Chapter 17

2.9K 250 34
                                    

Sophie Yana

Hati sy berbelah bagi mahu pergi kah tidak. Tiada hati sy mahu pergi Bangkok bila sy tahu Tuan akan pergi bersama. Sy takut ba nanti kalau Tuan buat hal masa kami di Bangkok. Negara asing lagi tu. Mati lah sy kalau ada masalah timbul. 

Sedang sy bermain dengan Quinn, Rina kawan sekerja sy datang dan membawa satu sampul putih. 

"Nah Sop.. Ko ne awal betul balik. Besok ko terbang sudahkan pergi Bangkok?"

"Sy tidak mahu pergi boleh kah? Tiada yang jaga Quinn ba. Ko ganti sy lah Rin."

"Ko tidak baca kah terms & Conditions dia masa ko terima tu hadiah?"

"Ada juga meh macam tu?"

"Ya lah. Kalau ko tidak pergi nanti ko perlu bayar 3x ganda jumlah semua kos perbelanjaan dari tiket kapal, penginapan dan duit belanja2 di sana tu. Mahalnya oh Sop."

"Aduii.. Teda cara lain kah Rin? Sy betul2 tidak mahu pergi ba."

Nek Yah datang bawa kan kami minuman sama kuih.

"Jemput minum Rin. Nenek ada masak pisang goreng juga ne."

"Terima kasih Nek. Nyamm.."

Quinn makan pisang goreng. Kegemaran dia ba pisang goreng terutamanya kalau Nek Yah yang masak. 

"Sop.. Nanti malam Mikey datang tu."

"Abang Mike bukan di UK kah sekarang Nek?"

"Sudah 3 hari dia di bandar. Ada meeting konon. Besok dia mahu terbang balik UK. Jadi dia cakap mahu singgah dulu sini tengok Sophie dan Quinn."

Rina senggol tangan dia sambil tersenyum mengejek. Kurang asam punya kawan. Dia ne ingat Mikey tu betul2 suami sy. Bukan dia saja malah seluruh penduduk kampung disini ingat Mikey tu suami sy. Mikey pernah cakap biarlah orang kampung ingat dia tu suami sy supaya Quinn tidak kena pandang serong. Ada betul cakap Mikey time tu sebab tu sampai sekarang sy cuma berdiam diri saja demi anak sy.

"Mesti abang Mikey rindu sama Sophie kan Nek. Maklumlah bila berjauhan ne. Untung ko Sophie dapat suami yang bagus."

Nek Yah diam saja. Dia pun malas mahu terangkan perkara sebenar. Semuanya untuk kebaikan Quinn juga. 

"Ko ne Rin.. Isskk.. Makan lah."

"Ne ba tiket ko sama duit ada di dalam. Gary suruh sy bagi sama ko."

Nek Yah sudah sedia maklumat pasal sy mahu pergi ke Bangkok. Dia sempat lagi suruh sy belikan cenderahati. Tidak sangka besok sy mahu terbang. Barang pun belum lagi sy kemas. Sy tiada hati mahu pergi ba.

Tiititkkkk.. Bunyi Hon kereta masuk di pekarangan rumah kami. Sy kenal betul tu kereta. Mikey datang dengan paper beg yang di angkut dari belakang bonet keretanya. Mesti ada saja dia bawakan sy barang oh. 

"Hi semua.. Eh.. Rina pun ada."

"Hi bang Mike. Makin handsome pula abang ne kan. Hahaha.."

Rina.. Rina.. Sekejap saja berubah cita rasa. Sekejap Gary sekarang Mikey lagi. Sy tidak kisah sangat sebab tiada juga perasaan sy sama Mikey kan. 

Rina cepat2 saja pulang. Dia sempat bisik di telinga sy.

"Jangan berabis ne malam k Sop. Besok ko mo terbang tu. Nanti lambat bangun. Hehehe.."

Kurang asam punya kawan. Kuning saja tu otak. Nasib laju juga tangan sy cubit pinggang dia. Kotoh.. Hahaha...

Mikey duduk2 di ruang tamu sambil bermain dengan Quinn. Quinn kesukaan betul nampak Mikey datang tadi. Terus mulut dia sebut 'dada'.. 

Hardest Time.. Completed.. 😊Where stories live. Discover now