3- samyang

10.6K 182 6
                                        

Malam itu ~

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Malam itu ~

"Bang saya dah masakkan air ni. Jom mulakan challenge kita!" Kataku riang. Aiman memandangku dengan dahi berkerut. "Heii kau budak macam tak ada kerja lain. Ni kau panggil kan skali Am la join kita makan. Boleh dia habiskan aku punya kalau aku x habis makan. Boleh?" Tanya Aiman.

"Am?" Tanyaku meminta kepastian. Alamakk kenapa cadangkan dia makan sekali pulak?! "Kenapa? Tak abang tak paksa, cuma bagi cadangan je. Apa salahnya. Kalau tak boleh pun takpe."

"Ehh boleh je bang. Saya ok je." Ye la kata tak kang di cop sombong pulak. Nak buat macam mana~ "haa kalau gitu pergi panggil dia. Abang sediakan jap maggi kau tu." Kemudian Aiman bangun dan menuju ke meja belajarku iaitu tempat aku meletakkan samyang yang telah aku beli. Aku pun bangun (dengan sedikit perasaan takut) dan pergi memanggil Adham.

Tok! Tok! Tok!

Adham membuka pintunya. "Ada apa?" Tanyanya dingin. "Abang Man suruh panggil join dia makan ramen." Beritahuku. Cettt bukan aku ke yang ajak abang Man? Adham mengangkatkan sebelah keningnya. "Man ajak? Bukan dia tak makan pedas ke?" Tanya Adham. Aduhh lupa dia kawan Aiman. Comfirm la dia tahu abang Man tak makan pedas. "Errr sebenarnya saya yang ajak" beritahuku perkara sebenar.

"Tebiat apa kau ajak dia buat benda pelik malam- malam ni? Tak de keje?" Isshh dia ni kenapa macam tak puas hati je ek dengan aku? Aku ada buat salah apa- apa ke?

Aku hanya berdiam diri. Nak jawab apa? Aku tak tahu nak jawab apa! "Banyak ke kau beli sampai pelawa aku?" Tanya Adham lagi. Aku mengangguk perlahan. "Saya beli sebungkus besar tu." Beritahuku.

"Banyak duit kau?" Tanya dia lagi. Ishhh banyak tanya la dia ni! Dah la garang! "Ayah saya bagi allowance setiap minggu. Ayah kata beli je apa- apa yang saya nak. Saya ikut je." Ayah memasukkan RM300 kedalam bank ku setiap minggu sejak zaman sekolah menengah. Baikkan ayah kite? Ye la aku ni anak tunggal so memang tak kemana duit dia pun kalau tak ke aku. Dalam akaun aku pun dia masukkan siap siap berpuluh ribu kalau ada emergency case kalau aku nak guna sebab dia tahu aku ni jenis penjimat!

"Dah la jom pergi makan ramen kau tu."

***********

"Im! Abang dah rendam mee ni dalam air panas. Tunggu dia lembut jap." Kata Aiman sebaik sahaja aku dan Adham masuk ke bilik.

"Kau demam apa tetiba sanggup makan pedas demi budak ni?" Tanya Adham terus terang. Haih dia ni kalau benci dengan aku pun walaupun aku sendiri tak tau apa sebab dia, janganla tunjuk depan aku sangat. Aku siku kang!

"Alaaa aku selalu dengar orang makan. Lagipun classmates kita asyik ajak je kan tapi aku tolak. Tetiba rasa nak makan benda ni. Nak tau jugak rasa dia macam mana. Orang cakap sedap. Ni dah ada peluang ni aku on je! Lagipun time diorang ajak kita hari tu, aku takde duit nak beli benda ni. Mahal! Ni budak ni belanja, aku pun join je la." Beritahu Aiman panjang lebar.

Cerita Tiga SegiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang