35 - Pergaduhan

5.4K 92 6
                                        

     "Abayie!" Panggil Hayqal sewaktu mereka berempat sedang menikmati makan malam bersama. Order pizza delivery je....

    Ayie memandang adiknya itu dan membalas dengan mengangkat kening.

    "Minggu depan hari jadi Qal. Abayie kena belikan Qal hadiah. Jangan lupa...." kata Hayqal.

     "Iyaaaa... nanti Abayie belikan. Qal nak hadiah apa?" Tanya Ayie.

    "Ikut la Abayie nak beli apa.... Qal terima je." Sengih Hayqal ceria.

    "Dengan Ayie je kau mintak?" Tanya Ayim.

    "Sebab Abayie je yang baik. Kalau tanya Abayim, nanti kena marah. Asyik marah je kerja patut la cepat tua. Abang Umar pulak kedekut taik idung masin." Balas Hayqal selamba.

    "Kau taknak sudah.... aku baru nak belikan jugak...." balas Ayim.

     "Alaaaa Abayim pun belikan la Qal hadiah." Pujuk Hayqal.

     "Tau pun...." balas Ayim perlahan. "Tengok la nanti aku nak belikan ke tak. Kalau degil cakap aku, aku taknak belikan." Balas Ayim.

    "Kalau tak beli Qal akan bising seminggu sampai Abayim pekak." Balas Hayqal lagi. Kemudian dia memandang kepada Umar pula yang senyap daripada tadi.

    "Abang Umar pun belikan Qal hadiah." Arah Hayqal.

    "Maleh aku..." balas Umar malas sambil dia menyuap pizza kedalam mulutnya.

    "Mar...." Ayie bersuara. "Adik sorang pun berkira?" Tanya Ayie.

    "Ye la.... nantila aku belikan...." balas Umar mengalah. "Kau Yie manjakan budak ni sangat tengok nanti dia naik kepala." Ayim dan Ayie lahir bulan 12 manakala Umar lahir pada bulan 11 tahun berikutnya yang menyebabkan dia memanggil kau aku sahaja dengan Ayim dan Ayie. Tak sampai setahun katanya.

    "Mana naik kepala... Hayqal ni baik je aku tengok.... kau ni...." balas Ayie. "Lagipun aku sayang adik- adik aku. Tak salah kan...."

    "Ye la.... Ayim pun sama manjakan dia sangat." Balas Umar lagi.

     "Aikkkk nama aku pun naik?" Ayim membalas.

    "Saja...." balas Umar yang menahan senyum. Saja mengusik adik beradiknya.

"Dah la... Qal tak kira, semua kena bagi hadiah kat Qal." Kata Hayqal sekali lagi.

"Ye laaaaa..." balas mereka yang lain serentak.

**********

"Aku takda duit! Kalau kau nak duit, carik la sendiri!" Terdengar suara Ayim menengking di luar bilik Hayqal.

Hayqal tersedar dari tidurnya. Dia segera melihat jam di tepi katil yang sudah jadi kebiasaannya ketika bangun dari tidur. Jam baru menginjak pukul 9 malam. Dia tertidur lepas maghrib tadi.

"Aku cakap aku nak duit, aku nak duit la!!!" Jerkah seseorang melawan kata Ayim.

Hayqal segera bangun dari baringnya dan bergerak mendekati pintu. Dia membuka sedikit pintu biliknya untuk meninjau kawasan ruang tamu. Kelihatan abangnya Ayim sedang bergaduh dengan..... ayahnya. Ayie dan Umar waktu- waktu malam begini pergi kerja.

"Kalau nak bagi kau makan aku boleh bagi, tapi kalau duit untuk kau berjudi memang aku takkan bagi satu sen pun!" Jerkah Ayim kembali.

"Ehhhh aku bapak kau, kau tau tak?!!! Kau cuba balas jasa bapak kau sikit! Dasar anak tak kenang budi!!!" Balas Ayah marah.

"Ohhhhh.... baru sedar la yang kau bapak orang? Kau ada anak? Haaa?!!!! Selama ni bini kau yang besarkan kitorang empat beranak, kau pergi mana?!!! Asyik berjudi, minum arak!!! Itu je la kerja kau! Tah- tah dah menghisap...." balas Ayim.

"Kurang ajar kau kan?!!! Dasar anak sial!!! Kalau tak kerana air mani aku masuk dalam puki mak kau, kau pun tak wujud dalam dunia ni tau?!!! Sekarang ni lagi kau nak melawan cakap aku haaa?!!!!" Tengking ayah kembali.

"Kalau macam tu kenapa mintak duit kat aku?! Pergi mintak duit kat bini kau yang dah masuk dalam kubur tu!!" Balas Ayim lagi. Bukan maksud dia nak berkurang ajar dengan nama arwah ibu tetapi kalau tak cakap kasar macam ni ayahnya takkan faham. Ini sah dadah ni, bukan mabuk arak lagi dah...

