Bab 30

49.6K 1K 25
                                    

Tengku Shah memicitkan kepalanya yang berasa pening , dari tadi dia memujuk Emelia namun Emelia tetap tidak menghiraukan dirinya

Salah dia juga kerana pulang lewat dan menyebabkan Emelia memikirkan pekara yang bukan2

"Sayang...jangan buat abang macam ni...abang dari tadi lagi macam bercakap dengan dinding" kata Tengku Shah yang sedang memeluk Emelia dari belakang saat Emelia sedang sibuk menggoreng mee

"Sayang , abang bukan sengaja balik lewat...abang terpaksa singgah rumah mama lepas hantar Tasya tadi..sayang...please.." pujuk Tengku Shah

"Dah tu tak reti nak call atau mesej saya ke , awak ingat saya ni apa dekat rumah" marah Emelia dan tidak lagi menggunakan panggilan abang pada Tengku Shah

"Ye abang tahu , abang salah sebab tak mesej sayang bagitahu..but abang bukan sengaja abang betul2 terlupa" kata Tengku Shah

"Lupa saya ni siapa aje depan mata awak , hanya seorang pelayan" kata Emelia yang mengikut emosi

Tengku Shah melepaskan pelukan dan terus beredar masuk ke bilik mereka

Emelia rasa bersalah kerana dia tahu pasti dia telah tersalah cakap tadi , dahinya ditampar sendiri

Tengku Shah membuka tali leher dan bajunya lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan menyejukkan hatinya

"Abang" panggil Emelia dari luar pintu bilik air

Namun Tengku Shah tidak menjawab hanya bunyi pancuran dari air hujan sahaja yang didengar oleh Emelia

"Abang , sayang minta maaf sayang tak ada niat nak ungkit benda ni semua sayang cuma terlalu marah tadi...sayang pun tak tahu kenapa emosi sayang mengada2 sangat tadi" pujuk Emelia pula

Namun Tengku Shah masih lagi diam

Emelia duduk di birai katil menunggu Tengku Shah keluar dari bilik air

10 minit berlalu dan Tengku Shah keluar dengan hanya memakai tuala

"Abang" Emelia menghampiri tubuh Tengku Shah dan dipeluk dari belakang seperti mana Tengku Shah selalu lakukan kepadanya

"Abang...sayang minta maaf" kata Emelia

Tengku Shah masih diam dan memilih baju di dalam almari

Melihat Tengku Shah memilih Tshirt jalannya Emelia tahu bahawa Tengku Shah pasti ingin keluar

"Abang..jangan la marah sayang macam ni , sayang tahu sayang salah sebab marah abang tak tentu pasal dan ungkit semua tu tanpa sengaja" kata Emelia

Selesai Tengku Shah menyarungkan seluar jean nya dia bergerak pula ke meja solek untuk menyapu gel di rambut , Emelia masih melekat pada tubuh Tengku Shah seperti di gam

Selesai menyembur minyak wangi Tengku Shah melepaskan pelukan Emelia dan keluar mengambil kunci kereta lalu dia keluar dari rumah

Emelia mengeluh dan menangis kerana rasa bersalah

Tiba2 Emelia rasa nak muntah , dengan cepat Emelia berlari masuk ke dalam tandas dan mengeluarkan sisa makanan yang dimakannya tadi

Tengku Shah pula keluar melepak dengan rakannya di sebuah kelab malam , walaupun sebenarnya dia rasa berat hati nak ke tempat itu namun sebab marah dia pergi juga

Guys sorry bab 30 ada masalah sikit , tertukar dengan bab 29 so baca bab 29 dulu baru 30 ye
Sorry

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now