Aku menarik bagasiku untuk ke tingkat 3. 'Apa la malang nasib dapat tingkat tinggi lagi' rungutku dalam hati. Time matrikulasi aku dapat tingkat tiga jugak ni dah masuk degree ni pun dapat tingkat yang sama. haisshh!! Merah muka ku akibat kepanasan mendaki tingkat tiga ni. Muka aku dah la cerah aka putih melepak ( tak ada la melepak sangat pun) Memang jelas nampak merahnya.
Sesudah sampai di hadapan pintu bilik, aku membukanya dengan kunci dan menolak daun pintu. "Nice jugak kolej kediaman ni" kataku sendiri.
Aku lihat keadaan bilik berkenaan. Not bad jugak, ada dua katil, dua locker dan dua meja belajar. Maksudnya ada lagi seorang yang akan jadi roommate aku. Harap tak seorang diri la macam time kat matriks, dapat bilik duduk sorang2 macam forever alone. Ye la budak lelaki sikit kan masuk asrama so tingkat tiga tu pun separuh je tingkat yang ada penghuni. So orang yang duduk tingkat tiga tu memang ada sorang room mate atau duduk sorang la jawabnya.
Kemudian, aku pun tanpa berlengah terus mengemaskan barangku. Sedang aku mengemaskan barangku, tiba- tiba ada seseorang yang membuka pintu bilikku.
Hensem gila siot! Orangnya tinggi sikit dari aku. Berjambang nipis, kulit sawo matang (biasa la melayu) tapi cerah sikit. Badan sado sikit. Muka matang. Nice!
"Hai" Tegurnya. "Hai" balas aku. Dia terus kearahku dan menghulurkan salam. Aku membalas huluran salamnya. Uissh kerasnya rasa tangan dia.
"Nama siapa?" Tanya dia lagi. " Fahim Nahidh, panggil Im je... errrr awak?" " Aiman... kau boleh panggil aku Man...kau umur berapa?" Aku menunjukkan dua jari kepadanya. "19tahun." "Nais! Aku 26... jadi kau boleh kot panggil aku Abang Man, okay?" Beritahunya dengan senyuman yang sangat manis. Haihhhh... ni baru pertama kali jumpa dah buat aku jatuh cinta. Aku hanya menganggukkam kepala. "Ok je. " balasku pendek sambil tersengih.
Selepas itu Aiman terus ketawa kecil. "Kenapa bang?" Tanyaku. Aiman menggeleng. "Takde apa, cuma tadi masa aku masuk bilik, ingatkan budak sekolah menengah mana yang jadi room mate aku. Rupanya kau dah 19 ye? Comel je aku tengok." Balasnya kemudian dia sambung ketawa.
"Mana ada saya kecik sangat. Tinggi saya 169 cm tau bang. Tinggi la tu." Bela diriku. " Orang tinggi 180 keatas dah sekarang ni. Abang pun 183 cm " balas Aiman kembali. Chett dasar riak dengan ketinggian yang ada. "Ramai je tinggi macam saya ni. Abang tu yang tinggi sangat." Balasku kembali taknak kalah. Namun Aiman hanya balas dengan ketawa. "Dah la tu. Tak ada masa aku nak gaduh dengan budak kecik. Jom turun cafe teman aku makan? Aku sampai- sampai tak makan lagi ni." Pelawa Aiman.
Aku mengangkatkan kening. " Uisshh dah tak sabar nak belanja saya buat kali pertama ke?" Gurauku. "Pandai la kau. Jom la turun. Tengok apa kau beli. Kalau murah aku belanja. Jom!" Aku mengangguk. "Jom la." Aku pun sebenarnya lapar.
************
"Abang asal mana?" Tanyaku sebelum menyumbatkan mulutku dengan Waffle yang disapu dengan coklat. Aku memang peminat setia coklat. Tengok la order air pun air milo ais. Coklat is bae!
YOU ARE READING
Cerita Tiga Segi
RomanceDalam liku- liku perjalanan kehidupan di universiti, sudah tentu tidak akan dapat lari daripada kisah percintaan. Macam- macam ragam dalam percintaan ni... contohnya? Kisah satu : Fahim + Aiman + Adham = ??? Apa yang terjadi kepada mereka? Roommate...