Bab 29

46.9K 998 8
                                    

Tasya bermain dengan rambutnya saat menunggu Tengku Shah di luar syarikat untuk makan tengah hari

"Tasya...please abang busy la , kalau tasya nak lunch ajak la aunty" kata Tengku Shah yang baru keluar dan melihat Tasya sedang bersandar di kereta miliknya

"Abang ni..sejak datang sini abang tak pernah pun keluar makan dengan Sya..Sya datang sini sebab rindu abang.."kata Tasya sambil membetulkan tali leher Tengku Shah

Tengku Shah menepis tangan Tasya dan membetulkan tali lehernya sendiri

"Jom..kita pergi lunch , Sya dah tempah restoran kegemaran abang" kata Tasya dan menarik Tengku Shah untuk masuk dalam kereta

Dalam perjalan Tengku Shah memikirkan tentang Emelia yang akan keluar makan tengah hari sendiri

Risau pada isterinya kerana ini adalah kali pertama Emelia makan sendiri

"Abang kenapa abang diam?" Tanya Tasya yang dari tadi terperasan Tengku Shah termenung

"Tak ada apa lah abang risau kerja banyak dekat office tu" kata Tengku Shah

"Abang ni..nak makan pun fikir pasal kerja , tak apa nanti lepas kita kahwin hari2 Sya akan hantar makan dekat office abang" kata Tasya

"Tasya please...kita dah bincang pasal hal ni" kata Tengku Shah

Tasya buat muka dan melihat keluar tingkap

Tengku Shah mengeluh

Emelia mengoder sepinggan nasi goreng bersama jus oren untuk makan tengah harinya

Walaupun cemburu memikirkan suaminya akan makan tengah hari dengan wanita gedik itu namun terpaksa berpura pura di hadapan suaminya bahawa dia ikhlas mengizinkan suaminya itu keluar bersama wanita itu

Sedang menunggu pesanannya tiba Emelia bermain dengan telefonnya , tiba2 seorang lelaki datang menyapa Emelia

"Erm..cik , maaf tapi ada orang tak tempat ni?" Tanya lelaki itu sambil menunjukkan tempat kosong di meja  Emelia

"Erm..tak , tak ada orang" kata Emelia

"Oh..kalau macam tu boleh saya duduk sini , tempat lain semua dah penuh" kata Lelaki itu

Emelia memerhati sekeliling dan melihat keadaan kedai makan itu sesak dengan pelanggan yang ramai dan tempat semua penuh

Disebabkan kesian pada lelaki itu Emelia mengizinkan

Lelaki itu duduk di hadapan Emelia

"Terima kasih ye cik" kata Lelaki itu

"Sama2" jawab Emelia

"Erm..saya Syafiq" perkenal lelaki itu

Emelia hanya senyum dan sambung semula melihat telefonnya

Syafiq berasa janggal pula bila Emelia buat tak layan padanya

'Buat malu aje aku ni' kata Syafiq dalam hati

"Saya Emelia" kata Emelia tanpa memandang Syafiq

Syafiq tersenyum lega , sekurang kurangnya tak ada malu sangat

Lama diam akhirnya makanan mereka tiba

"Oh awak pun oder makanan yang sama" kata Syafiq yang melihat makanan mereka sama

"Haah , saya tak tahu nak oder apa tadi" kata Emelia

"Oh..tapi nasi goreng ni memang sedap pun" kata Syafiq lagi

"Selalu ke makan dekat sini?" Tanya Emelia sengaja tak nak buat Syafiq kekok

"Erm..tak la selalu , tapi kerap juga la" kata Syafiq

Emelia menganggukkan kepalanya dan makan dengan diam , begitu juga Syafiq yang kadang2 akan memandang wajah Emelia tanpa Emelia sedar

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now