Tasya membaling semua bantal2 ke dinding dan katil disepahkan nya sambil dia menjerit seperti orang hilang akal
"Kenapa ! Kenapa kau susah sangat nak terima aku?!" Jerit Tasya dengan marah
Tangan digenggam kuat tanda geram dan benci pada masa yang sama dengan senyuman sinis di bibir membuatkan dirinya kelihatan seperti orang jahat
"Kalau Janna aku boleh buat sampai dia tinggalkan kau , kau jangan harap akan ada perempuan lain dalam hidup kau" kata Tasya sendiri dengan senyum sinis
"Kau hanya akan tetap jadi milik aku Tengku Shah , hanya aku perempuan yang kau sayang dan cinta tapi kau buta , kau tu yang bodoh tak tahu apa makna cinta ! " ucap Tasya sendiri sambil menyerabutkan rambutnya yang sudah sedia kusut
"Abang shah...Tasya betul2 sayangkan abang shah...dari dulu lagi Tasya dah bagitahu tapi abang tolak cinta Tasya.." kini dia menangis pula sambil mencapai foto Tengku Shah yang berada di meja soleknya
Dia kini sudah tidak kelihatan seperti orang yang waras lagi , dia sudah kelihatan seperti orang yang hilang akal kerana cintanya ditolak
***********
Emelia tersenyum melihat Tengku Shah yang sedang nyenyak tidur di sisinya
Tengku Shah kelihatan begitu penat sekali kerana telah memandu lama untuk ke destinasi honeymoon mereka
Semalam tepat jam 12 pagi baru mereka tiba di sebuah hotel di Terengganu
"Abang...bangun...dah pukul 11 pagi ni" panggil Emelia sambil menggoncang tubuh Tengku Shah
"Sayang..pukul berapa dah ni?" Tanya Tengku Shah yang masih mamai
"Dah pukul 11 , bangun la mandi pastu kita pergi breakfast...saya lapar" kata Emelia sambil buat suara manja
"Sorry2 , abang mengantuk sangat sebab tu abang lewat bangun , kesian sayang abang ni lapar" kata Tengku Shah yang menarik tubuh Emelia ke dalam dakapannya
"Erm..dari tadi lagi saya tunggu abang bangun.." adu Emelia
"Ye ke , kenapa tak kejut?" Tanya Tengku Shah
"Kesian , abang nampak letih sangat" kata Emelia dan mencium perlahan bibir Tengku Shah yang kelihatan menggoda pada Emelia
Tengku Shah ketawa dan setelah membalas ciuman Emelia Tengku Shah segera bangun dan bersiap untuk membawa Emelia makan pagi
Selesai makan pagi mereka berjalan jalan di pantai untuk mengambil udara segar di situ
Dilihat ramai keluarga yang datang bercuti di sana , ada yang bersama anak2 ada juga pasangan yang seperti mereka
"Sweet kan pak cik dengan mak cik tu" tunjuk Emelia pada pasangan suami isteri yang sudah tua di hadapan mereka sedang bergelak ketawa
"Hm..nampak bahagia sangat , mesti mereka saling mencintai" kata Tengku Shah yang turut melihat ke arah pasangan itu
"Abang rasa kita akan jadi macam tu tak satu hari nanti?" Tanya Emelia
Tengku Shah memandang Emelia yang sedang leka memandamg pasangan tadi
"Tak kot" jawab Tengku Shah
Emelia pantas memandang Tengku Shah
"Kenapa , abang dah ada niat nak lepaskan saya ke?" Tanya Emelia dengan suara yang bergetar
"Apa ni melalut sampai macam tu , abang cakap tak kot sebab abang takkan nampak macam pakcik2 tua tu abang akan stay handsome macam ni" kata Tengku Shah
Emelia buat muka
"Ye lah tu , entah2 saya yang awet muda abang tu berkedut seribu" perli Emelia sambil ketawa
"Yelah..abang yang berkedut seribu , sayang tu awet muda entah2 abang dah tua nanti dah tak kacak macam ni sayang mesti cari lain" kata Tengku Shah dengan suara seperti berjauh hati
"Ala...sentap pula pakcik ni...abang still kacak la sampai ke tua pun.." kata Emelia yang cuba memujuk Tengku Shah
Tengku Shah mendakap Emelia erat
YOU ARE READING
Mr.Bad Guy✔
Short StoryAku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri aku disimpan seperti seorang perempuan simpanan di sebuah kondo , ye memang tak dinafikan semua kepe...