4- permulaan

8.1K 178 13
                                        

           Ok Kuliah pertama! Hari pertama! Permulaan baik! Tapi  boring la pulak. Tak habis- habis pengenalan diri pengenalan itu ini. Aku dah menguap banyak kali ni.

          Drrrruttttt~ drrruuuuttt~

           Iphone XS aku bergetar. Aiman menghantar mesej di dalam group WhatsApp yang terdiri daripada aku, Aiman dan.... Adham. Adham tak ada room mate so Aiman cakap dia kira jadi room mate kita jugak la. Hmmm... apa- apa je la.

          'Im elok- elok belajar. Kalau ada yang datang ngorat cakap dekat abang biar abang wrestling dia 😆' -Abang Man

          Chehhh... merepek meraban lagi orang tua ni. Aku pun ragu- ragu dengan status dia ni. Macam straight tapi... tah lah.

         'Siapa pulak yang nak ngorat Im? Ada- ada je la 😑' balasku.

         'Abang gurau je. Lepas ni jom teman abang dengan Am makan? Kita pergi tempat jauh sikit.' - Abang Man

        Aku ni baru first year. Nak naik apa jauh- jauh tu selain bas yang pihak universiti sediakan.

         'Jauh ke mana? Syurga? Ingat Im ada bela pegasus ke nak pergi jauh- jauh?' -aku

      'Alaaa tumpang motor abang. Am naik motor dia. Jom la *buat muka comel 😝' -Abang Man

      Baru semalam kenal. Harini aku tengok gedik dia melampau. Aku syak dia ni diam- diam ada manjanya ni. Tengok time dia sakit ke apa, comfirm macam budak- budak.

      'KFC jom? Mengidam la...' - aku

      'Uisshh. Abang kena berjimat ni duit cukup- cukup je untuk sebulan. BTW, ngidam sebab apa ek? Abang tak usik pun 😜' - abang Man

       Aku menepuk dahi. Dah mula dah dia... sungguh kalau aku tak kuat untuk kawal diri, semalam lagi aku dah terkam kau.

       'Im belanja korang berdua. BTW jugak... jangan nak merepek tak tentu pasal kalau taknak kena baling dengan mangkuk katak.'- aku

    ' 😆 jumpa nanti. Dah gi belajar! ' - Abang Man

     Chett dia yang kacau aku. Kemudian aku fokuskan kembali kepada bebelan pensyarah di hadapan. Dah sampai mana dah bebelan pensyarah ni? Aduh~

**********

       "Macam mana kelas?" Tanya Aiman dengan prihatin.

       "Ok je. Abang dah kenapa prihatin sangat?" Tanyaku dengan nada gurau.

       "Ehh dia ni orang prihatin dengan dia, dia boleh persoalkan pulak. Dah  cepat naik!" Arah Aiman untuk aku membonceng motorsikalnya. Dia menyerahkan aku helmet yang tiada visor yang dia bawa bersama. Aku cuba memakai. Eh? Apahal macam terbalik je cara aku pakai helmet ni? Macam mana nak pakai ni?

        Aiman memandang aku yang terkial- kial memakai helmet. " Pakai tu pun tak reti ke? Meh sini aku pakaikan." Aiman mencapai helmet tersebut dan menolong aku menyarungkan helmet berkenaan. Aduhh kenapa rasa lain macam ni. Isshhh segan aku!

        Aku hanya memandang Aiman yang memakaikan aku helmet tanpa lepas. Kenapa dia baik giler dengan aku ni?

        "Dah puas pandang muka aku?" Tanya Aiman tiba- tiba seterusnya mematikan lamunanku.

        Aduhhh malu! Aku terus tunduk memandang tanah. Tak sanggup pandang dia!

         "Dah cepat naik!" Arah Aiman. Lalu aku membonceng di belakangnya. " aku bawak agak laju. Peluk aku kalau tak nak jatuh." Beritahunya.

         Lalu dia mula menggerakkan motorsikalnya. Cepat- cepat aku memeluknya erat kerana tadi aku seperti terkebelakang. Aduhh dah dia bagi peluk je la!! Sedapnya badan dia!

