Bab 32

45.5K 1K 33
                                    

"Mama...kenapa buat keputusan tak bincang dengan Shah dulu?" Tanya Tengku Shah yang geram apabila tiba sahaja di rumah Tengku Jamila tiba2 mereka berbincang tentang pertunangan Tengku Shah dan Tasya yang akan diadakan 2 minggu lagi

"Mama kan dah pernah cakap dulu yang mama nak tunangkan Tasya dengan Shah , dari Shah kecik lagi mama dah bincang dengan aunty Rafidah" kata Tengku Jamila

"Tapi tu semua waktu kami kecik ma...sekarang Shah dah nak masuk 30 , Shah dah ada pilihan sendiri" kata Tengku Shah

"Shah..Shah dah kenal Tasya tu dari kecik lagi , semua pasal Tasya mama pun dah tahu kalau Shah pilih wanita lain shah tahu ke latar belakang perempuan tu" kata Tengku Jamila

"Ma..bila keluarga kita nak berkembang kalau mama berfikiran macam tu" kata Tengku Shah dan duduk di sofa sambil memicit kepala

"Tak...mama masih dengan pilihan mama , tak ada menantu lain selain Tasya" kata Tengku Jamila dan membetulkan rambutnya

"Mama...please...don't push me" kata Tengku Shah dan berjalan keluar lalu bergerak pergi

Tengku Jamila mengeluh , dia dah tahu dari mula lagi Tengku Shah pasti tak setuju namun apa boleh dia lakukan apabila janji sudah dibuat lama dahulu

Sampai sahaja dirumah dilihat Emelia sedang berbaring di sofa sambil menonton TV

"Eh , abang bila balik tak dengar pun" kata Emelia yang segera menyalami tangan Tengku Shah saat Tengku Shah duduk di hadapannya

"Baru aje tadi , mana Izaida balik dah ke?" Tanya Tengku Shah dan sandarkan kepalanya di bahu Emelia

"Dah..., Mama kata apa tadi?" Tanya Emelia

"Sayang please....jangan tanya pasal mama" rengek Tengku Shah

"Ok2 , sorry2 abang erm...abang makan dah ke?"tanya Emelia

"Dah...tapi sekarang abang rasa lapar benda lain la sayang" kata Tengku Shah dan mencium leher Emelia

"Abang ni..." kata Emelia

Tengku Shah menarik tangan Emelia masuk ke dalam bilik

***********************
"Akhirnya...abang Shah akan jadi milik aku" kata Tasya sendiri sambil peluk gambar Tengku Shah

"Kan sya dah kata...tak ada siapa boleh rampas abang dari Sya" kata Tasya lagi

Gambar Tengku Shah dicium sebelum diletakkan di sebelahnya

Tak sabar untuk menanti 2 minggu lagi untuk bergelar tunang kepada Tengku Shah

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now