Bab 3 : Rumah Misteri

448 23 0
                                    

Kelihatan Pearl, Berahim dan Ali sedang mendaki curam.

“Hari semakin gelap ni. Baik kita cari tempat untuk berlindung daripada haiwan buas,” cadang Pearl.

“Kak, sana tu ada rumah. Mesti ada orang dalam rumah tu sebab ada asap keluar tu,” lapor Ali.

“Jom kita ke sana,” lalu mereka ke rumah tersebut.

“Maafkan kami. Ada orang tak? Kami datang nak tumpang semalaman.” kata Pearl apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu.

“Tak ada orang ke?” pelik Berahim.

Mereka berjalan ke tingkat dua menggunakan tangga lalu masuk ke dalam sebuah bilik. Terdapat tiga buah katil di dalam bilik tersebut.

“Ada katillah..bestnya,” Ali terus baring atas katil yang berada paling dekat dengan pintu.

“Ali, tak baik kita baring tanpa kebenaran,” tegur Pearl.

“Tapi, abang Berahim tu boleh pula baring,” tunding Ali pada Berahim yang sudah tertidur di atas katil di sebelah tingkap.

“Aduh mereka ni,” pening Pearl.

Akhirnya, mereka bertiga tertidur atas katil yang dijarakkan dengan sebuah laci meja.

“Lepaskan dia! Kalau tak, aku bunuh kau” kelihatan satu makhluk besar berwarna hitam sedang menggenggam Pearl sambil ketawa.

“Apa dah berlaku ni?” bisik Pearl dalam hatinya.

“Kau yang kecil tu nak bunuh aku? Rasakan ni!” makhluk itu terus menolak lelaki itu sehingga terpelanting.

“Selamatkan diri kamu tu, Charlie! Kamu tu hanya jiran dan kawan sepermainan sahaja! Jangan hiraukan saya!” jerit Pearl, secara tiba-tiba.

“Macam mana saya kenal lelaki tu?” makin pelik Pearl.

Charlie berusaha untuk bangun sambil berkata, “Ye. Memang saya hanya jiran dan rakan sepermainan. Takkan saya nak bantu jiran pun tidak boleh? Hiakk!” lantas Charlie menerpa makhluk itu dan mengebom tangan makhluk itu sehingga tangan itu hilang menjadi asap.

Pearl terlepas daripada genggaman makhluk itu.

“Tak guna!” makhluk itu terus menelan Charlie.

“Tidak!!” tiba-tiba perut makhluk itu bercahaya lalu meletup.

Pearl terus terjaga dan terduduk. Peluh membasahi dahinya lalu dilapnya.

“Em? Bau apa ni?” Pearl terhidu sesuatu lalu dia menuruni tangga.

“Hari dah senja?” baru sedar Pearl apabila melihat pemandangan di luar tingkap ketika menuruni tangga.

Dia menuju ke dapur.

“Oh? Cik dah bangun? Saya ingatkan hendak mengejutkan cik dan yang lain selepas saya selesai memasak.” kelihatan seorang perempuan tua sedang menyediakan makanan di atas meja makan.

“Maafkan kami sebab masuk tanpa kebenaran. Malah, kami guna katil makcik,” rasa bersalah Pearl.

“Tidak mengapa. Lagipun, sudah lama saya tidak  ada tetamu. Saya seronok apabila ada tetamu sudi bertandang di sini. Taklah sunyi sangat saya,” kata perempuan itu.

Pearl tersenyum lalu membantu perempuan tua itu.

“Ali, Berahim, bangun,” Pearl mengejutkan Ali dan Berahim.

Selepas itu, mereka makan bersama.

“Makcik memang tinggal seorang je ke? Mana suami dan anak makcik?” tanya Pearl.

“Suami saya telah lama meninggalkan dunia ni,” “Maafkan saya makcik,” rasa bersalah Pearl.

“Tak mengapa. Saya ada dua orang anak kembar. Namun, pada hari tu, Derora telah menculik anak saya. Suami saya terbunuh apabila melindungi mereka,” suasana menjadi suram.

“Derora!” geram Ali dan Berahim.

“Jangan risau makcik, kamu pasti akan tewaskan Derora dan bawa kembali anak makcik. Saya berjanji!” muktamad Pearl.

“Kami pun!” sokong Ali dan Berahim.

Perempuan itu tersenyum.

“Terima kasih orang muda.” Selesai makan, Ali dan Berahim sambung tidur kerana mengantuk.

Manakala Pearl, “Mari saya tilik masa depan cik,” pelawa perempuan itu.

Dia membawa Pearl ke sebuah bilik di tingkat bawah. Bilik tersebut gelap sehingga meremang bulu roma Pearl.

“Mari duduk atas kerusi ni,” ajak perempuan itu.

Akur Pearl. Dia duduk bertentangan dengan perempuan itu.

“Hulurkan kedua-dua tangan cik,” akur Pearl. Dengan memejamkan matanya, “Emm..saya nampak yang ada 13 orang sedang melawan..saya nampak cik akan menguasai kuasa baru..saya nampak..cik akan mati..,” terkejut Pearl.

“Saya akan mati?!” tak percaya Pearl.

“Ye.. sebab cik adalah PEWARIS SEF!!” tiba-tiba sahaja perempuan itu mencekik leher Pearl. Matanya bertukar menjadi kelabu. Di sekelilingnya diliputi asap-asap hitam.

“SAYA BENCI SEF DAN KETURUNANNYA KERANA GAGAL MEMBUNUH DERORA..MENYEBABKAN ANAK SAYA DICULIK!!”

Pearl menggenggam tangan perempuan itu lalu berkata dengan nada yang perlahan, “Saya…takkan..ulangi silap..nenek moyang saya…saya pasti…akan BUNUH DERORA..!!” kata-kata Pearl menyebabkan perempuan itu tergerak hatinya.

Dia melepaskan tangannya perlahan-lahan.

“Uhuk uhuk!” terbatuk Pearl.

“Saya…rindu anak-anak saya…,” air mata perempuan itu mengalir.

Perlahan-lahan, Pearl mendekati perempuan itu lalu memeluknya.

“Makcik, saya janji yang saya akan membunuh Derora dan menyelamatkan anak-anak makcik,” terharu perempuan itu.

Pearl melepaskan pelukannya.

“Sekarang, makcik pergilah dengan aman. Terima kasih atas layanan dan makanan yang makcik sediakan untuk kami,” senyum Pearl.

“Kamu dah tahu yang saya ni hanya roh yang meminjam tubuh ni?” angguk Pearl.

“Maafkan saya sebab hampir membunuh kamu dan menidurkan kawan-kawan kamu itu,” perlahan-lahan roh perempuan itu meninggalkan tubuh yang dipinjamkannya.

”Sampaikan terima kasih saya pada pemuda yang meminjamkan tubuhnya ini,” lalu roh perempuan itu hilang.

*******

Keesokkan paginya, Pearl, Ali dan Berahim meneruskan perjalanan mereka bersama-sama dengan pahlawan baru, Charlie.

Sedang mereka berjalan, “Akak, saya jumpa ni,” lalu Ali memberi sehelai kertas yang dijumpainya di atas tanah.

“AWAS! Jika niat tuan/puan untuk ke bandar ini, sila batalkan niat itu kerana sesuatu telah berlaku di sini,” Pearl membaca artikel amaran itu.

“Jadi, macam mana ni Pearl?” tanya Berahim.

“Kita nak teruskan atau berpatah balik?” soal Charlie.

“Kita….”

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now