Aku balik dari kelas kuliah 2 jam tadi. Huh letih! Campur 3 jam lab sebelum kuliah lagi penat! Aku buka pintu bilik. Ehh apasal gelap ni padahal siang. Langsir menutupi tingkap bilik. Kedengaran suara tangisan.
"Abang Man?" Panggilku.
Aku membuka lampu. Kelihatan abang Man sedang terbaring lesu di atas katil. Lengan kanannya menutup mata. "Abang okay tak?" Tanyaku.
Abang Man tidak memberi respon. Aku mula risau. Dah kenapa ni? Terus aku keluar dan pergi ke bilik Adham.
Tok! Tok! Tok!
Adham membuka pintu. "Apa pasal?" Tanyanya dengan suara serak- serak basah. Baru bangun dari tidur.
"Abang man tu, dia menangis dalam bilik. Tak tau kenapa." Beritahuku. Mata Adham terus segar. Di segera ke bilik kami untuk melihat Aiman.
"Man, kau okay tak?" Tanya Adham setelah dia masuk kedalam bilik kami.
Aiman membuka matanya. " Am...." suara nya serak bercampur sengau kedengaran.
"Kau okay tak? Kenapa? Cerita dekat aku." Adham terus mendapatkan Aiman dan memeluk Aiman.
"Syaf... dia dah tinggalkan aku." Beritahu Aiman sambil teresak.
"Apa ni? Aku tak paham."
"Syaf mintak putus." Beritahu Aiman lagi sekali.
"Kenapa?" Adham tanya. Kedengaran bunga- bunga kemarahan pada suaranya.
"Dia kata.... aku ni tak layak untuk dia. Dia dah jumpa yang kaya. Aku budak kampung je Am. dia tak nak. Dia kata aku tak ada masa depan. Budak yang dia jumpa tu dah kerja elok. Am aku kecewa Am. Dia hina aku ni sebab aku miskin Am. Apa salah aku dekat dia? Sampai hati dia buat aku macam ni." Rintih Aiman. Dia tahu dia tak sekaya dan sehebat yang Syafira mahukan namun dia telah buktikan yang dia sanggup buat apa sahaja demi Syafira. Takkan Syafira tak nampak semua tu?
Adham menggosok belakang Aiman perlahan- lahan. "Dah dah... tenang... tenang. Dia tak layak untuk kau. Ada yang lebih layak untuk kau. Dah... dah..."
Aiman mengangguk. "Dia memang tak layak untuk aku! Aku je bodoh sebab pergi serah diri dekat betina bodoh macam dia! Bodoh punya perempuan! Sial!" Jerit Aiman.
Aku? Hanya memandang sepi. Ye la apa je yang aku boleh tolong? Tolong diam je la kat sini pun. Malam ni belanja la diorang makan. Duit aku banyak, simpan pun tak ada guna. Baik buat makan,perut kenyang hati senang.
************
"Woi!" Panggil seorang perempuan.
Siapa pulak yang rempit sangat panggil aku macam lembu ni? Ingat aku satu spesis dengan dia ke? Aku menoleh. Kelihatan seorang perempuan yang bermekap tebal menghampiriku. Dengan fesyen baju berenda- renda yang sungguh... hodoh. Sepertinya...
"Kau room mate Aiman kan?" Tanya dia tanpa kata- kata aluan mahupun salam.
Aku mengangguk. "Kenapa?" Tanya aku.
"Aku syafira. Ex dia." Beritahu Syafira. Aku hanya membalas dengan reaksi muka ' ohhh kau ke lembu tu?? No wonder la...'
"Kau nak apa?" Tanyaku. Syafira mendongak dengan bongkak. "Kau bagitahu dia, sebelum berambus dari hidup aku, bagi aku 2000 sebab kereta aku ada problem. Lepas tu kalau nak berambus pun berambus la aku tak heran."
Aku membuat muka. Laa tak malunya la minah ni. Rasa nak tapak! "Dah tu kau pikir aku heran? Aiman heran? Kereta kau pandai- pandai la settle sendiri. Kata ada bf baru kaya? Tak pun buang je kereta bodoh kau tu dekat jamban, flush dengan kau- kau sekali. Sebab selayaknya kat pembentung kumbahan je. Wassalam." Lalu aku terus berpusing untuk berlalu pergi.
"Kau kurang ajar kan?!" Jerkah Syafira.
Aku menoleh memandangnya. "Lagi satu. Jangan jumpa Aiman lagi kalau tak teruk kau aku dengan geng abah aku kongsi gelap kerjakan kau dengan bf baru kau tu. Akhir kata, bimsalabim mampus lhoee anjir~" dan aku berpusing kali dan berlalu pergi meninggalkan Syafira yang mengamuk setempat persis gorilla.
Bapak aku kongsi gelap la sangat. Bapak aku businessman la kejadahnya kongsi gelap?! Lantak la reka je la...
**************
"Abang dah okay dah?" Tanya aku kepada Abang Man.
Abang Man menangguk. "Thanks sebab belanja Abang minggu lepas." Ucapnya. Aku hanya menangguk. "Errr pasal hutang tu..." aku mencelah. "Tak payah bayar."
"Mana boleh. Abang dah hutang. Banyak pulak tu." Abang Man mencapai tanganku lalu dia usap- usap perlahan. " nanti abang bayar ya? Tapi sikit- sikit la. Okay? Abang tengah carik kerja ni."
Aku mengangguk perlahan. "Boleh ke abang kerja dengan belajar lagi?" Tanyaku.
"Boleh kot..." dia tersengih. "Hmmm boleh la kot." Kataku balik. " dah jom makan. Im dah lapar. Jom!"
**************
"Abang Am nak ke cafe jauh tu buat apa? Patut la Abang Man taknak ikut. Isshhh dah terpaksa malam- malam ni berjalan jauh semata- mata nak ke cafe tu. Motor ada taknak guna." Aku membebel kepada Abang Am yang setiap detik dan waktu kalau tak kacau aku tak sah.
"Kau janji nak teman aku kan? Siapa suruh janji." Balasnya pendek. Dan suara mendatar macam biasa.
Kami berjalan berpegangan tangan. Abang Am mencapai dahulu tanganku dan la ni jalan perlahan- lahan pulak. Konon sambil menikmati keindahan bintang dan bulan. Dah tebiat apa dia ni?! Lepas tu alasan takut aku terlepas sebab sekeliling gelap kang aku hilang dia yang susah kena menjawab dekat Abang Man. Makin tak paham aku dengan cerekarama dia ni. Ke aku yang bodoh sangat?
"Kau sayang aku tak?" Tanya Abang Am tiba- tiba. Dia yang dari tadi memandang langit kemudian memandangku dengan pandangan tersirat. Namun aku tidak dapat menangkapnya.
"Ha? Abang sihat tak?" Tanyaku kembali.
"Sihat. Aku tanya ni. Kau sayang aku tak?" Tanya dia lagi.
Ni mesti kes gurau ni. Jawab je la. "Iya abang ku. Adik sayang abang." Balasku.
Adham tergelak nipis. "Aku pun sayang kau." Katanya perlahan namun aku masih dapat menangkapnya.
De hel?!
************

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Tiga Segi
RomanceDalam liku- liku perjalanan kehidupan di universiti, sudah tentu tidak akan dapat lari daripada kisah percintaan. Macam- macam ragam dalam percintaan ni... contohnya? Kisah satu : Fahim + Aiman + Adham = ??? Apa yang terjadi kepada mereka? Roommate...