"Perempuan" jawab Emelia
"Hm...kau ajak dia datang sini aje lah kau tak yah keluar" kata Tengku Shah sambil tengok bola di kaca tv itu
"Boleh ke?" Tanya Emelia meminta kepastian
"Hm..." jawab Tengku Shah
"Terima Kasih awak" kata Emelia
Kemudian baru dia teringat yang dia tak ada telefon nak call Izaida
"Erm..awak saya lupa nak tanya , saya Nak pinjam telefon boleh?" Tanya Emelia
"Tu dekat atas meja" kata Tengku Shah tanpa banyak soal
"Terima kasih" setelah itu dia mengambil telefon dan dibawa masuk ke biliknya dan kemudian nombor Izaida di call
Setelah Izaida bersetuju untuk ke rumahnya dia keluar semula dan memberikan semula telefon tersebut
"Esok malam pukul 8 lepas aku balik kerja kau ikut aku " ajak Tengku Shah
"nak pergi mana?" Tanya Emelia"Adalah" jawab Tengku Shah
Sebelum sempat Emelia nak masuk ke biliknya semula tiba2 Tengku Shah bersuara
"Sedap sambal ikan kau tadi" puji Tengku Shah
Emelia yang mendengar pujian itu tersenyum malu dan terus masuk ke biliknya
Tengku Shah tersenyum melihat perangai Emelia yang pemalu pada pandangannya
YOU ARE READING
Mr.Bad Guy✔
Short StoryAku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri aku disimpan seperti seorang perempuan simpanan di sebuah kondo , ye memang tak dinafikan semua kepe...