************

       [Pada waktu malam yang hening] ~

        "Im... esok abang pergi buat assignment tau. Balik lusa pagi. Kau okay kan tidur sorang?" Tanya Aiman.

        "Aikk cepatnya dapat assignment?" Tanyaku kembali.

        "Pensyarah abang tu dia mengajar jugak sem lepas. Ni kira kesinambungan la ni. Dia dah bagitahu awal- awal sem lepas so kitorang dah prepare untuk sem ni sebab banyak benda katanya nak catch up. Abang tanya kau ni okay tak tidur sorang?" Tanyanya kembali.

       Aku mengangguk. "Okay je la. Im masa matriks pun tinggal bilik sorang." Beritahuku.

       "Good." Balas Aiman pendek. "Cuma...." aku berjeda.

        "Cuma apa?" Tanya Aiman ingin tahu.

       "Kalau hujan guruh- guruh Im... takut... sikit... sikit je.. hehehehhee" aku tersengih. Entah kenapa aku takut bunyi guruh dan lagi satu bunyi siren ambulans atau bomba atau polis. Dah nak takut kan nak buat macam mana lagi? Redha.

       "Macam- macam la kau. Ni dah lama tak hujan. Esok tak hujan jugak tu. Takyah risau."

       Aku mengangguk tanda faham.

         "Dah jom tidur. Tutup lampu tu. Meh sini abang nak peluk kau. Aku time tidur kena peluk something. Aku tertinggal pulak bantal peluk aku. Kau la ganti. Cepat meh!"

           Aku mengerutkan dahiku. "Kalau tak peluk tak boleh ke?" Tanyaku.

          "Tak. Dah cepat tidur. Meh!" Arah Aiman kerana dia kelihatan sudah mengantuk. Dah la tak pakai baju issshhh mengundang betul la.

          Aku hanya mampu menyembunyikan senyumku. Alangkah indah hari- hariku tidur dalam keadaan begini. Aduhaii~~

**********

        Aku bersembunyi di bawah selimutku dalam keadaan takut. Abang Aiman kata tak hujan. Ni haaa pakej siap dengan guruh pulak tu! Hujan lebat lagi tu. Aku takut!

       Drrreeett~ drrrreeettt~

        Aku segera melihat telefonku yang bergetar.

        'Im okay tak? Kat sini hujan dan aku rasa kat sana pun hujan lebat macam kat sini' - Abang Man

       'Im takut. Abang tipu kata tak hujan.' - aku

       'Alaaa nak hujan mana abang tahu. @Adham ni temankan Im tidur. Kesian dia.' - Abang Man.

      Alamakk! Apa abang Man ni suruh dia teman pulak?! Sekarang ni ketakutan terhadap guruh dah jatuh nombor dua tahu?!

       'Okay.' - abang Adham

        Dia okay pulak tu. Lepastu bila dah depan mata aku, habis aku kena kutuk macam- macam. Huh!

          Tok! Tok! Tok!

         Hampir menjerit aku kerana terkejut dengan ketukan pintu berkenaan. "Masuk." Kataku. Adham membuka pintu.

        "Kau nak aku teman kau tak?" Tanya Adham.

        "Abang Am nak ke teman Im?" Tanyaku kembali.

       "Aku boleh je. Lagipun kang aku kena marah dengan Man kalau tak teman kau kang." Balasnya. Lalu dia bergerak menuju kearahku yang berada di atas katil.

       "Dah tidur. Aku ada." Katanya pendek.

       Cheettt dia ingat kehadiran dia tu dapat menghilangkan takut aku? Sekarang ni muncul ketakutan baru iaitu dia! Dua kali ganda takut tahu tak?! Alaaa sebenarnya aku acah je takut dia. Aku tak ada la takut mana dengan dia cuma takut mulut dia tu je.

     Greeruuuhhhh!!!

        Guruh kuat memeranjatkan aku. Segera aku terus memeluk Adham yang sudahpun baring. Lantak dia la nak kata apa. Namun Adham terus memelukku. Mungkin dia tahu aku memang betul- betul ketakutan.

        "Dah tidur. Aku ada ni." Katanya lagi.

        Aku pun cuba melelapkan mata. Dan akhirnya tidur dengan lena dalam dakapan Adham.

************

Cerita Tiga SegiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang