Bab 12 : Mari Kita Berkawan

373 20 0
                                    

“Tapi, bagaimana kita nak cari kunci yang dimaksudkan Sef?” fikir Pearl semasa mereka berjalan keluar dari sebuah bandar.

Tiba-tiba angin menjadi kencang.

Mereka melindungi muka mereka dengan menggunakan lengan mereka.

Apabila angin mula redha, mereka menurunkan lengan mereka.

Terkejut mereka apabila mendapati seorang lelaki sedang melutut satu kaki di hadapan Pearl.

“Siapa awak ni?” tanya Pearl.

Lelaki itu memandang Pearl sambil mengukir senyuman.

“Pewaris Sef, izinkan saya untuk membawa cik dan 12 pahlawan ini untuk berlawan dengan Derora,” terkejut mereka.

“Jadi, awaklah kunci yang dimaksudkan Sef?” tanya Pearl.

Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman.

Di sebuah tanah yang lapang, lelaki itu membuat sesuatu gaya dan tiba-tiba satu gelombang hitam muncul.

“Baiklah. Dengan melalui lubang ini, kalian akan ke kawasan di mana Derora berada,” kata lelaki itu.

“Pearl, boleh ke kita percaya dia ni?” tanya Danial.

“Saya tak rasa dia ada niat jahat,” Pearl mendekati lelaki itu.

“Adakah awak akan ikut kami bersama?” tanya Pearl.

“Maafkan saya, cik. Saya hanya diarahkan untuk membuka pintu sahaja,” jawab lelaki itu.

“Boleh saya tahu nama awak?” tanya Pearl.

Pelik lelaki yang dalam lingkungan 30-an itu.

Lelaki itu teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Pearl.

Akhirnya dia menjawab soalan Pearl sambil tersenyum.

“Panggil saya Muhzan,”

“Muhzan, terima kasih kerana membantu kami,” mereka bersiap-siap untuk masuk ke dalam lubang tersebut.

“Muhzan, kalau kita bertemu lagi, jangan lupa tegur saya tau. Sebab kitakan kawan. Jumpa lagi,” ceria suara Pearl lalu Pearl dan 12 pahlawan itu hilang ditelan gelombang itu.

Muhzan memegang gelombang itu, namun seperti sesuatu telah menghalangnya untuk memasuki lubang itu.

“Sef, maafkan saya,” sedih Muhzan sambil memandang langit yang biru.

*****

Pearl dan 12 pahlawan tiba di kawasan yang sangat suram menyebabkan bulu roma mereka naik.

“Tempat ini penuh dengan kejahatan,” seram Charlie.

“Mari kita ke istana itu,” ajak Pearl lalu mereka memulakan perjalanan mereka.

Semua musuh yang menghalang perjalanan mereka berjaya ditewaskan.

Akhirnya mereka tiba di depan pintu sebuah istana.

Dengan beraninya, mereka masuk ke dalam istana tersebut.

Apabila mereka naik ke tingkat 2, terkejut mereka apabila ternampak Sef diikat pada tiang dengan kecederaan yang penuh pada tubuhnya.

“Sef!” mereka terus membuka ikatan tali tersebut.

Pearl merawatnya.

Tidak lama kemudian, Sef membuka matanya.

“Sef dah sedar. Sef, awak tak ada apa-apa?” risau Pearl.

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now