Bab 36

47.7K 1.1K 16
                                    

Emelia merasakan dia tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini , terasa badannya terlalu lemah dan sering sakit kepala

Tengku Shah pula sudah seminggu tinggal di rumah Tengku Jamila untuk persiapan perkahwinan Tengku Shah dengan Tasya yang akan berlangsung seminggu lagi

Emelia mengeluh ketika dia sedang duduk di balkoni rumah Tengku Shah

"Sampai hati abang langsung tak call Mel , seronok sangat ke siapkan majlis kahwin tu sampai lupa bini dekat rumah" bebel Emelia sendiri

Tangan masih bermain dengan skrin telefon menunggu si dia menelefonnya

Tiba2 telefon berbunyi dan nama Tengku Shah tertera di skrin

Melebar senyuman di bibir Emelia sebelum menjawab panggilan tersebut

"Ye abang , Mel baru aje lepas makan , abang dah makan?" Tanya Emelia

Tengku Shah di sebelah sana diam tiba2 dan mengeluh

"Sayang...abang betul2 minta maaf , abang tak boleh balik sebab tak nak mama syak apa2" kata Tengku Shah

Emelia diam seketika sebelum membalas

"Tak apa..sayang faham...abang rehat lah mesti penat kan layan kerenah Tasya untuk persiapan majlis abang" kata Emelia yang tiba2 sebak

Tengku Shah juga diam sebentar

"Sayang pergilah tidur , esok kalau abang datang  kerja abang jumpa sayang ye" kata Tengku Shah sebelum panggilan dimatikan

Emelia rasa hilang sedikit rindunya pada Tengku Shah tak lama kemudiam dia tiba2 rasa mual , terus dia berlari masuk ke dalam tandas

Emelia mengeluarkan semula makanan yang diamakannya siang tadi

"Ya allah..kenapa dengan aku ni..sakit sangat kepala aku" rintih Emelia sambil memegang kepalanya yang sakit dan berjalan ke katil

Dia berbaring untuk melegakan sakit kepalanya itu

Dan tanpa sedar dia sudahpun terlena

*************************

Tengku Shah yang berada di rumah Tengku Jamila berasa risau dengan keadaan Emelia , selepas menelefon Emelia tadi Tengku Shah perasan bahawa suara Emelia kedengaran lemah

Hati berasa ingin sekali pulang menjenguk isterinya itu namun dia tak tahu nak bagi alasan apa ketika melalui ruang tamu yang riuh dengan Tengku Jamila dan Tasya yang sedang sibuk dengan persiapan kahwin

"Aish...abang harap sayang ok dekat rumah" kata Tengku Shah

"Apa abang cakap tadi?" Tanya Tasya yang masuk ke dalam bilik Tengku Shah

"Eh , Sya tak reti ke ketuk pintu sebelum masuk , tak tahu eh kita ni belum halal lagi so please keluar dari bilik abang" marah Tengku Shah

"Abang..Sya dengar apa yang abang cakap tadi , siapa sayang abang tu? Abang curang dengan Sya eh?!" Marah Tasya

"Apa benda yang Sya merepek ni , keluar la nanti kalau mama nampak dia fikir bukan2" kata Tengku Shah sambil meramas rambutnya dengan geram

"Tak apa kalau abang tak nak bagitahu tapi nanti Sya yang siasat sendiri" kata Tasya dan terus berjalan keluar

"Curang ? Kau la penyebab aku curang dengan bini aku" kata Tengku Shah sendiri

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now