"Keropok sampai!!!" Kataku yang baru masuk ke dalam kereta dengan membawa satu beg kertas keropok Lekor yang baru digoreng.
"Yeahhhhhhhhh!!!!! Akhirnya!!!!!" Adham bersuara. Dia mengambil satu keropok dari beg kertas yang dipegang olehku.
"Sedap wehhhhh.... lembut je keropok dia. Ikan banyak...." kata Aiman pula.
Adham mula memandu kereta untuk bergerak berjalan- jalan menuju ke jambatan terangkat baru itu.
"Kau ada kena ngorat tak tadi?" Tanya Adham.
"Apa kena ngoratnya... tak hensem la kalau nak tergoda pun.... sundal- sundal Im ni pun tak ada sampai buat target merasa 10 batang sehari la...." balasku.
"Alaaa aku gurau je... 10 ekkk?? Kemain..." balas Adham tergelak kecil.
"Iya laaaa... Nak layan dua pun dah tak terdaya.... tiga tu sebab bonus hehehehehhe...." balasku gatal.
"Ahhhh kau.... jangan sampai kau buat hal belakang kitorang dah, kan Man?" Balas Adham lagi. Aiman mengangguk. "Tiga tu pun abang Man benarkan sebab abang Am kau ni punya pasal."
"Helloooo... jangan risau la. Korang still the best...." balasku lagi, mengambil hati.
"Iya ke?" Tanya Aiman.
"Yesss... Abang Man layan buat Im jatuh hati, Abang Am layan buat Im puas. Cukup la tu kan?" Balasku. "Tah- tah nanti tup- tup korang yang main orang lain belakang Im." Balasku lagi sambil menyuap keropok lekor dalam mulut.
"Abang tak.... abang tak selesa ada orang ramai- ramai dalam hidup. Cukup la abang concentrate kat Im je." Balas Aiman.
"Tahhh kau Im. Punya Introvert abang Aiman kau ni, kau tuduh dia..." balas Adham. "Dia bercakap pun dengan orang yang dia rasa nak bercakap je. Kira untung la tu first day dulu dia nak bercakap dengan kau. Kalau tak sampai akhir sem roommate dia pun belum tentu dia kenal."
"Ahhhh Am, tu lain....." balas Aiman perlahan.
"Ehhh sebab kau dah mula suka dekat budak ni kan???? Tapi time tu kau keliru sebab kau masih ada awek." Balas Adham.
"Iya ke?" Tanya Aiman.
"Ahhh diam la kau. Aku tau la kau macam mana.... bukan senang nak tengok kau selesa dengan orang. Bercakap tu memang la kau bercakap tapi tak ada la semesra macam kau layan Im. Tu yang aku dah start rasa pelik awal- awal lagi...." balas Adham lagi.
Aiman tersengih. "Kau perasan ek?"
"Nak tolong kopek udang la, makan samyang la, cuci bilik la macam- macam. Kau tak rasa pelik ke kalau kau jadi aku dan kau aku tengok kau sendiri macam mana?" Kata Adham lagi.
"Ooooo dari awal la niiii....." usikku pula.
"Tu la... kira kau ni Im ada something yang buatkan orang cepat tertarik tau... sebab tu kau senang orang lekat. Tah susah la nak explain..." balas Adham.
"Tapi Abang Man kira okay la dari sorang lagi tu. Marah- marah kita pulak." Usikku lagi.
"Oooiiiii!!! Aku awkward bongokkk dengan kau mula- mula. Start aku tertarik dengan kau time kau langgar aku kat koridor tu. aku tak tau nak balas apa tu yang tiba- tiba bengkeng tak tentu pasal tu. Tu reaction bodoh aku la sebab nak lawan rasa segan dekat dengan kau dulu." Beritahu Adham.
"Eleehhhh lepastu nak pegang- pegang tangan la apa la. Gatal..." balasku.
"Kalau aku tak mulakan tah tah kau dah terlepas dekat tangan orang lain... itupun nasib baik Aiman yang dapat kau dulu, boleh kawtim..." balas Adham lagi.
"Selamat aku paksa diri ni dengan rela hati terima madu...." balas Aiman pula.
"Alaaaa brooo... kita dua je kut... lekkk...." balas Adham. "Kau pulak terima kitorang sebab apa?"
"Bukan senang nak dapat complete set macam ni. Free gift sorang lagi pulak tu. so?" Balasku berlagak.
