Special Chap 1

53.5K 1.1K 29
                                    

Emelia tersengih sorang2 di atas katil sambil menonton sesuatu di skrin telefon , kini kandungan Emelia dah masuk 5 bulan

Macam2 kerenah Emelia dan penat Tengku Shah melayannya , nasib Tengku Shah penyabar kalau laki lain mahu ditinggalnya Emelia di tepi jalan

"Sayang..tengok apa tu tersengih sengih dari tadi?" Tanya Tengku Shah yang baru keluar dari bilik air

Emelia yang sedang duduk bersandar di atas katil itu tidak menghiraukan pertanyaan Tengku Shah

"Haih..kena palau dengan bini sendiri" kata Tengku Shah dan duduk disebelah Emelia sambil mengambil telefonnya di meja lampu

"Abang ni..sayang tengah tengok view la kacau betul" bebel Emelia

"View? View apa?" Tanya Tengku Shah tak faham

Bila dijengahkan kepalanya melihat apa yang Emelia sedang tonton berombak dadanya menahan cemburu

"Apa ni sayang , kenapa tengok lelaki tak pakai baju tengah main gym ni?" Tanya Tengku Shah sambil buat muka merajuk

"Ala..tak tahu tadi sayang ternampak pastu tiba2 rasa macam nak tengon juga...sorry eh abang ni ha anak abang ni asyik tertarik dengan lelaki sado je" kata Emelia dan turut menjual nama anaknya

"Kesian baby , tak tahu apa2 tiba2 mama dia jual nama dia tak ada baby tak akan curang dengan papa dia ni mesti mama yang gatal nak tengok ni" marah Tengku Shah dengan lembut

Maklumlah bini mengandung kang kalau marah kuat2 merajuk menangis pula susah dia nanti

"Mana ada mama gatal mama tak curang la..mama cuma tengok je bukan contact pun laki2 ni lagipun diorang ni semua mat salleh" kata Emelia

"Dengan muka sayang yang macam kacukan ni mat salleh pun cair tau , dah tutup video tu kalau sayang nak tengok sangat badan lelaki sado meh abang buat free show malam ni" kata Tengku Shah sambil menarik telefon Emelia dan mematikkannya kemudian dia bangun dan buka tshirt di badannya

"Ah!! Abang tak yah la...nanti kalau saya terkam abang cammana?" Kata Emelia sambil menutup matanya dengan tapak tangan

"Terkam abang tak apa daripada sayang tengok laki2 tu baik tengok badan abang je" kata Tengku Shah

"Tapi..tiap2 hari tengok badan abang.." bebel Emelia dengan perlahan namun Tengku Shah dapat mendengarnya

"Makin nakal sayang sekarang ni...nak kena dah ni" kata Tengku Shah dan terus bangun menutup lampu bilik mereka

Emelia terjerit jerit kecil apabila Tengku Shah menggeletek perlahan badannya atau memegang tempat2 yang dia geli dan sensitif

Keesokkannya mereka berdua pergi bercuti ke Penang seperti yang Tengku Shah telah janjikan 2 minggu yang lalu

"Wow...cantinya abang pantai dia" kata Emelia sambil melihat dari cermin kereta pemandangan laut dari jambatan pulau pinang

"Haah , nasib kita datang bukan musim cuti sekolah kalau tak mesti sesak jambatan ni" kata Tengku Shah yang sedang memandu itu

"Kita nak stay mana ni?" Tanya Emelia

"Abang pilih hotel dekat Batu Ferringhi sebab dekat dengan laut and pemandangannya pun cantik" kata Tengku Shah

"Yeay...boleh la selfie nanti" kata Emelia

Tengku Shah ketawa dengan perangai Emelia yang dia rasa sangat comel

"Abang..lapar la.." kata Emelia sambil sandar pada kerusinya dan buat mulut muncung

"Sayang nak makan apa?" Tanya Tengku Shah

"Erm..nak nasi kandar" kata Emelia sambil senyum

"Hm..nasi kandar eh , cuba sayang tengok kat mana yang best nasi kandar dia" kata Tengku Shah

Emelia check di dalam telefonnya tempat2 yang famous dengan nasi kandar di penang

"Dia kata dekat komtar ada satu kedai yang memang famous" kata Emelia

"Komtar , jap abang cari sayang tengok nama kedai dia" kata Tengku Shah dan memandu sehingga mereka tiba di komtar dan mencari kedai nasi kandar yang emelia cakapkan tu

Memang ramai orang nak pula waktu tu makan tengah hari memang penuh juga tapi nasib mereka datang tak la lambat sangat jadi tak perlu beratur panjang2

Kalau nak ikutkan Tengku Shah dia memang tak suka menunggu tapi sebab mak boyot ni nak sangat makan nasi kandar jadi dia pun kena lah ikutkan juga

"Nah..nasi kandar sayang" kata Tengku Shah dan meletakkan satu pinggan nasi kandar di hadapan Emelia

"Wow..sedapnya abang.." kata Emelia

"Aik belum makan dah tahu ke sedap" sindir Tengku Shah

Emelia menjeling dan baca doa sebelum makan

Tersenyum gembira Emelia apabila dia dapat juga makan makanan yang dia idamkan

Tengku Shah turut tersenyum melihat Emelia bahagia dengan sepinggan nasi kandar tu ,tiba2 rasa bangga pula dapat bagi apa yang Emelia nak

"Sayang nak sikit" pinta Tengku Shah sambil buka mulut minta suap , bukan dia tak ada nasi kandar ada aje tapi sengaja nak manja dengan Emelia

"Makan la abang punya...kenapa minta sayang punya" kata Emelia sambil tarik pinggan dia jauh sikit dari tengku Shah

"Kedekutnya..orang minta sikit pun tak boleh" kata Tengku Shah dan buat2 merajuk

Emelia senyum dan hulur sesuap nasi ke mulut Tengku Shah

"Dah , puas?" Tanya Emelia

Tengku Shah pula jeling Emelia dan mula makan nasi kandar dia

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now