"Abang Man dengan abang Am nak bawak Im pergi mana ni?" Tanya aku pelik. Suruh aku pack- pack baju segala tapi tak bagitau nak pergi mana.
"Cuti pertengahan sem pergi jalan- jalan la kau ni pun." Balas Adham yang duduk di sebelah Aiman yang sedang memandu keretaku.
"Eeeee tak reti balik rumah ke?" Balasku lagi. Takkan tak rindu keluarga?
"Alaaaaa kau ni. Rindu tu memang la rindu. Tapi seminggu ni je peluang nak kita jalan sama- sama pergi mana- mana. Dah benci nak jalan- jalan dengan kitorang ke?" Balas Adham lagi.
"Eihhhhh kesitu pulak. Manada Im benci la, cuma pelik. Orang lain semua balik, korang berdua je tak." Balasku lagi.
"Alaaa nanti cuti sem 3 bulan tu balik la. Lagipun biasa la kita lelaki pertengahan sem tu tak balik rumah, keluar pergi mana- mana dengan kawan- kawan. Kau tu kenapa tak balik? Tanya orang pulak..." Tanya Adham.
"Papa asyik kat London, nak balik buat apa? Dok sorang- sorang dekat rumah tu? Baik duduk je kat kolej. Makan kat cafeteria pun still orang ramai tak ada la sunyi sangat." Balas aku lagi. Ya, dugaan menjadi anak orang kaya, masa bersama tak kaya mana.
"Haaaaa tu Aiman dah bagitau aku. Sebab tu kitorang rancang bawak kau pergi jalan- jalan. Dah senyap la budak, memekak je." Balas Adham.
Aku membuat muka. Dia yang mengusung kita kehulu kehilir tak bagitahu, kita tanya dia marah pulak.
********
"Rumah siapa ni?" Tanyaku setelah melihat Aiman memberhentikan kereta di halaman sebuah rumah kayu. Oh btw, kitorang dekat Terengganu. BEST!
"Kitorang kumpul duit book homestay. Ye la selama ni kau yang belanja kitorang, sekarang ni kitorang la pulak. Tapi homestay je la, tak mampu hotel sebab hotel sekarang pun penuh, budak- budak cuti sekolah. Dah hujung tahun kan...." balas Aiman sambil dia berpaling ke belakang memandangku sambil tersenyum.
"Oooooo... gitu..." balasku pendek.
Aiman tersengih dan mencubit pipiku lembut. "Dah jom turun." Balasnya lagi.
Kami pun turun daripada kereta. Adham yang sudah turun dari tadi memandang ke belakang, melihat kami yang baru turun dari kereta menghampirinya.
"Ada orang tak?" Tanya Aiman.
"Tak ada yang berjawab pun." Balas Adham.
Kedengaran bunyi motor mendekati. Kami berpaling. Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an membawa motornya menghampiri kami.
"Haaaa... korang yang sewa homestay rumah aku tu kan?" Tanya lelaki itu sambil dia menuruni motornya yang sudah dimatikan.
"Aah bang..." balas Aiman yang kemudian menghampiri lelaki itu untuk bersalaman diikuti Adham dan aku.
"Maaf la abang lambat balik. Ada kerja sikit dekat jeti tadi. Korang dah lama sampai ke?" Tanya lelaki itu lagi.
"Ehhh kami pun baru sampai bang. Tak lama mana pun." Balas Adham pula.
"Haaaa... lupa pulak nak kenalkan diri. Nama abang Azam. Korang panggil je aku Ajam. Korang ni nak duduk sekali dalam rumah aku, siapa namanya? Mana asalnya." Tanya Azam.
"Saya Adham, ni Aiman, yang itu Fahim. Kitorang student bang, datang sini nak bercuti. Maklumla cuti sem." Balas Adham.
"Laaaa student. Ehhh, jom la masuk. Angkut sekali barang- barang korang tu. aku tunjuk bilik." Balas Azam.
***********
Tok! Tok! Tok!
Aku, Aiman dan Adham yang pada malam itu sedang duduk di dalam bilik memandang kearah pintu yang diketuk. Bilik ini mempunyai 1 katil saiz Queen dan 1 katil bujang. Rumah kayu pun ada aircond tau. selesa...
