Bab 11

64.8K 1.4K 38
                                    

Macam yang dijanjikan oleh Tengku Shah , hari ini 12 Jun 2018 telah menjadi tarikh yang entah bermakna atau tidak bagi Emelia kerana hari ini dia akan bergelar isteri kepada Tengku Shah

Walaupun majlis akad nikah mereka tidak meriah atau ramai orang namun Emelia tetap bersyukur kerana Tengku Shah sudi untuk memperisterikan dia dan menerimanya walaupun dia pernah bergelar pelayan

Emelia memandang Tengku Shah yang sedang menjawab pertanyaan tok kadi dihadapannya itu , Emelia tetap cantik walaupun hanya memakai baju kurung modern yang berwarna putih pilihan Tengku Shah

Disebabkan Emelia anak yatim piatu maka dia berwalikan hakim

Tengku Shah sudah bersedia dan menggenggam tangan tok kadi tersebut lalu dengan lancar dia melafazkan ijab kabul

Air mata sedih akhirnya meleleh jua di pipi Emelia bila dia rasa terlalu sunyi tanpa ibubapa nya di hari berbahagianya ini

Selesai membaca doa Tengku Shah menghampiri Emelia lalu tangan Emelia dipegang dan disarungkan sebentuk cincin emas di jari manis Emelia

Emelia menyalami tangan Tengku Shah dan tengku shah juga mencium dahi Emelia

Kawan Tengku Shah iaitu Daniel sedang sibuk mengambil gambar mereka

"Kau sekarang dah jadi isteri aku , jadi setiap pekara yang kau nak buat kau kena tanya aku dulu" bisik Tengku Shah

Setelah selesai Emelia bersalaman dengan makcik2 di sebelahnya itu

Selesai sahaja majlis akad nikah Emelia dan Tengku Shah dalam perjalanan pulang

"Kau jangan tolak pula permintaan aku kali ni , dosa tau" kata Tengku Shah yang sedang memandu

"Awak kahwin dengan saya sebab benda tu aje ke?" Tanya Emelia tiba2

Tengku Shah yang mendengar soalan itu terus berhenti di bahu jalan

"Apa kau tanya tadi?" Tanya Tengku Shah yang buat2 tak dengar

"Saya tanya awak kahwin dengan saya hanya untuk nafsu awak aje ke?" Tanya Emelia

"Dengar sini baik2 Emelia , aku tahu hukum hakam agama walaupun aku ni jahil , jadi aku kahwin dengan kau bukan kerana nafsu tapi sebab aku memang  tak nak tanggung dosa tinggal sebumbung dengan perempuan yang bukan muhrim aku" terang Tengku Shah

Emelia terkedu , sukar nak diberitahu perasaannya kini

Emelia memandang Tengku Shah

"Saya minta maaf" ucap Emelia perlahan

Tengku Shah yang mendengar hanya meneruskan pemanduannya

"Tak apa la malam ni kita tidur bilik masing2 , kang kau ingat aku ni nafsu harimau pula cepat sangat nak" sindir Tengku Shah

Emelia diam  , dia berasa bersalah bila Tengku Shah kata begitu

"Ingat , perkahwinan ni rahsia kau aku dan Daniel aje yang tahu" pesan Tengku Shah

Emelia hanya menganggukan kepalanya

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now