Waktu malam menjelma lagi.
Kelihatan Pearl dan 4 orang pahlawannya sedang tidur mengelilingi unggun api.
Tanpa mereka sedari, mereka sedang diperhatikan oleh seseorang.
“Gadis tu?” terkejut pemerhati itu lalu terus mendekati Pearl.
Selepas lama memerhatikan wajah Pearl, akhirnya dia membuat keputusan untuk bertindak.
“Inilah pengantin yang saya cari selama ini,” lantas pemerhati itu terus memikul Pearl pada bahu kanannya selepas mengikat mulut dan tangan Pearl menggunakan kain.
Pearl terjaga. Terkejut dia apabila mendapati dirinya terapung di udara.
“Halimunan?” bisiknya dalam hati.
Orang halimunan itu mula berjalan. Pearl memandang pada pahlawan-pahlawannya yang sedang tidur.
“Tolong!” bisiknya dalam hati.
Hidung Ali mula bergerak lalu matanya terbuka.
“Bau seseorang yang tidak dikenali,” Ali terus bangun dan mencari bau tersebut.
“Hah? Akak?” terkejut Ali apabila ternampak Pearl terapung di udara sedang bergerak menjauhinya.
“Ali, tolong saya. Saya diculik halimunan,” bisik Pearl dalam hati.
“Halimunan? Berani kau nak culik akak! Hiakk!” Ali terus menyondol orang halimunan itu.
Orang halimunan itu terpelanting pada pokok manakala Pearl terjatuh atas tanah. Ali terus mendekati orang halimunan itu lalu menggigit kakinya.
“Argh!” orang halimunan itu terus menyepak Ali sehingga menyebabkan pahlawan-pahlawan yang lain terjaga.
“Sakitnya badan ni…Ali, apasal kamu duduk atas badan saya ni,” kesakitan Berahim.
“Akak kena culik tu!” geram Ali.
“Apa?!” mata mereka tertumpu pada Pearl yang terbaring di atas tanah dengan mulut dan tangan diikat.
”Mana penculiknya?” pelik Charlie.
Pearl berjaya membuka ikatan pada mulutnya.
“Dia ni halimunan. Hati-hati!” lantang suara Pearl.
“Biar saya selamatkan Pearl,” lalu Danial bertukar menjadi cacing sebelum masuk ke dalam tanah.
Charlie menggunakan kuasa hitamnya supaya mudah untuk mengesan penculik itu.
“Di situ!” Charlie menuding ke arah orang halimunan itu.
Ali dan Berahim terus menyerangnya.
“Arh!” Pearl terjatuh dalam lubang yang dibuat oleh Danial.
Pearl mendarat atas badan Danial.
“Terima kasih Danial,” ucap Pearl.
“Pengantin aku! Berani korang!” orang halimunan itu mula berang lalu matanya bertukar menjadi ungu.
Ali, Berahim, Charlie dan Danial tiba-tiba menjadi lemah.
“Apa dah berlaku ni? Danial, bangunlah,” cemas Pearl.
Orang halimunan masuk dalam lubang yang dibuat oleh Danial. Selepas mengambil Pearl, dia terus menghilangkan dirinya.
Di sebuah bandar, orang halimunan itu membaringkan Pearl yang pengsan di atas sebuah katil.
“Siapkan pengantin ni sekarang,” arahnya kepada anak-anak buahnya.
****
Matahari mula terbit.
YOU ARE READING
[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Fantasia~My first adventure story~ -- Wattys 2018 Long List -- Pearl, seorang gadis yang mempunyai kuasa penyembuh dan pelindung. Merupakan waris kepada keturunan Sef yang mampu untuk membunuh Derora iaitu kuasa jahat yang ingin menakluki dunia. Dia mempuny...