"Im, pi bukak." Balas Adham yang sedang bermain game dengan Aiman. Aku yang tak main game macam diorang, yang hanya main game Simcity, the sims mobile, adorable home dengan sudoku ni la yang kena bukak pintu jawabnya. Btw, tadi dah agak lewat petang sampai so esok je kami mulakan perjalanan merantau satu bandar.
Akupun bangun dan membuka pintu. Kelihatan abang Azam tersenyum di hadapan pintu.
"Haaaaaa.... korang dah makan?" Tanya Azam.
Aku menggelengkan kepala. "Kitorang kejap lagi baru nak keluar cari makan." Balasku.
"Jumpa ke kang kedainya?" Balas Azam. "Tak apa la. Aku ada masak tu, jom makan sekali. Ajak kawan- kawan kamu tu sekali turun dapur, ya?" Balas Azam sebelum dia berpaling untuk turun ke dapur semula, tanpa sempat untuk aku menolak tawarannya. Biasala segan nak terima.
"Abang Man, abang Am, jom turun. Makan."panggilku.
"Haaaa jap... kitorang settlekan sikit lagi benda ni." Balas Adham.
Aku membuat muka. Telan je la telefon tu.
"Aduhhhhhhhh kalah la Man!!!" Rungut Adham.
"Hmmmmm.... penat la aku main gini. Dah la jom turun." Balas Aiman dengan nada kecewa.
*********
"Abang sorang je ke duduk rumah ni?" Tanya Adham ketika kami sedang menikmati makan malam yang dimasak Abang Ajam. Sedap wooo nasi goreng seafood dia!!
"Aah. Sorang je duduk rumah ni. Orang tua dah meninggal, abang dah bercerai dengan isteri. Jadi anak- anak semua tinggal dengan isteri dekat Kuantan sana. Kalau abang rindu, balik la ke sana jenguk." Balas Azam.
"Oh..." balas kami bertiga.
"Sebab tu abang boleh buat homestay ni. Sebab selalunya hotel- hotel dekat sini selalu penuh time hujung tahun ni. Tapi abang selalu hadkan kepada lelaki dan bujang la. Macam korang jugak, berjalan dengan kawan- kawan. Harap korang selesa la." Balas Azam lagi.
"Selesa bang, jangan risau. Murah pun murah, selesa pun selesa siap ada aircond lagi." Balas Aiman tersengih.
"Korang ni cakap tadi cuti sem, budak uni la ya?" Tanya Azam.
"Aah. Student degree bang." Balas Adham.
"Sebaya ke semua? Yang kamu ni macam... budak sekolah lagi je abang tengok." Balas Azam sambil memandangku.
"Tak bang... saya 19, diorang 26. Memang saya nampak muda lagi. Hehehehehehe." Beritahuku sambil tersengih.
"Aaaaaa... muka comel- comel gini abang ingat sekolah lagi je. Muda lagi 19, abang yang dah masuk 40 ni kamu silap- silap boleh panggil abang pakcik." Azam berseloroh.
"Pakcik apanya bang... tengok badan elok je lagi fit. Tah tah lagi fit dari saya pakcik apanya. Tengok muka abang pun nampak awal 30-an je. Awet muda la katakan..." balas Adham.
"Pandai la kau...." Balas Azam.
"Betul tu bang. Sebab selalunya umur- umur abang ni perut dah kedepan dah. Ni tengok badan masih cantik." Balas Aiman pula.
Azam tergelak. "Aku kerja kampung kan, duda pulak tu. sebab tu la kot badan kekal bujang." Balas Azam. "Dah cepat habiskan makan, nanti boleh kita sambung borak kat atas." Balas Azam.
*********

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Tiga Segi
RomanceDalam liku- liku perjalanan kehidupan di universiti, sudah tentu tidak akan dapat lari daripada kisah percintaan. Macam- macam ragam dalam percintaan ni... contohnya? Kisah satu : Fahim + Aiman + Adham = ??? Apa yang terjadi kepada mereka? Roommate...