Tengku Shah bersiap untuk ke tempat kerja manakala Emelia pula sedang sibuk menghidang sarapan di meja makan
Sejak mereka sudah menjadi seperti hubungan suami isteri yang lain , kini mereka telah mula tidur sebilik dan mesra seperti pasangan suami isteri
"Sayang...masak apa ni?" Tanya Tengku Shah sambil memeluk pinggang Emelia dari belakang
"Sayang ada masakkan bihun goreng , abang pergi duduk dulu kejap saya sendukkan dalam pinggan abang" kata Emelia
Tengku Shah akur dan terus berlalu duduk di meja makan
"Abang nak kopi atau jus?" Tanya Emelia
"Abang nak jus la" kata Tengku Shah sambil mencapai mangkuk bihun goreng dan disendukan kedalam pinggan Emelia pula
Sedang Tengku shah menikmati bihun goreng hasil air tangan isterinya itu dia terperasan riak wajah Emelia yang muram
"Kenapa ni? Sayang sakit ke?" Tanya Tengku Shah dengan cemas dan terus sahaja diperiksa suhu badan Emelia
"Tak..saya sihat..cuma..abang betul ke nak lunch dengan perempuan kemarin tu?" Tanya Emelia
Tengku Shah tersenyum
"Hm...entah lah..tapi macam rugi pula kalau tak lunch ngan dia kan" usik Tengku Shah
Emelia menjeling Tengku Shah dan ditolak pinggannya ke depan dengan kasar lalu dia bangun dan mencapai beg tangannya berkira kira hendak pergi ke tempat kerja
"Sayang...ala..abang gurau ajelah...jangan risau lagipun abang dah setkan lunch date dengan sayang dekat tempat istimewa harini" pujuk Tengku Shah yang cepat2 memeluk tubuh Emelia dari belakang
"Gurau? Kalau lawak tak apa juga ni menyakitkan hati" bebel Emelia
Tengku Shah mengeratkan lagi pelukkannya lalu dicium pipi Emelia bertalu talu
"Ok2 , abang janji tak gurau dah macam tu" kata Tengku Shah
Emelia masih diam , Tengku Shah mati akal macam mana nak pujuk Emelia
"Sayang..tak baik tau buat abang camni...tak kesian ke dekat abang penat2 semalam abang pikir mana nak bawa isteri abang pergi honeymoon hujung minggu ni" kata Tengku Shah dan melepaskan pelukannya , dia sengaja berpura pura merajuk dengan Emelia
"Honeymoon?" Tanya Emelia teruja lalu terus saja tubuh Tengku Shah pula dipeluknya erat
"Tadi orang pujuk jual mahal" Perli Tengku Shah
Emelia ketawa
"Ala...saja test tadi.." kata Emelia dan sedaya upaya mencuba untuk mencium pipi Tengku Shah namun tak sampai disebabkan ketinggiannya
Tengku Shah ketawa dan direndahkan tubuhnya lalu bibir Emelia dicium perlahan
"Dah jom nanti lambat masuk kerja" kata Emelia
"Ala biar lah abang kan bos.." kata Tengku shah
"Kerja nak curi tulang" perli Emelia
Tengku Shah tarik muka , Emelia ketawa dan memegang tangan Tengku Shah lalu mereka keluar bersama ke pejabat
Scene bab ni author buat hanya scene diorang aje next bab baru Tasya muncul😈
YOU ARE READING
Mr.Bad Guy✔
Short StoryAku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri aku disimpan seperti seorang perempuan simpanan di sebuah kondo , ye memang tak dinafikan semua kepe...