Bab 31

46.5K 1K 2
                                    

Malam itu Tengku Shah pulang dengan keadaan mabuk yang teruk , Emelia yang baru terlelap di sofa itu terkejut apabila mendengar suara Tengku Shah menjerit di luar pintu rumah mereka

"Woi ! Buka la pintu ni!" Jerit Tengku Shah

Emelia dengan takut terus membuka pintu dan melihat Tengku Shah yang kelihatan sedikit kusut dengan rambut yang serabut

"Kau dah kenapa , pekak ke aku menjerit dari tadi suruh buka pintu"bebel Tengku Shah dan berjalan masuk ke bilik tidur mereka

Emelia tak menjawab , selesai menutup dan mengunci pintu Emelia turut masuk ke dalam bilik dan melihat Tengku Shah terbaring di atas  katil dengan kasut yang belum dibuka

Emelia melutut dan dengan perlahan tanpa mahu mengejutkan Tengku Shah Emelia membuka kasut tengku Shah dan stoking yang dipakainya

"Abang kenapa sampai mabuk2 macam ni , kalau ye pun saya salah saya minta maaf tapi jangan la sampai minum air tu" kata Emelia dengan perlahan dan membuka baju Tengku Shah

Kemudian badan tengku Shah di lap dengan tuala yang sudah dibasahkan

Selesai membersihkan tubuh Tengku Shah , Emelia baring di sebelah Tengku Shah

Keesokan paginya Tengku Shah bangun dengan kepala yang begitu sakit

"Aduh...ni semua Fikri la punya pasal ,ish..aku minum lagi semalam baru ingat nak stop minum" kata Tengku Shah dan memicit kepalanya

Dia melihat di sebelah namun Emelia tiada di sisinya

Kemudian dia keluar dan melihat Emelia sedang menyediakan makanan di atas meja

"Abang , sini Mel ada buatkan teh madu suam untuk abang" kata Emelia

Tengku Shah duduk dan minum teh tersebut sambil memandang Emelia

"Abang kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Emelia yang pelik bila Tengku Shah pandang dia macam tu

"Pukul berapa abang balik semalam?" Tanya Tengku Shah

"Erm..dalam pukul 1 pagi" kata Emelia sambil menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Tengku Shah

"Abang minta maaf" kata Tengku Shah

"Tak..sepatutnya saya yang kena minta maaf , kalau saya tak cakap macam tu abang tak kan keluar dan mabuk2 macam tu" kata Emelia dan mengusap rambut Tengku Shah

"Tapi abang pun salah , sebab ikutkan sangat marah abang , abang balik lewat dalam keadaan mabuk" kata Tengku Shah dan menarik tubuh Emelia lalu dipeluk dalam keadaan dia duduk dan Emelia berdiri

Emelia senyum sebelum duduk dan makan nasi gorengnya

Setelah mencuci pinggan di dapur Tengku Shah berbaring atas paha Emelia , disebabkan hari ini hari ahad Tengku Shah malas nak keluar

Tengku Shah bermain dengan perut Emelia hingga membuatkan Emelia ketawa kegelian

"Abang ni..duduk diam2 tak boleh ke?" Tanya Emelia sambil ketawa

"Tak boleh..., dalam ni bila nak ada penghuni?" Tanya Tengku Shah yang kini mencium pula perut Emelia

Emelia mencubit pipi Tengku Shah

Sedang bermanja dengan Emelia tiba2 telefon Tengku Shah berbunyi , melihat nama Tengku Jamila terus sahaja Tengku Shah angkat

"Waalaikumsalam ma" jawab Tengku Shah

"Buat apa balik sana?" Tanya Tengku shah yang malas nak balik kerana ada Tasya di rumah mamanya

"Bila diorang sampai?" Tanya Tengku Shah

"Erm...kejap lagi Shah pergi" kata Tengku Shah dan bangun duduk

"Kenapa abang?" Tanya Emelia ketika Tengku Shah meletakkan telefonnya

"Mama suruh balik rumah mama , katanya parent Tasya datang rumah" kata Tengku Shah

"Oh.." jawab Emelia yang tiba2 berasa sedih

"Sayang...abang balik rumah mama kejap eh" kata Tengku Shah dan memeluk Emelia dengan erat

"Tak apa abang balik je , nanti saya call Izaida suruh lepak sini" kata Emelia

Tengku Shah angguk kepala dan selepas mencium Emelia Tengku Shah bangun dan bersiap

Emelia pula selepas menghubungi Izaida  Emelia berasa tidak sedap hati

"Takkan la si Tasya tu nak suruh makbapa dia pinangkan Tengku Shah kot" kata Emelia sendiri dengan perasaan takut

Emelia berdoa agar apa yang dipikirkannya itu tidak menjadi kenyataan

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now