"So macam tu cerita kau pecah dara?" Tanya Idham.
Aku hanya mengangguk. Dah penat dok bercakap. Penat tadi pun tak hilang lagi.
"Nais jugak cerita kau ni." Balas Idham pendek.
Kemudian Aiman bangun dari baringnya. "Jap tunggu abang mandi lepas tu Im layan abang pulak okay? Kejap je abang janji."
"Kejap apa. Romen- romen pun dah dekat setengah jam. Kejap la sangat? Ni lagi satu. Kang lepas menala budak, kau peluh balik. Apa buat kerja dua kali. Baik kau mandi lepas ni." Tegur Idham.
Aiman mengangguk sambil tersengih. "Yelah. Yelah. Aku nak mulakan la ni. Hehehehe."
***********
"Okay tanpa membuang masa, sebab saya pun tak ada bagi minggu- minggu sebelum ni kan. Ada hal. So kita dah terlepas banyak kelas. Jadi sekarang, bahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil. Satu kumpulan, 6 orang. Lepas tu bagi nama pada saya." Kata pensyarah bagi subjek Hubungan Etnik, Prof. Dr. Ahmad Fattah Hj. Ameen.
"Wehh... kita dua orang je baru. Mana nak cekau lagi empat?" Tanya rakan sekelas, se-kos, sefakulti (hanya bukan se-kolej, se-blok dan se-bilik je) denganku, Nubhan.
"Entah. Kita masuk group lain mana yang tak cukup je lah." Balasku. Inilah akibat bila kami berdua je terpisah dengan budak kelas lain untuk subjek ni. Urrghhh! Seksa nak cari group, nak berkomunikasi lagi. Yang lain semua budak fakulti lain, kos lain. Nasib baik la Nubhan yang sama masuk dengan aku dalam kumpulan ni untuk subjek ni. Sebab baru first year kan, mana la nak rapat lagi dengan budak kelas lain. Si Nubhan ni je la yang aku rapat sewaktu baru masuk dekat sini. Setakat ni, hanya dia yang aku rapat untuk rakan sekelas.
"Eiisshhh kalau group tu dah cukup 5 org lepastu nak sorang je. Karang kita terpisah lagi naya wehh..." balas Nubhan lagi.
"Dah gerak belum ni? Tengok semua duduk je lagi. Cepat- cepat buat group." Prof. Dr. Ahmad Fattah Hj. Ameen bersuara kembali..
Tiba- tiba seseorang menegur di bahuku dari belakang dengan pen. Aku berpusing. Kelihatan ada tiga orang perempuan duduk di belakang kami.
"Korang dah ada group?" Tanya salah seorang daripada mereka, yang menegurku tadi.
Kami menggelengkan kepala.
"Jom la masuk group kami." Pelawa mereka.
"Boleh je." Balasku.
"Okay. Settle. Sekarang ni tinggal nak cari lagi sorang." Kata perempuan itu lagi. "By the way nama aku Amelia. Just panggil aku Amy."
"Aku Farah." Rakan di sebelahnya pula memperkenalkan diri. " Yang ni Shamimi. Korang panggil dia Mimi." Farah memperkenalkan Mimi.
"Hai!" Mimi membalas dengan ceria.
"Hai." Balas kami berdua.
"Nama korang?" Tanya Amy.
"Errr... nama aku Fahim. Panggil Im je." Aku memperkenalkan diri. "Yang ni Nubhan. Panggil Noob atau Han." Aku memperkenalkan Nubhan. Nubhan segera menarik kolar baju belakangku, kebelakang. Kepalaku tertarik kebelakang dan aku terjerit kecil. Mereka ketawa. "Panggil Han je. Jangan layan beruk ni." Nubhan bersuara sambil tersengih.
"Korang ada kosong lagi tak?" Tiba- tiba terdengar suara garau mendatar dari belakang Nubhan. Kami semua menoleh kearahnya. "Aku nak join group korang boleh?" Tanya lelaki berkaca mata, bermuka tenang itu. Lelaki yang mempunyai raut wajah yang tenang tipikal budak- budak 'baik' namun kacak.
