Dari hari ke hari, abang Man ni makin caring dengan aku. Ye la mungkin dia anggap aku macam adik dia tapi kini aku pulak yang sebaliknya. Aku seperti... mengharapkan lebih dari itu. Aku tahu itu mustahil. Abang Man straight! Aku ni? Ehemmm ehemmm sejak sekolah menengah. Ni sebab senior aku dari sekolah menengah, Aswad yang ajar aku benda- benda ni. Tengok la sekarang teruna aku dah hilang gitu je sejak dari sekolah menengah. Dia pun dah kahwin dan dah kerja sekarang.
Aku melihat Abang Man masuk kedalam bilik, selesai mandi. Kelihatan dia sedang bersiap- siap. "Abang nak ke mana?" Tanyaku.
Aiman memandangku. "Dating dengan awek abang." Katanya dengan gembira.
Mukaku terus berubah. Tapi aku cepat- cepat mengawalnya. Aku... cemburu! Abang Man rupanya dah ada awek?
Aku hanya berdiam diri. Rasa cemburu kerana orang yang aku suka tiba- tiba dah ada orang lain. Selalunya kalau crush aku dah jadikan dia ex- crush sebab aku tak kacau hubungan orang yang berpunya walaupun hanya berstatus crush. Lain la awek dia sanggup bermadu dengan aku. Ha ha ha.
Tapi ini lain, aku rasa perasaan aku pada abang Man bukan hanya suka malah sayang... cinta? Entahlah.
"Abang keluar dulu tau." Beritahu Aiman.
Aku hanya mengangguk. Dan memandangnya sepi.
************
Sejak dari hari tu aku hanya bersikap agak dingin dengan Aiman. Entah tak tau la kenapa. Aiman mula menghidu kedinginanku.
"Im." Panggil Aiman pada suatu hari.
Aku yang sedang belajar di meja study menoleh memandangnya. "Abang ada buat salah apa- apa ke?" Tanya Aiman.
Aku menggeleng. "Tak ada. Kenapa abang tanya macam tu?" Tanyaku.
"Tak ada la. Im sejak kebelakangan ni layan abang macam nak tak nak je. Abang ajak makan ada je alasan. Abang ajak borak Im kata nak tidur la apa la pergi belajar bilik kawan la. Abang ada buat salah ke?" Tanya Aiman lagi. Mukanya sedih.
"Tak ada la bang. Issshh jangan la pikir bukan - bukan. Macam- macam la. Abang tak ada salah apa- apa pun. Mungkin perasaan abang je tu." Jelasku.
Aiman menangguk. "Kalau dah Im cakap gitu... tapi kalau abang ada salah, cakap tau." Aku mengangguk pula.
"Dah la study tu. Meh tidur. Rehat esok kang penat otak letih satu apa pun tak masuk."
Aku hanya menganguk. Aku terus bangun dan menutup lampu lalu aku baring di sebelah Aiman.
"Good night Im." Ucap Aiman sambil mencium pipiku buat kali pertama. Aihhh dia ni laa... dah ada awek tapi layan aku macam awek dia. Bagi Aiman layanannya terhadapku hanyalah seperti layanan seorang abang yang sayangkan adiknya namun bagiku sebaliknya. Tolong la jangan seksa aku macam ni.
**************
"Kau pahal Man? Diam je dari pagi tadi?" Tanya Adham kepada Aiman ketika kami sedang menikmati Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk di KFRY (gituuhhh nama... panggil ayam korea yang salut cheese tu je dah la). Aku teringin nak makan jadi ajak la diorang join sekali. Aku belanja lagi tu. (Ok kita sambung balik permasalahan Aiman tadi) Aku juga perasan yang Aiman kelihatan monyok je dari pagi tadi. Ada masalah ke?
Aiman menggeleng lemah. Dia tersenyum tawar. "Cerita je la. Mana tahu aku boleh tolong. Kau ni bukan selalu monyok macam ni. Bila ada masalah je macam ni." Kata Adham lagi.
"Takde...." Aiman berjeda. "Takde apa?" Tanya Adham. "Ni... awek aku Syafira, dia..." Aiman berjeda lagi.
Aku berhenti makan. Syafira? Awek Aiman? Ok cemburu datang balik tapi yang lebih perlu difokuskan adalah... kenapa dengan Syafira? Diorang gaduh ke?
"Dia?" Tanya Adham. Aiman mengeluh. " dia mintak aku duit nak pinjam. Katanya nak baiki kereta dia yang kemik kena langgar orang haritu." Kata Aiman perlahan.
"Duit lagi?" Tanya Adham. Aiman mengangguk lemah. "Berapa banyak kali yang dia dah mintak kau aku pun tak ingat. Kau kena ingat Man, kau tu pun hidup dekat U sebab biasiswa. Kenapa perlu berabis duit dekat perempuan tu lagi? Sejak diploma pulak tu."
" Aku tahu... tapi..." Belum sempat Aiman meneruskan kata, Adham mencelah. "Tapi apa? Time kau kerja dulu part time boleh la aku sabar lagi. Ni kau dua tahun tangguh pelajaran nak sambung degree dengan alasan nak kumpul duit untuk kahwin. Bila dah kumpul duit dengan kerja- kerja yang bagai nak gila kau buat tu, dia pulak mintak tangguh sebab tak puas hidup membujang. Aku rasa something fishy la dengan awek kau tu. Hati- hati bro."
Aiman hanya terdiam. "Aku bukan apa. Aku sayang kau. Kau kawan aku dari sekolah menengah. Kita diploma sama- sama, degree sama- sama. Aku kenal kau yang macam mana. Kau bukan jenis macam ni. Kau ada pendirian kau. Kalau kau kata A, A la jawabnya. Ni tak, kau macam lembu tercucuk hidung ikut je apa perempuan tu nak." Adham sambung membebel panjang. Nasib baik duduk hujung dalam restoran ni dan suara Adham pun tak kuat mana.
"Abang Man nak pinjam duit Im tak?" Offer aku. Aiman memandang aku. "Errrr... tak apa ke...Im?" Tanya dia dengan muka bersalah. "Tak apa.. nanti abang bayar la perlahan- lahan." Kataku. Alaaa apa salahnya, abang Man layan aku baik kot. Aku ni dah la tak ada kawan dari dulu. Selalu je keseorangan. Jadi sugar daddy abang Man pun aku boleh. Hahahahha.
Aiman hanya mengangguk. "Thanks Im. Nanti abang ganti." Senyuman Aiman mula kelihatan.
Adham menggelengkan kepala. " Kenapa kau tak guna je duit yang kau kumpul tu?" Tanya Adham.
"Hari tu adik aku si Hairie tu accident. Nak guna duit so aku gunakan duit simpanan aku tu. Ada lagi sikit tinggal. Tapi aku dah bagi Syafira pinjam. Dia desak aku weh. Serba salah aku dibuatnya. Lagipun berapa banyak je yang aku dah kumpul."
Adham hanya mampu menggelengkan kepala. Aku pula? Rasa kesian dengan Abang Aiman. Jelas- jelas kot Syafira tu hanya mempermainkan dia. Tapi kerana cinta, dia tak nampak semua tu.
************

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Tiga Segi
RomanceDalam liku- liku perjalanan kehidupan di universiti, sudah tentu tidak akan dapat lari daripada kisah percintaan. Macam- macam ragam dalam percintaan ni... contohnya? Kisah satu : Fahim + Aiman + Adham = ??? Apa yang terjadi kepada mereka? Roommate...