Bab 40 (Akhir)

66.1K 1.3K 54
                                    

Emelia membatulkan tudung di kepalanya kemudian diperiksa penampilannya sekali lagi maklumlah nak jumpa mak mertua kenalah nampak sopan

"Sayang lama lagi ke , dari sejam yang lepas lagi sayang asyik betulkan baju dengan tudung tu , dah lawa dah bini abang ni" puji Tengku Shah

"Abang pasti ke mama abang akan terima Mel?" Tanya Emelia sekali lagi

"Kenapa tanya macam tu , mama abang tak pernah kata tak boleh kat abang tau jadi apa pun pilihan abang semua dia terima " kata Tengku Shah

"Yelah..jom nanti dia marah pula kita datang lewat" kata Emelia

Mereka berdua bertolak ke rumah Tengku Jamilah

Tiba sahaja di hadapan rumah banglo dua tingkat itu sudah terlihat Tengku Jamilah menunggu di pintu rumah

Melihat sahaja Tengku Jamila Emelia sudah kecut perut bukan nampak garang tapi takut tak diterima atau dituduh perampas

'Macam mana kalau Tengku tu simbah aku dengan air tak pun tarik tudung aku pastu tampar2 muka aku macam mana' monolog Emelia sendiri di dalam hati

"Sayang jom , kenapa termenung tu?" Tanya Tengku Shah sambil memandang Emelia

Emelia senyum dan terus membuka tali pinggang keledar

Keluar dari kereta Tengku Jamilah tersenyum kepada mereka berdua

Tengku Shah menyalami tangan Tengku Jamila dan kemudian Emelia pula

"Jadi inilah menantu mama?" Tanya Tengku Jamila

Tengku Shah senyum dan angguk kepala

"Cantikkan ma" kata Tengku Shah

Emelia di sisi Tengku Shah sudah merona merah wajahnya

"Cantik pandai Shah pilih , ayu aje mama tengok" kata Tengku Jamila

Emelia bernafas lega dan beristighfar kerana telah bersangka buruk terhadap mak mertuanya tadi

"Tengku apa khabar?" Tanya Emelia saat Tengku Jamila memandang nya

"Apa ni panggil Tengku , mama lah" tegur Tengku Jamila

Emelia senyum dan membetulkan panggilannya

"Dah jom masuk mama ada masak makan tengah hari" ajak Tengku Jamila sambil memimpin tangan Emelia

Emelia memandang Tengku Shah di belakang

Tengku Shah tersenyum pada Emelia dan bersyukur mamanya tak banyak tanya

"Dah berapa lama korang kahwin?" Tanya Tengku Jamila

"dah nak masuk setahun" kata Tengku Shah

"Kenapa rahsiakan dari mama" tanya Tengku Jamila

"Sebab...Emelia tak ready lagi nak bagitahu semua orang pasal perkahwinan ni yelah Shah kan Tengku mesti nanti orang semua kata Mel ni perampas atau kaki kikis" kata Emelia

"Siapa yang berani nak kata isteri Shah macam tu , mesti nanti Shah pukul atau buat sesuatu Mel jangan risau lah ye lagipun Mel baik mama tahu" kta Tengku Jamila

"Mama tak kira minggu depan kita adakan majlis perkahwinan korang jangan nak rahsiakan dari orang nanti dikatanya korang ni kena tangkap basah la apa la" kata Tengku Jamila

"Lagipun baik ada kan cepat nanti kalau dah mengandung susah" kata Tengku Jamila

"Dah mengandung dah pun ma" kata Tengku Shah

Tengku Jamila terkejut dan teruja terus sahaja dia bangun dan peluk tubuh Emelia dengan erat

"Ya allah...mama dah nak jadi nenek.." kata Tengku Jamila

"Kalau macam tu kita kena adakan majlis korang minggu depan juga nanti biar mama yang uruskan semuanya" kata Tengku Jamila

Petang itu mereka bertiga berbincang untuk majlis persandingan Tengku Shah dan Emelia yang akan diadakan di hotel pada minggu depan

Malam itu setelah sampai di rumah mereka berdua berehat di ruang tamu

"Teruja betul kan mama tu" kata Tengku Shah

"Haah , dia seronok sangat bila dapat tahu Mel mengandung" kata Emelia

"Tu lah..sama macam abang dapat tahu ,apa2 pun janji anak abang ni sihat" kata Tengku Shah dan baring lalu kepalanya di letak di paha Emelia

"Abang marah ke Mel rahsiakan kandungan Mel ni?" Tanya Emelia

"Tak , abang tahu sayang ada sebab kenapa sayang rahsiakan kandungan sayang" kata Tengku Shah dan mencium perut Emelia

"Janji lepas ni sayang jangan rahsiakan apapun dari abang" Kata Tengku Shah

"Janji" kata Emelia dan mencium dahi Tengku Shah

Mereka berbual tentang anak mereka yang masih baru dalam kandungan Emelia itu

Berharap agar hubungan mereka kekal ke jannah dan anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang soleh dan solehah

TAMAT....

Nanti kalau ada special chap ke apa sis akan post mggu dpn ye...bye..
Tq  pada yg slalu comment n vote tu

Mr.Bad Guy✔Where stories live. Discover now