Special Chap 2*

65.1K 1.4K 57
                                    

"Assalamualaikum Muhd Ryqan Fitri anak papa" Tengku Shah tersenyum gembira memegang anaknya yang baru dilahirkan  sejam yang lepas

Anaknya itu bergerak gerak seakan tahu itu suara papanya yang selama ini selalu ajaknya berbual ketika dia masih di dalam perut mamanya

"Ryqan tengok tu mama tidur , penat sangat mama waktu nak keluarkan Ryqan tadi, anak papa ni montok sangat.." kata Tengku Shah dan mencium anaknya

Sambil menggendong anaknya itu Tengku Shah menghampiri katil Emelia , Emelia kelihatan sangat lemah kerana terlalu penat

Agak lama dia di dalam bilik bersalin itu nasib sahaja dia dan anaknya itu dapat dilahirkan dengan selamat

"Thank you sayang sebab sanggup bersusah payah nak lahirkan Ryqan untuk abang" ucap Tengku Shah sambil sebelah tangan mengusap kepala Emelia yang sedang lena

Dia pusing dan lihat anaknya juga turut terlena seperti mamanya

"Anak dengan mak sama aje waktu tidur suka muncungkan bibir tu" bebel Tengku Shah sambil tersengih
lucu melihat telatah anaknya itu yang  gaya tidurnya sama seperti Emelia

Sejam kemudian Emelia baru bangun dari tidur dan melihat Tengku Shah sedang tidur di sofa sebelah kanannya manakala anak mereka yang diletakkan disebelah Emelia itu juga turut lena

"Anak mama...bambam nya dia...sorry ye sayang mama tak sempat nak main dengan dia sebab mama letih sangat.." kata Emelia dan mencium pipi tembam anaknya itu

Sedang leka bermain dengan pipi tembam anaknya itu tiba2 Tengku Shah menghampiri Emelia

"Eh abang bila bangun bukan tadi tengah lena ke?" Tanya Emelia

"Taklah abang terlelap je , sayang ok tak?" Tanya Tengku Shah risau melihat isterinya

"Sayang dah ok dah , nak2 pula lepas tengok ni bambam ni lagi semangat rasanya" kata Emelia

Tengku Shah turut tersenyum memandang ke arah anak mereka yang sememangnya tembam itu

"Ni baru best nak gomol" kata Tengku Shah

Emelia turut ketawa dan mencium pipi anaknya itu , wangi sekali bau anaknya

"Sayang nak makan ke , kejap abang pergi beli bubur nasi untuk sayang" kata Tengku Shah

"Eh tak payah , sayang tak lapar cuma dahaga je" kata Emelia

Tengku Shah mencapai sebotol mineral di meja sebelah dan dibuka lalu diberi pada emelia

"Abang dah bagi nama dah?" Tanya Emelia

"Dah , Muhd Ryqan Fitri nama anak kita" kata Tengku Shah

"Sedapnya nama dia.." puji Emelia

"Nasib kita beli barang baby warna yang sesuai untuk baby lelaki dan perempuan kan sayang" kata Tengku Shah

"Tu lah , abang nak sangat suprise tak nak tahu gender baby kita " kata Emelia

"Yelah..baru rasa macam teruja bila keluar2 je kita dapat baby boy atau girl baru best kalau tahu dari mula2 tak syok la sayang" kata Tengku Shah

"Yelah ikut abang la" kata Emelia dan senyum pada tengku Shah

"I love you sayang" ucap Tengku Shah tiba2

Emelia turut tergamam

"Kenapa abang ni tiba2 je?" Tanya Emelia sambil senyum malu

"Yelah..abang rasa macam tak pernah ucap i love untuk sayang , harini lepas tengok macam mana sayang kerah tenaga nak lahirkan anak kita baru tahu betapa berharga nya seorang isteri bagi seorang suami" kata Tengku Shah

Emelia senyum dan mencapai tangan Tengku Shah lalu digenggam erat

"Abang tahu kan tu memang tanggungjawab isteri untuk lahirkan zuriat untuk suami , jadi kenapa abang macam rasa bersalah ni?" Tanya Emelia

"Sayang nampak sangat letih abang rasa bersalah sangat2 bila tengok sayang lemah macam tu , abang takut abang akan hilang sayang dari hidup abang" kata Tengku Shah sambil menitiskan air matanya buat kali pertama dihadapan Emelia

"Abang...kenapa cakap macam tu..ala..benda tu normal la kan baby pertama kita memang la rasa letih macam tu " pujuk Emelia dan mengusap pipi Tengku Shah

Tengku Shah mencium ubun2 Emelia dan memeluk Emelia erat

"Sayang jangan tinggalkan abang tau , abang sayang sayang sampai akhir hayat abang" ucap Tengku Shah

"Sayang pun sayang abang sampai akhir hayat sayang" ucap Emelia juga

Tiba2 anak mereka menangis

"Ryqan lapar ye..meh mama susukan" kata Emelia dan mengangkat Ryqan untuk disusukan

Tengku Shah tersenyum bahagia melihat keluarganya kini telah lengkap dan berdoa agar mereka bahagia kekal hingga ke jannah
Amin....



Tamat***

Ok guys so sis dh hbis utk novel ni sis tgh buat satu lagi novel baru mgkn sis akan publish dlm bulan ni juga sbb sis punya trial tggl 2 hari je lagi mggu dpn

So blh la nk update lps ni , sis harap korang akan support juga novel tu k😉

Thank you readers..😘

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now