"Alaaa kau ni... bagi je la macam biasa?!! dah kenapa sekarang ni pulak kau kedekut dengan aku?! Mentang- mentang la kau baru beli kereta baru...." balas Ayah lagi.

"Bertahun- tahun aku kerja sara adik- adik aku, yang sepatutnya tu kerja kau. Aku siap bagi kau duit lagi takut kau kebulur ingat hidup susah la sangat tapi bodohnya aku baru tahu kau guna untuk judi. Kau ingat aku nak bagi lagi ke?!! Patutlah arwah ibu dulu mintak cerai!" Balas Ayim lagi.

"Mampus dia la nak mintak cerai ke tak. Mak kau tu pun dah mati. Sekarang ni aku cakap aku nak duit, aku nak duit!!! Bagi cepat!!!" Tengking Ayah.

"Kalau tak sebab kau ketuk pintu rumah aku macam nak roboh,memang aku takkan bukak la! Semak kau tau tak semak?! Sekarang ni kau keluar sebelum aku hilang sabar... keluar!!!! Jangan datang sini lagi, aku takkan bagi lagi dah! Dengan arwah ibu dulu kau boleh la pukul dia kalau tak bagi dengan aku jangan harap! Pergi carik kerja sendiri la!" Arah Ayim.

Ayah memandang Ayim dengan perasaan penuh marah. "Tak apa... kau tunggu... kau tunggu...." balas Ayah sebelum dia keluar daripada rumah dengan perasaan marah yang menggunung.

Ayim segera menutup pintu rumah. Kemudian dia menghempas punggungnya pada sofa. Hayqal keluar daripada biliknya.

"Kenapa Abayim tak bagi macam biasa? Nanti takut la ayah buat apa- apa. Bahaya la...." kata Hayqal.

"Dia boleh buat apa je? Aku, Ayie dengan Umar penat- penat belajar silat time sekolah dulu. Kau bagitau aku dia boleh buat apa je?" Balas Ayim yang masih tidak reda kemarahannya.

Hayqal terdiam. Betul kata abangnya. Kalau ibu masih hidup dulu, mereka pada waktu itu masih kecil jadi tak hairanlah masih berasa takut pada waktu itu. Sebab itu ibu seringkali dikunjungi ayah dan diperas ugut untuk diberikan wang. Kalau tak dapat, kena pukul. Sekarang ni ayah tak boleh la buat benda sama sebab mangsanya berbeza dan lebih kuat. Nasib baik dah cerai. Dia tak dapat bayangkan kalau ayah masih tinggal bersama mereka. Tiap hari gaduh agaknya....

Hayqal memandang Ayim yang masih cuba menyurutkan kemarahannya. Sudah mula leka Ayim menonton semula TV. Terima kasih kepada abang- abangnya Ayim, Ayie dan Umar kerana selepas ibu meninggal dunia ketika Ayim dan Ayie masih bersekolah menengah, diorang bertiga masing- masing kerja sambil belajar untuk menyara hidup. Ayim yang pandai masak bekerja di restoran seafood sebagai tukang masak, Ayie menolong rakannya berniaga di kedai burger manakala Umar menolong pakcik jiran berniaga di pasar malam berdekatan yang dibuka pada setiap hari isnin, rabu dan jumaat. pakcik jiran berkenaan hanya suami isteri berniaga kerana anak- anaknya sudah bekerja di tempat lain. Jadi Umar datang membantu. Walaupun tak setiap hari, tiga hari pun boleh tahan masyuk sebab nasi kukus ayam berempah viral!

     Umar masih lagi menolong di pasar malam kerana tidak sambung belajar lagi manakala cuti sem ni Ayie akan bekerja di kedai burger itu kembali kerana senang deal dengan rakannya. Ayim pula tidak lagi bekerja di restoran seafood tu lagi dah sebab dah sambung belajar ni susah nak kerja tetap gitu dekat sini. Dia buat business online sekarang. Senang Hayqal ada tiga orang abang yang rajin untuk menyaranya. Dia nak bekerja jugak tapi abang- abangnya tak kasi. Tak apa la... dia akan belajar bersungguh- sungguh demi abang- abangnya!

"Abayim okay?" Tanya Hayqal kembali setelah membiarkan Ayim reda sedikit.

"Bak air jagung kau. Aku haus la...." pinta Ayim.

"Kordial tu dah habis. Yang ada Qal baru beli haritu kat kedai cik Hanapi, perisa keladi. Nak?" Tanya Hayqal.

Ayim tersengih. "Macam- macam la kau ni.... bagi je mana- mana. Aku minum je."

"Okay! Jap Qal pergi bancuh..."

**********

Cerita Tiga SegiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang