Chapter 26 - Final

4.3K 374 59
                                    

Sophie Yana

Kami sampai hotel mahu jam 5.00 pm. Memang rush betul kami sebab majlis bermula jam 8.00 pm. Kami hanya bersiap di bilik Kak Selina memandangkan dia sudah merayu dengan Kak Zoy. Hehe.. Saya ikut saja. Saya bagitahu Ricky nanti tunggu di pintu lift ground floor jak.

Masa Kak Selina mandi, Kak Zoy suruh saya call abang Mikey dan tanya tingkat berapa dia tinggal. Lepas telefon abang Mikey, saya bagi tahu Kak Zoy yang abang Mikey tinggal tingkat 7 juga. Macam jodoh pulakan. Makin gembira lah Kak Zoy untuk melaksanakan rancangan dia. Dia call Max untuk bersiap sedia cut power lift tengah jam 7.00 pm. Memang Kak Zoy suruh Max jangan pergi mana-mana kecuali stay di dalam bilik security tu saja. Kesiankan Max terpaksa ikut juga rancangan girlfriend dia ne. 😅

Oleh kerana mahu cepat Kak Zoy dan saya mandi bersama. Hahaha.. Malu gila. Dia ejek lagi saya punya gunung berkembar terlalu banyak cop. Masa berlalu dengan cepat dan tidak rasa hampir lagi jam 7.00 pm. Telefon saya pun berbunyi dan saya tengok ada panggilan dari abang Mikey. Saya tarik Kak Zoy jauh sikit dari Kak Selina. Nasib dia sibuk touch up make up dia.

"Kak.. abang Mikey call."

"Sambut lah. Cakap tunggu jak didepan pintu lift tengah."

"Ok kak. Set."

Ketawa-ketawa lagi kami dua ba tapi tidak kuat lah. Saya bagitahu abang Mikey tunggu jak di tempat seperti mana yang Kak Zoy suruh. Tepat jam 7.00 pm kami keluar dari bilik. Sebenarnya baju saya beli tadi untuk guna ne malam warna merah lepas tu long sleeve dan cover habis depan dan belakang badan saya. Bagus dapat cover cop-cop yang dibuat oleh Ricky tapi Kak Zoy cakap saya macam orang sakit berbungkus habis. Apalagi ketawalah Kak Zoy dan Kak Selina. Sudah tu dorang ugut saya tukar baju lain. Kalau tidak habis kasut saya dorang buang dari Tingjat 7. Mahu tidak mahu terpaksa lah tukar. Hehe..

Kak Zoy suruh saya guna baju dia. Bukan saya tidak mahu ba tapi baju Kak Zoy banyak yang seksi-seksi. Dia keluarkan baju dari paper beg dia beli tadi. Tadi dia cakap sengaja dia beli extra dress in case hal seperti ini. Kurang asam betul kan. Last sekali kami bertiga baju sama warna hitam. Seksi juga baju yang Kak Zoy suruh pakai. Bahagian belakang terdedah habis sampai paras pinggang. Nasib bahagian depan dada tertutup sikit. Baju Kak Selina off sholder dress panjang. Kak Zoy dress paling seksi antara kami bertiga. Lace transparent dari paras paha. Atas dada ok sikit ada tertutup juga. 

Masa mahu depat pintu lift sudah, saya nampak abang Mikey dengan sut warna hitam dan ne malam dia nampak handsome. Kak Zoy mula siku tangan saya. Saya faham sudah maksud dia tu. Kak Selina still tidak tahu apa-apa. Dia sibuk check HP dia. Kak Zoy tarik tangan saya.

"Ingat Sophie. Nanti kalau pintu lift terbuka kita tolak saja Selina masuk dalam tapi kita mesti make sure Mikey duluan masuk dalam k. Lepas tu Max akan control sendiri tu pintu agar dapat tutup dengan cepat."

"Ok Kak. Set."

Kak Selina jalan duluan di depan manakala kami dia ikut dia dari belakang. Abang Mikey senyum dari jauh nampak saya. Ala hai.. Cair perempuan oh kalau nampak dia ne ba. Saya tegur abang Mikey kemudian memperkenalkan Kak Selina dan Kak Zoy. Nampak sangat Kak Selina malu-malu kucing. Hahaha.. 

Ting.. Pintu lift terbuka. Abang Mikey duluan masuk dan dia jemput kami semua masuk. Dia tahan tu pintu lift guna butang yang terdapat di dalam lift. Kak Zoy senggol Kak Selina sampai dia hampir terjatuh ba. Saya tengok Kak Zoy tapi dia buat-buat macam tidak tahu lagi. Dia minta maaf sama Kak Selina. Nasib abang Mikey sempat sambut ba. Kalau jatuh betul-betul habis lah plan kami. 

Pintu tertutup secara automatic. Kami dengar lagi suara Kak Selina panggil nama kami. Macam suara ketakutan. Haha.. Kami diluar berabis ketawa pula. Dengan ini berjaya sudah plan pertama kak Zou. Kami tunggu lift lain untuk turun ke bawah. Hehehe.. Harap-harap masa dorang terperangkap di dalam, mereka dapat berkenalan. Kak Zoy cakap Max set time 30 min untuk lift tu bergerak semula. 

Hardest Time.. Completed.. 😊Where stories live. Discover now