Bab 37

49.9K 1.1K 39
                                    

Emelia termenung di dalam bilik , hari ini ialah hari di mana dia akan menerima madu

Tengku Shah yang sudah siap itu memandang Emelia , terasa berat hatinya untuk kahwin satu lagi tapi Emelia memaksa

Semalam puas dipujuk Emelia bahawa dia ingin membatalkan perkahwinan ini namun Emelia tak bagi kerana takut akan mendatangkan malu pada Tengku Jamila

Tubuh Emelia dipeluk erat oleh Tengku Shah

"Sayang betul ke nak abang teruskan perkahwinan ni?" Tanya Tengku Shah

Emelia berpura pura senyum dan mengiakan

"Malam ni...abang akan tidur sana kan?" Tanya Emelia dengan hati yang bergetar kuat untuk bertanya soalan itu

"Haah , kenapa nak abang balik sini ke?" Tanya Tengku Shah

"Tak...bukan..erm..Mel ingat nak pergi rumah Izaida" kata Emelia

"Oh...ok" balas Tengku Shah sedikit sentap , dia berharap Emelia memujuknya untuk tak kahwin dan balik ke sini namun lain pula yang ditanya

"Abang tak nak bertolak sekarang ke , akad nikah lagi sejam je kan" kata Emelia dan cuba untuk pura2 kuat depan Tengku Shah

Tengku Shah diam dan bangun lalu memakai songkok di kepalanya

"Abang tanya lagi sekali , betul ke Mel nak abang kahwin dengan Tasya?" Tanya Tengku Shah

Emelia diam beberapa saat sebelum angguk dan pandang wajah Tengku Shah

Tengku Shah mengeluh dan terus keluar tanpa menyambut huluran tangan Emelia untuk disalam

Akhirnya jatuh juga air mata Emelia , kuat ditahan dari tadi

"Mel tak nak...tapi Mel rasa macam Mel ni mengganggu hidup abang , Mel nak restu dari mama abang " kata Emelia sendiri sambil menangis

Puas menangis Emelia mengemas pakaiannya , sebenarnya dia nak pergi jauh dari Tengku Shah bukannya ke rumah Izaida

Dia tahu Tengku Shah pasti pulang ke rumah malam ini , kerana itu dia sengaja tanya hendak ke rumah Izaida

Siap mengemas pakaian Emelia memasukkan beg kedalam kereta dan sebelum bertolak rumah Tengku Shah itu dipandang buat kali terakhir

"Mel doakan abang bahagia dengan pilihan mama abang" kata Emelia dan masuk ke dalam kereta

*************************
Tengku Shah pula sedang duduk bersila di hadapan Tok kadi namun dia masih berasa tak sedap hati dan tak rela untuk mengahwini Tasya

Manakala Tasya pula sedang gembira duduk di atas pelamin yang dihias glamour itu sambil berselfie dengan rakan2nya

"Boleh kita mula?" Tanya tok kadi itu

Tengku Shah diam dan menyambut huluran tangan tok kadi itu dengan bergetar2

"Aku nikahkan dikau dengan Natasya Allyna Binti Khalid dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai" ucap tok kadi itu

Namun Tengku Shah diam agak lama dan tidak melafazkan akadnya ,orang ramai mula berbisik bisik , Tasya pula mula gelabah takut Tengku Shah ubah fikiran

Tiba2 telefon Tengku Shah berbunyi , terus tangan tok kadi itu dilepaskan dan panggilan dijawab

"Erm..awak ni Tengku Shah ke?" Tanya wanita yang tak Tengku Shah kenali

"Ye" balas Tengku Shah

"Saya Izaida kawan Emelia , saya nak bagitahu Emelia sekarang ada dekat hospital dia kemalangan" kata wanita itu dengan cemas

Terus panggilan dimatikan dan Tengku shah bangun

"Ma..Shah minta maaf tapi..Shah dah kahwin , Shah tak sanggup nak duakan isteri Shah" kata Tengku Shah

Semua yang ada di situ terkejut (beruk) termasuklah Tasya

"Apa ni Shah , kenapa tiba2?" Tanya Tengku Jamila

"Abang shah...please jangan buat Sya macam ni...Sya sayangkan abang jadi bini nombor 2 pun tak pe" kata Tasya sambil meayu rayu

Orang ramai yang lihat mengata tentang perangai Tasya yang buruk itu

"Kau tak faham bahasa ke , sebab kau la bini aku sekarang ni ada dekat hospital , kalau aku tak kahwin dengan kau harini semua benda ni tak jadi , kau tu dah elok2 duduk dekat luar negara sibuk nak balik Malaysia nak kahwin bagai dengan aku , kau tolong sikit jaga maruah kau tu!" Marah Tengku Shah dan berjalan keluar untuk ke hospital

Semua tercengang dengan kata2 Tengku Shah tadi

Tasya sudah terduduk menangis ,Tengku Jamila pula terdiam dengan pengakuan Tengku Shah yang sudah berkahwin

Orang ramai mula pulang bila keadaan mula jadi huru hara begini


Sorry guys Author tk leh nak update 2 minggu ni sebb author ada trial exam utk Spm so author akan update mggu depan maybe 😳
Sorry sgt2...👉👈

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now