"Ehhh boleh- boleh! Kami pun tengah cari lagi sorang ni." Pelawa Amy yang dari tadi nampak peramah.
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia duduk di sebelah Nubhan.
"Nama siapa?" Tanya Amy. "Zikri. Panggil Iky." Balas lelaki itu pendek sambil tersenyum nipis. "Student fakulti mana? tahun berapa?" Tanya Amy lagi. "Student Physical Education. Tahun akhir." Beritahu Zikri pendek.
"Ohhhh kira senior la ni! So kami panggil abang Iky boleh?" Tanya Amy. Zikri hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
"Korang tahun berapa?" Farah bersuara. "Kitorang First year baru." Beritahu Nubhan mewakiliku. "Laaaa... sama la dengan kitorang. First year jugak." Kata Farah.
"Nah tulis nama korang. Nak pergi hantar dekat prof kejap lagi." Mimi yang diam dari tadi sebab menulis nama memberi kertas kepada kami. Setelah masing- masing sudah menulis nama, Nubhan bangun untuk dihantarkan ke hadapan.
"Okay! Semua dah ada ahli kumpulan. Biar saya brief cepat je la untuk projek yang kamu kena buat iaitu projek kerja luar di mana kamu kena melibatkan diri dalam gerakan sukarelawan atau kerja amal dalam kumpulan masing- masing. Kamu kena buat kertas kerja dan serahkan kepada saya. Oleh kerana kita dah agak ketinggalan, memang masing- masing kena rush jugak la dan hantar kertas kerja sebelum minggu 7. Kertas kerja yang saya dah semak kamu boleh proceed untuk jalankan aktiviti tersebut dan kena buat video berdurasi kurang 10 minit aktiviti yang kamu jalankan. Siap cepat buat cepat, langsai cepat la kiranya. Dah boleh mula dari sekarang la kamu contact NGO- NGO ke untuk join mereka atau kamu sendiri pergi mana- mana pusat kebajikan misalnya untuk meminta kebenaran buat kerja amal disitu. Saya akan edarkan borang- borang atau dokumen penting yang kamu mungkin perlukan. Apa- apa hal boleh jumpa saya di pejabat saya. Okay, kita mulakan kuliah kita, nanti sambung lagi cakap pasal tu....." terang Prof. Dr. Ahmad Fattah Hj. Ameen panjang lebar.
"Ehh kita nak buat apa untuk projek ni?" Tanya Amy dengan suara perlahan.
Aku dan Nubhan menoleh kebelakang. Zikri hanya memandang sipi namun telinganya tetap dipasang, mendengar perbualan kami. "Tak tahu la. Clueless jugakla sebab tak biasa buat kan." Kataku sambil mengangkat bahu.
"Pasal ni korang jangan risau. Aku uruskan." Tiba- tiba Zikri bersuara perlahan.
"Wahhh terbaiklah Bang Iky! Kita nanti buat apa?" Tanya Farah pula. Mimi yang senyap hanya mendengar. "Korang okay kalau kita gerak Port Dickson time weekend, tidur sehari dua ke dekat sana?" Tanya Zikri. "Boleh je bang." Balas Amy. Farah dan Mimi hanya mengangguk berulang kali. Aku dan Nubhan turut mengangguk. "Okay la kalau gitu. Kita pergi buat kerja amal dekat kampung abang dekat sana. Abang abang ada bukak chalet tepi pantai dekat sana so dah save budget penginapan." Beritahu Zikri.
"On je!" Kata mereka dengan suara terkawal. Prof. sedang mengajar. "Tapi nak naik apa pergi sana?" Tanya Amy. "Im ada kereta. Rasanya muat untuk kita semua." Beritahuku. "Ok beres! Kalau nak minta tolong apa- apa untuk urusan, nanti bagitahu je kami tau abang Iky!" Kata Amy lagi.
************
ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Tiga Segi
DragosteDalam liku- liku perjalanan kehidupan di universiti, sudah tentu tidak akan dapat lari daripada kisah percintaan. Macam- macam ragam dalam percintaan ni... contohnya? Kisah satu : Fahim + Aiman + Adham = ??? Apa yang terjadi kepada mereka? Roommate...
