31 - Professor

6.7K 87 2
                                        

   "Yang belakang tu kenapa tidur?!!" Marah Professor Khalid setelah dia melihat ada pelajarnya tidur di dalam kelas kuliah. Lelaki yang berusia lingkungan 50-an dan boroi itu mengukirkan muka yang sangat bengis.

   Zikri yang terlelap segera terbangun daripada tidurnya. Dia memandang professor Khalid yang kelihatan marah mencerun tajam memandang dirinya.

  "Kalau nak tidur, pergi tidur kat luar! Faham?!!" Marah Professor Khalid lagi.

  Zikri mengangguk perlahan.

  Kemudian Professor Khalid kembali semula mengajar dan fokus kepada slidenya yang terpancar melalui projektor.

  Zikri mengeluh perlahan. Macam mana la boleh tertidur... isshhhhh habis la aku kali ni....

  Setelah sejam berlalu, kelas pun sudah sampai ke penghujungnya.

   "Okay, class.... saya nak siapa yang tak hantar lagi assignment tu, hantar cepat. Saya taknak dengar alasan nanti. Okay, boleh bersurai." Kata Professor Khalid. "Zikri..." panggil Professor Khalid.

    Zikri memandang kearah Professor Khalid.

   "Jumpa dekat bilik saya sekarang. Ada benda yang saya nak cakap dengan awak." Balas Professor Khalid sebelum dia mula berjalan keluar daripada dewan kuliah.

   Zikri hanya membalas dengan mengangguk sebelum dia mengeluh perlahan. Terasa seseorang menepuk bahunya. "Kau okay tak?" Tanya kawan Zikri di sebelahnya.

   "Ahhh kau la ni, kenapa biarkan aku tertidur?" Rungut Zikri.

   "Mana aku perasan... aku sibuk borak dengan Shidee. Aku pun terkejut mula- mula time dia marah tu, ingat dia nak marah kitorang berborak..." balas kawan Zikri.

   "Aduhhh agaknya apa la yang dia nak cakap dengan aku ek?" Tanya Zikri lagi.

   "Alaaaa kau rilek je... kau tidur je kut, takkan la dia sampai nak buang kau dari Uni...." balas Kawan Zikri lagi. "Dah la weh... aku gerak dulu. Pape roger...."

    Zikri hanya mengangguk. Kemudian dia mengemaskan barangnya dan memasukkan ke dalam beg sebelum dia beredar menuju ke motornya.

********

    Tok! Tok! Tok!

    "Masuk...." balas Professor Khalid dari dalam.

   Zikri membuka pintu. Hawa dingin daripada aircond terasa disitu. Kelihatan Professor Khalid sedang menaip sesuatu di komputernya. Keadaan di dalam bilik itu sunyi seperti di luar koridor ini kerana bilik professor Khalid berada di hujung koridor dan agak tersorok.

   "Duduk." Balas Professor Khalid pendek.

   Zikri duduk di kerusi yang disediakan. "Ada apa Prof. nak jumpa saya?" Tanya Zikri berhati- hati.

   Professor Khalid meletakkan cermin matanya dan kemudian memandang Zikri. Dia mengukirkan senyuman nipis kepada Zikri.

  "Kamu tahu tak assignment minggu lepas kamu tak hantar lagi? Assignment tu markah paling banyak tau...." tanya Professor Khalid lembut. Berbeza dengan kebengisannya sewaktu di kelas tadi.

   "Ehhh? Assignment tu saya dah hantar Prof." Balas Zikri. Namun, dia berasa sedikit lega kerana nada prof bertanyakan soalan tidak menakutkan. Pelik.... selalunya Prof ni terkenal dengan kebengisannya.... baru lepas telan ubat darah tinggi ke?

   "Dah hantar? Tapi saya tak terima apa- apa pun dari kamu?" Tanya Professor Khalid.

   Zikri terkelu kata. Betul memang dia dah hantar. Macam mana boleh Prof. tak dapat pulak ni? Aduhhhhhhh buat hal laaa..... nak balas apa ni?

  "Hmmm tak apa la... kamu jangan risau. Saya bagi kamu masa untuk kamu siapkan dan hantar nanti. Jangan bagitahu orang lain, saya bagi chance ni dekat kamu je." Balas Professor Khalid.

   Tanpa sedar Zikri menarik nafas lega. "Terima kasih Prof....."

   "Lagi satu, keputusan test kamu dua minggu lepas amat menyedihkan sedikit. Kamu punya markah paling teruk." Beritahu Professor Khalid lagi.

   Zikri mengangguk lambat. Aihhhhh lagi satu halll......

   "Saya tahu kamu seorang pelajar yang pintar. Keputusan quiz dan test satu pun kamu antara yang tertinggi. Tapi test dua haritu kamu punya markah sebaliknya...." kata Professor Khalid lagi. "Jadi saya nak bagi kamu peluang untuk ambil balik test."

   "Ehhhh... serius ni Prof???" Tanya Zikri tak percaya. Dah kenapa Prof baik sangat ni?

   Professor Khalid mengangguk. "Iyaaa... jangan bagitahu orang lain. Saya bagi peluang ni dekat kamu je. Saya kesian dekat kamu dan saya bukan saja- saja bagi peluang ni. Jangan kamu sia- siakan, okay?"

   Zikri mengangguk. "Terima kasih Prof."

  "Okay itu sahaja. Esok kamu ambil balik test tu dekat sini. Kamu free bila esok?" Tanya Professor Khalid.

  "Saya esok full sampai pukul lima ada kelas." Beritahu Zikri.

  "Kalau malam kamu boleh datang sini? Sekejap je test tu..." tanya Professor Khalid lagi.

  Zikri berfikir- fikir dan kemudian dia akhirnya mengangguk. "Boleh Prof. Lepas maghrib?" Malam pun malam la janji lepas subjek ni. Subjek ni susah kot, senior kata dapat C+ pun bersyukur sangat- sangat! Test 2 tu 20% tau! Habis pointer nanti... macam mana nak dapat first class pun kalau assignment pun tiba- tiba dah hantar dikata tak hantar? Isshhhhh.... dah la kredit subjek ni banyak....

  Professor Khalid mengangguk. "Okay. Lepas maghrib terus datang sini... tapi tak payah rushing sangat. Lepas balik pukul 5 tu kamu rehat- rehat dulu, mandi apa semua lepas tu baru datang sini. Okay?"

  Zikri mengangguk.

  "Tak payah baju berkolar bagai, kamu datang sini seluar jeans dengan t shirt pun tak apa. Santai- santai je. Dengan saya je pun...." pesan Professor Khalid lagi.

  "Okay Prof." Balas Zikri pendek.

  Professor Khalid tersenyum. Bergerak misai lebatnya itu mengikut ukiran senyuman. "Dah, kamu boleh balik. Esok jangan lupa datang."

**********

Cerita Tiga SegiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang