2- Adham

9.5K 173 1
                                        

            Aku berjalan menuju ke bilik air. Mataku melilau memandang sekeliling. Ada pintu- pintu bilik yang terbuka. Aku just pandang macam tu je. Ada yang tengah workout ringan- ringan  buat push up bagai waktu kebosanan melanda ni. Ye la hari ahad kan? Ada juga yang tengah terbaring diatas katil  tanpa baju dan ada yang membuka baju untuk mandi. Isshh diorang ni. Tutup la pintu tu. Buat rambang mata aku je. Ehh betul ke ayat rambang ni? Lantak la.

          "Aduh"

           Aku terlanggar bahu seseorang. Hampir terjatuh namun aku berjaya menstabilkan diri. "Mata kau letak mana?! Lutut?!" Jerkah orang tersebut. Aku memandangnya. Kelihatan badannya sedikit basah. Dia hanya bertuala di pinggang. Mungkin lepas mandi. "Sorry bang." Aku meminta maaf dengan nada perlahan.

          Dia hanya mengangguk. "Lain kali jalan tu pandang depan." Katanya sebelum dia berlaku pergi ke biliknya.

          Padan muka kau. Tu la mata tu melilau lagi. Aku teruskan berjalan. Kemudian aku memandang kebelakang. Kelihatan dia memasuki bilik yang bertentangan dengan bilikku.

          Siapa dia? Boleh tahan hensem. Badan pun boleh tahan sedap walaupun tak ada six pack kelihatan tapi dada bidang dan otot lengan yang agak besar  kelihatan. Isshh dah la tu! Fokus utama aku nak ambil air!

***********

           "Nah bang air!" Aku meletakkan baldi yang berisi air berdekatan dengannya. "Haaa letak situ." Balasnya pendek. Wahhh panas betul dia nampaknya. Kalini dah tinggal pakai boxer briefs je. Warna putih pulak tu! Nampak bulge besar dia. Nasib baik tak transparent je! Tengok dia macam kepanasan betul ni. Habis penuh peluh satu badan. Berkilat badan dia. Lalu aku mengambil satu botol air mineral dari kotak dan serahkan botol tu kepadanya. Dia masih lagi mendongak memandang kipas yang dia bersihkan.

          "Nah air." Kataku agak perlahan. Ye la dalam bilik tu pun sunyi je tak perlu kot cakap kuat- kuat.

          "Nak air apa? Air aku?" Balas Aiman tanpa memandangku. Adehhh! Aku tepuk dahi. Panas sangat ke sampai dia tak boleh mendengar dengan betul ni? Dan panas sangat ke sampai mereng macam ni?

         "Wahai abang Aiman, ni adik Fahim bagi abang Aiman air mineral untuk di minum. Abang nak tak?" Tanyaku lagi dengan nada sarkastik. Baik dia bertukar jadi waras semula sebelum aku guna bahasa zaman dahulu kala. Bahasa Melayu SPM aku A+ tau!

         Aiman terus memandang bawah kearahku. "Ooo kau offer aku air. Ingatkan apa tadi. Terkejut aku!" Dia mencapai botol air tersebut. "Thanks!" Ucapnya. Aku hanya membalas anggukan. Kemudian aku terus duduk di katil untuk menyambung melipat baju.

       Aku mencapai baju dia lagi di dalam begnya. Tak semena- mena (amboi kosa kata) aku tercapai trunk briefs dia warna merah.

        Madafaka! Ni pun nak kena lipat ke? Ke nak kena gantung?!

        "Bang." Panggilku perlahan. Hissh seluar dalam dia tapi aku pulak yang malu ni! Dia memandang aku. "Hmmm mende?" Tanya dia. Namun dia cepat tersengih. Aku berdehem sebelum bertanya." Errrrr... ni nak lipat ke gantung?" Tanyaku sambil menunjukkan seluar dalamnya. By the way.... WTF (maaf kerana banyak mencarut) soalan yang aku tanya ni?! Buat je la apa- apa pun! "Im nak gantung ke nak lipat?" Tanya dia kembali beserta sengihan nakal. Sh*t! Aku mengecilkan mataku dan memandangnya dengan tajam. Saja je ek?! Aku tanya dia, dia tanya aku balik!

             "Bakar." Jawabku pendek. "Alololo jangan la bakar. Abang ni tak kaya nak beli baru, melainkan Im nak belanja...kan?" Aku menjelingnya tajam. Malas nak layan! Buat segan aku je! "Lipat la. Hanger abang tak banyak." Jawabnya kemudian. Aku mengangguk.

              Tok! Tok! Tok!

              Kami serentak memandang pintu. "Masuk." Aiman bersuara.

               Pintu dikuak dari luar. Kelihatan seorang lelaki yang hanya berboxer memunculkan diri. Ciss lelaki tadi yang aku langgar! Dia memandang aku tajam tanpa senyuman.

                "Weh Am!" Tegur Aiman. "Eh? Man!" Lelaki itu bersuara agak datar. Aiman segera turun dari kerusi dan menuju ke lelaki yang dipanggil Am tu. Mereka bersalaman." Kau pun blok ni ke?" Tanya Aiman. Am hanya menangguk. "Aku dok bilik depan bilik kau ni." Beritahunya. "Serius la? Laa kita berjiran rupanya." Am menanggukkan kepala.

               "Ada apa kau datang bilik aku? Mana kau tahu ni bilik aku?" Tanya Aiman. Am menggeleng. " Aku tak tahu pun ni bilik kau. Aku just nak pinjam penyapu dari jiran bilik. Tak sangka kau jiran bilik aku."

                Aiman menangguk. Kemudian dia terperasan aku yang diam sedari tadi. "Ehh Im. Ni abang kenalkan rakan kelas abang, Adham. Panggil dia Am." Aiman perkenalkan Adham kepada aku.

                "Hai bang Am! Saya Fahim Nahidh, panggil Im je." Kataku. (Btw dia tak offer apa- apa tapi aku mengada je panggil dia abang. Bunyi macam gedik je?! Ye la dia pun comfirm 26 kan, lagi tua dan aku kena hormat) Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman walaupun dia dari tadi tak senyum. Takut pulak aku!

Dia membalas salamku tanpa kata. "Ehh kau nak penyapu kan? Jap." Aiman pergi mencapai penyapu untuk diberikan kepada Adham. "Nah." Dia menyerahkan penyapu itu. "Thanks." Jawab Adham pendek. Adham kemudian berpaling untuk keluar. Matanya tak lepas dari memandang aku tajam. Kecut lak aku.

Dah kenapa dia ni?

*************

Cerita Tiga SegiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang