"Wuishhh dahsyat la abang Iky dapat uruskan semua ni." Puji Amy yang sedang duduk di seat paling belakang di dalam Toyota Vellfire yang dipanduku.
Zikry yang berada di seat tengah, di belakangku yang sedang memandu tersenyum. "Tak susah pun lah. Lagipun abang kenal ketua kampung tu. Tu kan kampung abang. Dah alang- alang kita nak menyumbang bakti dekat rumah kebajikan dekat kampung tu, apa salahnya diorang beri kerjasama."
"Habis tu yang minta sponsor dari syarikat- syarikat tu ingat senang? Banyak kot abang dapat." Kata Farah pula.
"Tak ada lah. Kalau betul caranya, dapat je. Niat kita pun baik. Rezeki budak- budak dekat rumah kebajikan tu la tu." Balas Zikri merendah diri.
"So, aktiviti yang kita listkan ni agak berat jugak ni bang. Mampu ke kita buat sehari je ni?" Tanya Nubhan yang duduk di sebelah Zikri. "Tengok ni ha... mengecat, membersihkan sekitar kawasan rumah kebajikan, membaiki lantai- lantai yang rosak, membersihkan kawasan dalam bangunan. Eisshhh mampu ke kita enam orang buat semua ni?" Tanya Nubhan lagi.
"Ehhh kan abang cakap haritu yang penduduk kampung pun ada tolong, jangan risau. Barang- barang macam cat, simen untuk lantai apa semua tu pun abang dah minta tolong diorang yang belikan." Beritahu Zikri.
"Oooooooo..... faham, faham...." Nubhan mengangguk- angguk. "Ingatkan nak beli dekat hardware sana lepas sampai."
"Ehhh Fahim. Kaya jugak kau ek sampai bawak Vellfire. Terkejut kitorang tadi time tunggu kau dekat cafe." Kata Amy.
"Yang kaya ayah aku. Aku ni pinjam je kereta ni haa sementara dia tengah outstation dekat London sana. Dia bagi izin, aku guna je la." Beritahuku. Sungguh sebenarnya aku takut jugak bawak kereta besar- besar ni. Kalau tercalar sedikit ke mampus aku nak menjawab walaupun diberi keizinan. Dah la susah nak parking!
"Ooooo.... nice! Nasib baik ada kenderaan. Kalau tidak memang masing- masing naik grab, petik daun membayar." Kata Amy lagi.
"Haaaa dah sampai susur keluar dah ni. Dah nak sampai Port Dickson! Yay! Aku nak mandi pantai!" Kata Nubhan ceria.
"Banyak la kau. Habiskan dulu program ni lepas tu nak buat rumah atas laut pun tak apa." Tegur Farah mengusik.
Zikri memandang Nubhan yang begitu ceria memandang keluar tingkap dengan senyuman sambil menggelengkan kepala.
"Bukak tingkap wehh... aku nak bau angin laut." Kata Nubhan lagi.
"Banyak la kau. Baru sampai tol susur keluar." Balas Amy.
************
"Abang... nah air." Nubhan menghulurkan air botol 100plus perisa anggur kepada Zikri yang sedang sibuk
mengecat dinding di salah satu dorm di bangunan tersebut. Zikri meletakkan berus di bekas cat sebelum menyambut botol air minuman 1.5L tu sambil tersenyum manis kearah Nubhan. "Thanks" balasnya.
"Sama- sama" balas Nubhan ceria sambil tersengih. Zikri tergelak kecil melihat Nubhan yang ceria itu. Dia memicit pipi Nubhan yang sedang tersengih memandangnya. "Comel." Balasnya pendek.
Nubhan tersipu malu apabila dipuji. Mereka kemudian mengambil duduk diatas lantai simen itu untuk menghilangkan lelah.
"Akhirnya! Han tengok semuanya hampir siap. Tinggal dorm bawah dengan dorm ni je tengah dicat. Yang lain dah beres. Ramai yang turun tolong ni." Beritahu Nubhan berdasarkan apa yang dilihatnya sewaktu mengambilkan air untuk Zikri. "Tak sangka kan berjaya jugak kita siapkan projek ni. Penat memang penat tapi best!" Sambung Nubhan lagi.
Zikri memandang Nubhan disebelahnya. "Penat? Tak nampak Han buat kerja pun tadi." Usik Zikri.
"Han buat kerja la. Abang Iky mana nampak. Tadi penat Han sapu sampah dekat bawah." Balas Han.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Tiga Segi
RomanceDalam liku- liku perjalanan kehidupan di universiti, sudah tentu tidak akan dapat lari daripada kisah percintaan. Macam- macam ragam dalam percintaan ni... contohnya? Kisah satu : Fahim + Aiman + Adham = ??? Apa yang terjadi kepada mereka? Roommate...