"Budak ni berlagak Man.... aku sebat kau balik nanti, kau tunggu...." sengih Adham. "Tak cukup badan tu dah merah- merah lagi nak berlagak..."
Adham memberhentikan kereta di kawasan parkir kereta berdekatan dengan kawasan lapang menghadap jambatan angkat tersebut.
"Dah jom keluar ambik gambar..."
Kami pun keluar daripada kereta dan bergerak menuju ke kawasan berdekatan jambatan itu untuk mengambil gambar. Gambar diambil sambil Adham memegang monopod yang disambungkan pada iPhoneku. Kenangan ni kena ambikkkkk.... boleh buat wallpaper hehehehehhehee....
"Cantik gambar wehhhh..." balas Aiman yang melihat gambar pada telefon di tangan Adham. Aku turut melihat sama.
"Sweet wehhhh, boleh buat wallpaper fon macam ni..." balas Adham.
"Guna filter la pulak...." pintaku.
"Filter apa kau nak?" Tanya Adham.
"Tu yang ada telinga kucing tu, nak cuba? Im ada simpan Hehehehehehehe." Tanyaku tersengih.
"Mengada- ngada la kau ni." Balas Adham namun dia turuti jua.
Kami bergambar lagi. Kelihatan hanya aku yang mendapat telinga kucing tersebut.
"Aikkk tak boleh ramai- ramai ke?" Tanya Aiman.
"Elokk la tu... biar budak kucing ni je dapat. Menyampah pulak aku tengok diri aku sendiri kang...." balas Adham.
Gambar diambil. Kami melihatnya. Adham tersengih. "Takyah dah la guna filter macam ni."
"Alaaaa sebab apa..... best apa guna. Nak main- main je...." rungutku.
"Tak payah laaaaa...." balas Adham kembali.
"Kenapa tak payah?" Tanyaku.
"Comel sangat la. Geram aku...." balas Adham perlahan.
Aiman tersengih. "Aku ingat aku je rasa macam tu. Buat lagi la Am."
"Haihhh korang ni... yelaaaaaa......." balas Adham. "Tapi yang ni takpayah filter kejap..."
Aku mengangguk. Dia nak buat apa?
Adham memberi isyarat kepada Aiman senyap- senyap dibelakang. Aiman tersengih lalu mengangguk. Nasib baik time ni tak ramai orang sangat. "Ni boomerang tau....." kata Adham.
"Okay..." balasku ceria yang berada ditengah- tengah mereka.
Adham menghulurkan monopod ke depan sebelum dia mengira. "Satuuuu.... duaaa.... tigaaa...."
Cupp!!!
Aiman dan Adham mencium pipiku di kanan dan di kiri. Aku tanpa sempat membuat apa- apa gerakan, terbuat muka terkejut dan terkaku di tengah.
"Yeahhhhhhhh!!!!!!!!! Jadi!!!" Balas Adham. Aiman bergerak melihat boomerang tadi.
"Isshhhh muka Im terkejut la... buat lain....." pintaku.
"Okay je abang tengok... comel muka Im terkejut." Balas Aiman tersengih.
"Korang ni nasib tak ramai orang.... karang masalah timbul kang main cium- cium ni" rungutku.
"Ahhhhhh tengok boomerang ni. Macam member- member cium member dia je. Tak nampak apa- apa la, kau jangan risau. Lagipun kita bertiga, kalau berdua baru orang senang syak...." kata Adham.
"Lain la cium mulut...." sengih Aiman. Aku membuat muka. Mengada- ngada betul dua ekor ni...
"Tu kita bergambar dalam kereta Man.... amacam?" Tanya Adham sambil terangkat- angkat kening. "Kereta tinted jangan risau...."
"Cantikkk.... background luar kereta nampak laut, cahaya matahari petang ni cantik je masuk dalam kereta. Jom buat!" Balas Aiman pula.
Ehhhh diorang berdua ni, nak katakan photographer tak pulak.... macam-macam la...
************

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Tiga Segi
RomanceDalam liku- liku perjalanan kehidupan di universiti, sudah tentu tidak akan dapat lari daripada kisah percintaan. Macam- macam ragam dalam percintaan ni... contohnya? Kisah satu : Fahim + Aiman + Adham = ??? Apa yang terjadi kepada mereka? Roommate...